Tips Ikhtiar Hamil

by - December 12, 2018

Mendapat zuriat adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Namun tak semua pasangan bernasib baik. Macam aku, dah 10 tahun bina mahligai namun belum rezeki untuk menimang cahaya mata. Mujurlah aku seorang yang sangat optimis tentang zuriat dan rezeki.

Pada aku, Allah tak janji yang setiap pasangan berkahwin mesti ada anak tapi Allah janji tiap hamba yang menurut perintahNya mendapat balasan syurga. Pengertian rezeki pada aku adalah luas..mempunyai masa untuk selalu travel macam aku pun dikira rezeki kan? Tak semua orang rezekinya sama. Sebab tu aku sangat terbuka dan optimis tentang zuriat.

Tipu lah andai kata terkadang aku tak terusik dengan pertanyaan dan kata-kata sinis. Pernah aku dilabelkan mandul oleh seorang makcik ketika ditanya berapa anak yang aku dah ada sekarang. Jujur, saat tu memang rasa terguris sangat. Tahu tak korang yang berapa banyak usaha yang aku dah lakukan? berapa banyak doktor yang aku dah jumpa dan berapa banyak wang yang aku habiskan untuk perubatan? Jadi mohon sangat orang di luar sana untuk tidak membuat andaian melulu atau terus je ajukan soalan 'tak pergi berubat ke?' 'tak jumpe pakar ke?'.. Terus terang dah beberapa doktor pakar yang aku jumpa dan semua sahkan aku sihat dan subur.

Pernah satu ketika, ketika menjalani perubatan IUI..doktor sangat teruja dengan saiz 'telur' dan doktor ketika itu (berbangsa India) sangat-sangat teruja dan pasti yang kali ini kami berjaya. Tapi masih terngiang-ngiang di telinga nasihat doktor tersebut "Puan, kalau kali ini pun puan tak berjaya ini maksudnya semua sudah ditentukan Tuhan". Dan ye.. Aku masih gagal tapi kata-kata doktor tersebut aku masih ingat sampai sekarang. Siapalah kita untuk mempertikaikan rezeki Allah kan?

Soal usaha, aku tak pernah berhenti untuk berusaha dan baru-baru ni aku diperkenalkan dengan susu kambing iHamil Premium keluaran MyMila. Kebetulan salah sorang stokist MyMila ni adalah kawan sekolah aku dulu. Jadi, bila diterangkan tentang kebaikan susu kambing iHamil Premium ni yang terlintas difikiran aku ialah 'tak salah untuk mencuba, selainnya berserah pada kuasa Allah'.



iHamil Premium Ikhtiar Untuk Dapatkan Zuriat

Sebenarnya apa yang lebih membuatkan aku tertarik ialah MyMila ni sebenarnya telah membantu sebanyak 1379 pasangan untuk hamil sejak tahun 2014.


Jadi, aku cuba study apa yang terkandung dalam susu kambing iHamil Premium ni. Rupanya antara kandungan susu kambing iHamil Premium ni ialah :

1. Susu Kambing Holland

Holland terkenal sebagai negara pengeluar susu kambing organik berkualiti tinggi. Kambing tenusu di Holland diberi kebebasan untuk meragut rumput dan berinteraksi dengan alam semulajadi dan susu yang dihasilkan oleh kambing tenusu di sini memang terkenal menghasilkan susu secara semulajadi tanpa sebarang penggalak susu.

Gambar Ihsan Google

2. Madu

Madu telah terbukti sangat berkhasiat untuk kesihatan dan ia juga makanan sunnah yang sering disebut di dalam Al-Quran.

Gambar Ihsan Google

3. Kurma

Juga makanan sunnah yang kaya dengan tenaga dan khasiat-khasiat yang lain.

Gambar Ihsan Google

4. Delima

Makanan sunnah yang pernah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang berbunyi "Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman" - Riwayat Imam Ahmad

Gambar Ihsan Google

5. Biji Anggur

Antara kebaikan dan khasiat biji anggur adalah tinggi oksidan dan dikatakan lebih baik dari minyak zaitun.

Gambar Ihsan Google

Sebab itulah susu kambing iHamil Premium keluaran MyMila ini 4 dalam 1 iaitu tinggi dengan kandungan acid folic, antioksidan, iron dan calcium. 

Penyediaan susu kambing iHamil ini juga mudah, cuma perlu tuangkan serbuk susu kambing iHamil Premium ke dalam cawan dan tambahkan 100ml air suam dan kacau hingga larut. Rasanya memang sedap. Langsung tak rasa susu kambing tu (aku sebenarnya tak boleh minum susu kambing sebab baunya yang hamis) sebab susu kambing iHamil Premium ni rasa anggur. Memang sedap sangat!



Yang paling aku suka, dengan setiap pembelian susu kambing iHamil Premium ni, korang turut dibekalkan dengan asid folic tau.


Sebagai manusia, kita wajib berusaha namun segalanya adalah ketentuan Allah. Andai masih gagal, aku yakin itu yang terbaik yang Allah dah tetapkan untuk aku. 

Amalan & Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Berikut aku kongsikan sedikit tips sebagai amalan dan doa

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran.

* Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin kita semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Juga boleh diamalkan sebelum meminum susu kambing iHamil :

  • Baca Bismillah
  • Niat ingin zuriat
  • Selawat 3 kali
  • Baca Al-Fatihah
  • Baca Doa supaya dikurniakan Anak dari surah Al-Anbiya ayat 89 yang bermaksud "Wahai Tuhanku! Jangalah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"
Untuk maklumat lanjut mengenai susu kambing iHamil Premium MyMila boleh la ke :

Website : www.mymila.com.my
Hotline iHamil Premium : 01132982017 atau klik wasap.my/601132982017/ihamilpremium

Stokis iHamil Premium

Nurul Terengganu
+60169573020

Jue Bangi
+601114790648

Munira Seri Kembangan
+601132538434





You May Also Like

24 comments

  1. wow didnt know got such product to help for those planning to get hamil. haha anyway seems like good ingredient with goat milk, kurma etc..

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  2. Sama la kita. Eyza dh 11 tahun still xde rezeki. Lps gugur tahun lepas, rezeki anak belum sampai. Sama-sama kita usaha. InsyaAllah. Ada rezeki kita nnt.

    ReplyDelete
  3. Oohh... jadi produk susu ini bisa membantu pasangan suami istri yang ingin punya anak?

    Ini share ya artikelnya ke teman Abby yg blom juga punya anak padahal sdh lama menikah. Siapa tahu bisa membantu.

    ReplyDelete
  4. perkongsian tips yang bagus dan product pun nampak bagus..sesuai untuk mereka yang belum mempunyai anak dan yang sedang merancang untuk mendapatkan anak..eh..yang nak tambah anak pun boleh amalkan product ni la...yang penting halal, selamat dan suci kan...

    ReplyDelete
  5. tengok bahan dia pun memang berkhasiat. mesti rasa pun sedap. airah haritu ttc minum susu jugak hihi.insha Allah kena usaha bebetul

    ReplyDelete
  6. Oh ada petua ye....bagus untuk couple yang berusaha nak zuriat. Bukan la mudah untuk sesetengah pasangan. i think this can be a reference.

    ReplyDelete
  7. Alahamdulillah..dah ramai yg berjaya hamil,stabilkan period,pulihkan senggugut,keputihan dan mcm2 lg selepas consume produk mymila sejak 2014

    ReplyDelete
  8. insyaallah. kalau dengan izinnya adalah rezekinya nanti. jika ditakdirkan tak ada pun..jangan susah hati, Alah tu maha mengetahui dia sebaik-baik perancang..minum produk ni juga salah satu cara usaha...nampak sedap ada kombinasi adu dan kurma

    ReplyDelete
  9. Masya Allah hebatnya kandungan IHamil Premium ni. InsyaAllah akan Sebar kan kebaikan buat pasangan Ikhtiar Hamil..moga bermanfaat. Aamiin ❤️

    ReplyDelete
  10. iHamil ke you yang Hamil heheheh tapi bagus sekarang ni banyak produk macam ni yang memberi usaha dan peluang kepada pasangan yang masih berusaha. Jangan putus asa sebab kita tengok sendiri bagaimana abang kita dan kakak ipar kita 8 tahun berusaha baru dapat cahaya mata.

    ReplyDelete
  11. unik nama produk iHamil..yelah apa pun kita kena cuba ikhtiar dan segalanya atas penentuan Allah taala. semoga kak min dimurahkan rezeki slalu..tips dan amalan yg baik kak min kongsikan..

    ReplyDelete
  12. semoga diperoleh rezeki hamil buat sis. Usaha dan doa, sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan waktu sesuai tuk kita. Tq sis share produk ni, ramuan pun superb semuanya..

    ReplyDelete
  13. Menarik perkongsian ini. LeYa pun hampir 5 tahun juga belum ade rezeki dikurniakan cahaya mata. InsyaAllah, atas usaha kita, kita akan peroleh jua. Aamiinn.. Nak try jugak susu kamning ihamil nk

    ReplyDelete
  14. Setiap orang rezeki tak sama .Jangan bersedih okay sebab ada rezeki kita Yang Allah tulis . Sihat tubuh badan pun rezeki. Semoga satu hati Allah makbulkan doa .

    ReplyDelete
  15. Tak salah berusaha..jika ada rezeki Alhamdulillah dan jika sebaliknya jangan bersedih dan terganggu dengan pandangan orang..mulut org mmg susah nak tutup. nanti sis akan rekomen pada anak buah sis..nak suruh dia cuba pulak produk ni

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah diberikan rezki dalam pelbagai jenis kan. Bagus ada yang berfikiran positif dan luas begini sebab semua tua rahsia Allah swt kan. Yang bertanya memacam tu, suruh depa pegi solat balik hahaha

    ReplyDelete
  17. Produk ni sesuai utk mama mengandung yg tak boleh nak telan susu. Rasa anggur pulak tu. Mouse mommy pun ada 3 org kwn2 yg tengah mengandung, salah seorang kwn sy tu mmg x blh bau susu, cheese, rasa mual. Nnt sy share post ni kat dia. Mungkin dpt membantu dia. Tq tau.

    ReplyDelete
  18. Good news for those yang memang sedang mencari produk sebegini. Baca-baca komen dalam ni ada yang tengah beriktiar mendapatkan baby ^^ so, wish you all the best ! God bless.

    ReplyDelete
  19. Menarik packaging dia. Kadang kena usaha lebih sikit untuk dapatkan zuriat kan. In shaa Allah ada bantuan. Nice entry bagi yang sedang mencari-cari pil hamil ni.

    ReplyDelete
  20. Kadang kalau bab ni, kita ok je kan tapi bila datang mulut puaka, geram je rasa.. Sukati je dia cakap kak min mcm tu. Takpe insyallah ada rezeki kak min tu nanti. .Ikhtiar dan berusaha. .Bagus product ni. .Bahan pun bagus. .Boleh direkemen dekat member2 nad yang berushaa nak dapatkan zuriat juga

    ReplyDelete
  21. Ikhtiar hamil jangan pernah sesekali putus asa. Selagi wanita mempunyai rahim, InsyaAllah akan dikurniakan cahaya mata. Amalkan folic acid dan makan sunnah k kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa banyakkan bersabar ye kak.
      Memang hati akan terusik kalau ada yang sebut soal anak. Apa pun, usaha je selagi boleh. Moga moga Allah kurniakan zuriat buat akak nanti.

      Delete
  22. Sabaq ya cik min.. .sebab tu kadang2 kalau jumpa org2 baru x yg berapa kenal.. Kalau tau org tu dah kawen. .. I prefer not to ask berapa org anak etc sebab xnak orang tu terguris. Kadang2 mulut manusia ni bukan ada insuran. Yang dah ada anak ni pun nanti orang cakap hmm dua2 perempuan.. Kena beranak lagi utk kepala waris... Seolah2 mcm berdosa ja beranak anak perempuan ni. ..
    Huuu terluah dekat sini pulak

    ReplyDelete