Jom Cantik Sempena Raya Dengan Rangkaian MBH

Kurang sebulan je lagi untuk umat Islam seluruh dunia menyambut bulan mulia Ramadan Kareem. Sana sini dah mula kedengaran pelbagai promosi menyambut raya. 

Selain persiapan seperti pakaian dan kelengkapan rumah, persiapan untuk penampilan diri turut dititik beratkan terutama oleh kaum hawa. Aku pun tak terkecuali untuk tampil hebat di pagi raya. Hehe..maklumlah..setahun sekali je kita menyambut Syawal dan setahun sekali juga kita akan berkumpul bertemu sanak saudara..jadi, perlulah kita kelihatan hebat dan penuh bergaya.

Menyedari tentang pentingnya kelihatan hebat di pagi raya, rangkaian MBH dibawah syarikat MOHA GROUP SDN.BHD telah melancarkan kempen menjelang raya 2019 dengan bertemakan "Raya Semua Baru". 


Tahun ni, MBH telah membuat kelainan dalam promosi kempen raya mereka yang menggabungkan empat anak syarikatnya iaitu MBH Medispa, MBH Haircare dan MBH Body Theory dan Dermaklair untuk pakej penjagaan dari hujung rambut hingga hujung kaki bermula 1 April sehingga 31 Mei 2019.

2 April lepas aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran "Raya Semua Baru" yang diadakan di MBH Medispa cawangan Ampang. Majlis ini turut dihadiri oleh rakan media dan pelanggan setia rangkaian MBH. 


Majlis yang berlangsung dengan meriah ini telah dirasmikan sendiri oleh Pengarah Urusan MOHA GROUP SDN.BHD iaitu Puan Yaya Mohammad. Menariknya tentang kempen raya ini adalah buat julung kalinya rangkaian MBH menawarkan rawatan koleksi raya terbaru dan juga pakej raya 2019 dengan harga paling murah merangkumi rawatan dan produk untuk kulit wajah, rambut dan juga pelangsingan badan.



Antara rawatan terbaru mereka dalah rawatan pertumbuhan rambut iaitu 
  • Hair Growth Booster Laser
  • rawatan kulit wajah
  • Salmon DNA Booster Treatment
  • Pinkish Cheek KPOP
  • Crystal Clear Treatment
  • Vitamin C Whitening Infusion
Turut disediakan adalah rawatan pelangsingan iaitu Staright Loss Shell. Selain itu, jenama Dermaklair juga melancarkan set :
  • Sensitive Skincare
  • Whitening tablet
  • UV tinted PRO
  • Let It Melt
  • Burn It Fast


Dan berita baik untuk semua pelanggan setia MBH, rangkaian MBH turut melancarkan satu program Loyalty untuk pelanggan setia MBH yang merangkumi aktiviti-aktiviti menarik sepanjang keahlian. Selain itu, program ini juga memberikan 'loyalty point', diskaun, rawatan percuma, kad keahlian MBH kepada ahli-ahlinya untuk tujuan menggembirakan dan memberi kepuasan maksima terhadap nilai pembelian yang telah dilaburkan pelanggan.

Oh ye! Tentang harga rawatan sempena kempen "Raya Semua Baru" ni, harga adalah serendah RM199 je tau! Jadi rugi kalau korang tak rebut peluang ni untuk kelihatan cantik di pagi Syawal nanti.


Sedikit Tentang MBH

MBH sebenarnya telah pun mempunyai pengalaman selama hampir 10 tahun dalam industri spa dan estetik. Bagi yang tak tahu, MBH adalah singkatan kepada Maya Beauty House dan telah diasakan oleh Puan Yaya Mohammad.

Pengasas MBH, Puan Yaya Mohammad bersama team MBH


Sehingga kini, MBH telah mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia. Antara rawatan yang disediakan di MBH adalah :

  • MBH Signature Facial
  • MBH Cinderella Facial
  • MBH Glossy Facial
  • Clinical Acne Treatment
  • Luminous Skin Treatment
  • Oleous Skin Treatment
  • Oxydermal Hydrating Treatment
  • Mudnetic Detox Facial
Dan banyak lagi. Hehehe..kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang kena la datang sendiri untuk mendapatkan rawatan di rangkaian MBH seluruh Malaysia. Atau korang boleh layari :

Website : www.mbhmedispa.com

Post a Comment

19 Comments

  1. Wahhh berseri-serilah kak Min raya nanti! Open house ajak tau! Hihi

    ReplyDelete
  2. tak sabarnya nak cantik menjelang hari raya ini. semoga lebih cantik daripada tahun tahun sebelumnya walaupun usia semakin meningkat. haha! ehhh ada macam macam jenis rawatan boleh cuba ni. nasib baik banyak cawangan. senang sikit kita nak singgah.

    ReplyDelete
  3. this is interesting, didn't know of this brand til you share here. Good that now we can shop for presents for loved ones. Skin care is important we need caring for our skin daily, though busy lifestyle but skin care still need to care!

    ReplyDelete
  4. wah.. syoknya kalau dapat buat treatment dekat MBH Spa sebelum raya tahun ni kan.. dapat lah berwajah baru menyambut syawal.. cewah.. bestnya ada program Loyalty pulak tu untuk customer yang mendaftar jadi member di MBH ni.. siap ada loyalty point, diskaun, rawatan percuma, kad keahlian MBH kepada ahli-ahlinya lagi.. rugi siapa yang dekat tak daftar kan

    ReplyDelete
  5. Raya raya ni mestilah nak cantik kan. Lagi lagi time tu la nak jumpa saudara mara yang jauh. Orang kata bila berjumpa tu nak la ada perubahan sikit kan.
    Boleh try ni disini.
    Harga yang ditawarkan pun okay.

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya tawaran "Raya Semua Baru" ni, harga pula serendah RM199 jer..nanti murni nak ushar2 juga laa treatment kat sini. Raya kan dah dekat jadi kena siap sedia dari sekarang la..

    ReplyDelete
  7. Pernah buat treatment kat MBH Spa. Memang best! Rugi tu ari tak dapat join launching Raya Semua Baru. Nanti nak buat treatment pakej baru Raya ni laaa... Berbaloi ni

    ReplyDelete
  8. Kita pun tak pernah jumpa lagi Kak Yaya Mohammad. Di antara entepreneur yang berjaya ye. Untunglah awak nanti cantik semasa raya nanti. Kita pun nak pergi lah MBH medispa ni. Aritu ada dapt promo birthday tapi tak sempat nak pergi. Hehe. Yes, i pun nak muka baru nanti. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Amboi nak raya semua nak cantik-cantik kan. Yela jumpa sedara mara setahun sekali. Takut kene carut elok kite cantikkn muke. Boleh try nnti ke sini sbb mcm best je treatment die.hehehe

    ReplyDelete
  10. Bagus info dari kak min ni, bolehlah bawa keluarga untuk jadi cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki menjelang raya nanti. Hehehe

    ReplyDelete
  11. Mentang- mentang nak puasa dah saje je kan memanggil buat treatment kan? Huu. Tergoda sungguh, rasa macam nak pergi je MBH spa ni. Hahah

    ReplyDelete
  12. wahhhh belum puasa lagi dah bermanjakan diri ya. tak sabar nak raya letewww kak min. okay, nanti dekat2 nak raya saya pon nak jugaklah manjakan diri dekat sini. barulah badan rasa best untuk beraya.

    ReplyDelete
  13. Wow. Meletups tagline dia. Bukan baju atau perabot je kan - diri sendiri pun kena perbaharui agar lebih bersedia dan ceria menghadapi Ramadhan dan Syawal ye tak

    ReplyDelete
  14. Nak Raya ni memang macam macam tawaran menarik ada kan .Salah satunya pakej kecantikan macam ni siapa yang tak suka kan .Harga yang ditawarkan pun murah .

    ReplyDelete
  15. Best yer kak min dapat join event MBH ni. Teringin nak join tapi takde kesempatan nak pergi. Banyak pilihan la nak buat treatment untuk tampil cantik raya nanti. Nak terjah juga MBH spa ni.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah terfikir nak pergi medispa utk raya. Menarik juga tawaran MBH utk bulan puasa ni. Yelah, nak juga hari raya tu nampak cantik.

    ReplyDelete
  17. nak jugak kacak & handsome pagi raya nanti. baru best nak salam dengan sedara mara. nanti boleh claim duit raya sekali sebab tak nampak muka dewasa hahaha.. murah amat kalu promosi rm99 tu.

    ReplyDelete
  18. I would love to try their Luminous treatment. As much as I would like to try their whitening but I feel like a glowy feel is what I need rather than whitening.

    ReplyDelete
  19. Never heard of it but it looks really good. Our skin is really important right and that is why we need to take really good care of it. :)

    ReplyDelete