Cahaya mata adalah penyeri rumahtangga. Tiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai tanda cinta dan zuriat yang dapat meneruskan legasi keluarga.



Untuk artikel kali ini jom aku kongsikan dengan korang 6 cara tingkatkan kesuburan.

1. Turunkan berat badan

Bagi pasangan yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, dinasihatkan untuk menurunkan berat badan apabila merancang kehamilan.


2. Rajin bersenam

Tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal yang mudah seperti jogging, berenang dan lain-lain.


3. Hadkan pengambilan kafein

Produk makanan dan minuman mengandungi kafein perlu dikurangkan kerana kafein yang banyak dalam darah mengurangkan penghasilan hormon prolaktin


4. Ambil makanan kaya mineral

Makanlah lebih banyak tiram, ikan sardin, udang, ayam dan daging tidak berlemak, keju, telur, beras merah dan sebagainya untuk tingkatkan penghasilan sperma.



5. Elak makanan proses

Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral tetapi tinggi kalori yang berisiko mengganggu tahap kesuburan


6. Melakukan urutan kesuburan.

Carilah tempat urutan kesuburan yang bertauliah kerana urutan kesuburan juga mampu membantu untuk merancang kehamilan.


Zero Pain Wellness Bantu Ikhtiar Untuk Hamil

Zero Pain Wellness adalah sebuah pusat rawatan kesihatan yang bertempat di Kg. Jawa , Shah Alam. Zero Pain Wellness ini dimiliki oleh Puan Kamilah Binti Mohd Azmal dan suaminya. 

Beroperasi sejak Oktober 2018, Zero Pain Wellness dibuka bagi membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan termasuk masalah berkaitan kesuburan.

Untuk pengetahuan semua, Puan Kamilah mempunyai 14 tahun pengalaman malah mempunyai Diploma dalam Holistic Massage & Aromatherapy. Kiranya Puan Kamilah ni bukan calang-calang orang dalam bidang urut mengurut ni.

Puan Kamilah, Pemilik Zero Pain Wellness

Khamis lepas, aku sendiri merasai pengalaman urutan kesuburan yang dilakukan sendiri oleh Puan Kamilah. Mana tau, dengan ikhtiar ini aku dikurniakan zuriat yang sihat dan comel kan? Amin ya Rabbal Alamin...


Pengalaman Membuat Urutan Kesuburan di Zero Pain Wellness

Zero Pain Wellness ni terletak di Kg. Jawa, Shah Alam. Jadi tak jauh sangatlah dari rumah aku memandangkan aku cuma tinggal di Klang.

Nak datang ke Zero Pain Wellness ni pun tak susah, berhampiran je dengan Econ Save Kg. Jawa yang menghadap jalan besar.

Melangkah masuk ke Zero Pain Wellness mata terus terpaku dengan banner besar yang mengiklankan rawatan-rawatan yang ada di sini selain rawatan kesuburan. Selain tu, Zero Pain Wellness ni di susun rapi dan kemas. Sejuk mata memandang..hehe..memang terasa la aura 'spa' tu.



Selepas mendaftar dan sesi konsultasi, aku dibawa ke bilik rawatan. Dalam bilik ni terdapat 2 buah katil. Peralatan bekam pun ada dalam ni sebab di Zero Pain Wellness ni, rawatan bekam turut disediakan.



Sebelum sesi rawatan bermula, aku diminta untuk meniarap dan bahagian kaki dinaikkan sedikit serta aku diminta untuk membuat sedikit senaman dengan menggerak-gerakkan kaki aku. Menurut Puan Kamilah sebagai proses untuk melembutkan urat-urat.

Untuk rawatan kesuburan ni, bahagian yang perlu dirut ialah punggung, peha dan perut. Urutan dimulakan dibahagian punggung. Untuk orang yang tak biasa mengurut cam aku ni, untuk permulaan memang terasa agak sakit tapi bila dah beberapa minit tu dah tak terasa sakitnya.

Menurut Puan Kamilah, urutan di 3 bahagian yang aku sebut diatas memang wajib dilakukan sekiranya merancang untuk hamil. Bukan untuk merancang kehamilan je malah untuk lebih terasa nikmat ketika 'bersama' selain melancarkan peredaran darah.

Dibahagian perut terutamanya, penting untuk membuang segala kotoran yang tersumbat di dalam. Rahim yang sihat adalah faktor utama dan penting untuk kehamilan. Ye la..rahim ni ibarat rumah. Kalau rumah kotor macam mana nak berpenghuni..kan?

Sesi urutan berlangsung dalam sejam. Habis je sesi urutan memang terasa badan agak ringan dan lega bahagian pinggang. Mudah-mudahan dengan urutan kesuburan ni dapatlah aku merasa untuk menjadi seorang ibu..amin..hehe..

Oh ye! Siapa pernah baca artikel aku tentang produk i-Hamil sebelum ni? Boleh klik sini http://www.bebelancikmin.com/2018/12/mymila-perkenalkan-ihamil-premium-untuk.html
Puan Kamilah ni lah founder untuk produk i-Hamil ni tau!

Jadi selepas sesi urutan Puan Kamilah nasihatkan untuk ambil produk-produk yang membantu untuk kesuburan. Kebetulan beliau juga founder untuk produk kehamilan jadi aku teruslah grab Set Subur Mymila.


Selain urutan kesuburan, terdapat beberapa rawatan lagi yang disediakan di Zero Pain Wellness ni antaranya rawatan bekam dan urut chiropractic dengan harga yang sangat berpatutan.


Sekiranya korang berminat untuk membuat rawatan di sini, korang boleh lah hubungi mereka di :

Alamat : No. 1, Tingkat 1, Jalan Buah Melaka 36/G, Kg.Jawa, Seksyen 36, Shah Alam.

H/P : 011-31935233

IG : https://www.instagram.com/kiropraktormelayu

FB : https://www.facebook.com/zeropainwellnessHQ/