6 Cara Tingkat Kesuburan

Cahaya mata adalah penyeri rumahtangga. Tiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai tanda cinta dan zuriat yang dapat meneruskan legasi keluarga.



Untuk artikel kali ini jom aku kongsikan dengan korang 6 cara tingkatkan kesuburan.

1. Turunkan berat badan

Bagi pasangan yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, dinasihatkan untuk menurunkan berat badan apabila merancang kehamilan.


2. Rajin bersenam

Tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal yang mudah seperti jogging, berenang dan lain-lain.


3. Hadkan pengambilan kafein

Produk makanan dan minuman mengandungi kafein perlu dikurangkan kerana kafein yang banyak dalam darah mengurangkan penghasilan hormon prolaktin


4. Ambil makanan kaya mineral

Makanlah lebih banyak tiram, ikan sardin, udang, ayam dan daging tidak berlemak, keju, telur, beras merah dan sebagainya untuk tingkatkan penghasilan sperma.



5. Elak makanan proses

Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral tetapi tinggi kalori yang berisiko mengganggu tahap kesuburan


6. Melakukan urutan kesuburan.

Carilah tempat urutan kesuburan yang bertauliah kerana urutan kesuburan juga mampu membantu untuk merancang kehamilan.


Zero Pain Wellness Bantu Ikhtiar Untuk Hamil

Zero Pain Wellness adalah sebuah pusat rawatan kesihatan yang bertempat di Kg. Jawa , Shah Alam. Zero Pain Wellness ini dimiliki oleh Puan Kamilah Binti Mohd Azmal dan suaminya. 

Beroperasi sejak Oktober 2018, Zero Pain Wellness dibuka bagi membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan termasuk masalah berkaitan kesuburan.

Untuk pengetahuan semua, Puan Kamilah mempunyai 14 tahun pengalaman malah mempunyai Diploma dalam Holistic Massage & Aromatherapy. Kiranya Puan Kamilah ni bukan calang-calang orang dalam bidang urut mengurut ni.

Puan Kamilah, Pemilik Zero Pain Wellness

Khamis lepas, aku sendiri merasai pengalaman urutan kesuburan yang dilakukan sendiri oleh Puan Kamilah. Mana tau, dengan ikhtiar ini aku dikurniakan zuriat yang sihat dan comel kan? Amin ya Rabbal Alamin...


Pengalaman Membuat Urutan Kesuburan di Zero Pain Wellness

Zero Pain Wellness ni terletak di Kg. Jawa, Shah Alam. Jadi tak jauh sangatlah dari rumah aku memandangkan aku cuma tinggal di Klang.

Nak datang ke Zero Pain Wellness ni pun tak susah, berhampiran je dengan Econ Save Kg. Jawa yang menghadap jalan besar.

Melangkah masuk ke Zero Pain Wellness mata terus terpaku dengan banner besar yang mengiklankan rawatan-rawatan yang ada di sini selain rawatan kesuburan. Selain tu, Zero Pain Wellness ni di susun rapi dan kemas. Sejuk mata memandang..hehe..memang terasa la aura 'spa' tu.



Selepas mendaftar dan sesi konsultasi, aku dibawa ke bilik rawatan. Dalam bilik ni terdapat 2 buah katil. Peralatan bekam pun ada dalam ni sebab di Zero Pain Wellness ni, rawatan bekam turut disediakan.



Sebelum sesi rawatan bermula, aku diminta untuk meniarap dan bahagian kaki dinaikkan sedikit serta aku diminta untuk membuat sedikit senaman dengan menggerak-gerakkan kaki aku. Menurut Puan Kamilah sebagai proses untuk melembutkan urat-urat.

Untuk rawatan kesuburan ni, bahagian yang perlu dirut ialah punggung, peha dan perut. Urutan dimulakan dibahagian punggung. Untuk orang yang tak biasa mengurut cam aku ni, untuk permulaan memang terasa agak sakit tapi bila dah beberapa minit tu dah tak terasa sakitnya.

Menurut Puan Kamilah, urutan di 3 bahagian yang aku sebut diatas memang wajib dilakukan sekiranya merancang untuk hamil. Bukan untuk merancang kehamilan je malah untuk lebih terasa nikmat ketika 'bersama' selain melancarkan peredaran darah.

Dibahagian perut terutamanya, penting untuk membuang segala kotoran yang tersumbat di dalam. Rahim yang sihat adalah faktor utama dan penting untuk kehamilan. Ye la..rahim ni ibarat rumah. Kalau rumah kotor macam mana nak berpenghuni..kan?

Sesi urutan berlangsung dalam sejam. Habis je sesi urutan memang terasa badan agak ringan dan lega bahagian pinggang. Mudah-mudahan dengan urutan kesuburan ni dapatlah aku merasa untuk menjadi seorang ibu..amin..hehe..

Oh ye! Siapa pernah baca artikel aku tentang produk i-Hamil sebelum ni? Boleh klik sini http://www.bebelancikmin.com/2018/12/mymila-perkenalkan-ihamil-premium-untuk.html
Puan Kamilah ni lah founder untuk produk i-Hamil ni tau!

Jadi selepas sesi urutan Puan Kamilah nasihatkan untuk ambil produk-produk yang membantu untuk kesuburan. Kebetulan beliau juga founder untuk produk kehamilan jadi aku teruslah grab Set Subur Mymila.


Selain urutan kesuburan, terdapat beberapa rawatan lagi yang disediakan di Zero Pain Wellness ni antaranya rawatan bekam dan urut chiropractic dengan harga yang sangat berpatutan.


Sekiranya korang berminat untuk membuat rawatan di sini, korang boleh lah hubungi mereka di :

Alamat : No. 1, Tingkat 1, Jalan Buah Melaka 36/G, Kg.Jawa, Seksyen 36, Shah Alam.

H/P : 011-31935233

IG : https://www.instagram.com/kiropraktormelayu

FB : https://www.facebook.com/zeropainwellnessHQ/

Post a Comment

22 Comments

  1. pregnant/new mom clients are navigating through, when they know the demanding decisions parents need to make they (YOU) can be a shining light on the parents’ quest to raise children who thrive.Chiro Dynamic YYC

    ReplyDelete
  2. Alahai, lama rasanya tak berurut.
    Tunggu la masa pantang nanti.
    Murah juga caj Zero Wellness ni. Tempat pun nampak selesa.

    ReplyDelete
  3. Wah ade chiropractic ye? Nanti nak bawak mak ayah la dapatkan Rawatan. Menarik lah sebab kalau chiropractic selalunya bangsa lain yang buat..InsyaAllah sampai sana nanti ������

    ReplyDelete
  4. Zero pain wellness memang terbaik...memang puas hati & tak rugi berurut kat sini..

    ReplyDelete
  5. Kalau nak berurut sesaje pun best ni sebab harga urutan kat sini berbaloi je. Tips2 untuk mereka yang belum dikurniakan anak ni sangat berguna. Siapa yang tak nak anak sebagai penyambung legasi kan?. Kita kena ikhtiar la moga akhirnya dikurniakan zuriat.

    ReplyDelete
  6. terapi kanak-kanak? apa tu ekk?
    elok la ada spa khas utk tingkatkan kesuburan cara melayu kita.
    kesuburan ni kena dijaga. kena dipupuk.
    jgn amik sambil lewa. pemakanan. minuman lifestyle. semua tu mempengaruhi.

    ReplyDelete
  7. Akak sejak sakit ni kan..akak memang upah indon datang rumah untuk urut satu badan..x tahan la sejak ada dsrah tinggi badan x fit macam dulu sebab kena makan ubat kan..saraf pun jadi lembik x kuat dh..bila urut sebulan 3 kali memang rasa lega badan akak..eh nakncuba jugak la urut kat sini..nak buat bekam macam takut

    ReplyDelete
  8. oh wow thanks for sharing the tips, I agree with you. I have not tried Zero Pain Wellness yet. but it looks like so promising that I'd love to give it a try soon.

    ReplyDelete
  9. alaa lelaki punya takde ke ? hahaha baguslah perkongsian ni wak nnti kite nak suggest dkt kaum wanita diluar sana. tq tau share

    ReplyDelete
  10. InshaAllah kak min..huda doakan akak murah rezeki dapat zuriat asbab ikhtiar ni. Rezeki rahsia Allah kan, selagi kita usaha, selagi itu pintu rezeki itu akan terbuka. InshaAllah. Perkongsian yang sangat bagus,nt huda pun nak rekemen pada kawan2.

    ReplyDelete
  11. Sounds like a good alternative for those who try to conceive baby. :) Hopefully more people will benefit from this.

    ReplyDelete
  12. Tips yang sangat berguna buat mereka yang ingin mendapatkan cahayamata. Nanti sis share tips ni pada kenkawan ekk...sis dah tak leh dah...dah melebihi had yang diperlukan..hikhikhik

    ReplyDelete
  13. Kesuburan selain dari gaya hidup sihat, amalkan folic acid sebelum hamil. Makan jeeeeee. Supaya kalau melekat, nanti tak risau perkembangan baby dalam rahim. Rawatan kesuburan ni sakit tak kak? Macam orang lepas bersalin kena naik sengkak tu. Fuhhhhhhhh rasa jari makcik urut tertinggal dalam rahim. Hahaha.

    ReplyDelete
  14. First tume dengar nama tempat urut ni. Tapi akk mmg ada dengar cerita psl ni juga. Mengurut mmg boleh juga membantu kita untuk mendapat zuriat. So x salah kalau nak mencuba

    ReplyDelete
  15. wah Wah tips bagus ni kak min. Nak kena mula sekarang ni kan. Eh hehehe

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat buat urutan badan. Hehe..
    Kita last mengurut pun masa bersalin anak no.2
    Dah 2 tahun berlalu..
    Orang kata berurut ni boleh Mengembalikan tenaga juga. Mana tahu terselit rezeki kak min untuk hamil dengan cara ni kan. Aamin..

    ReplyDelete
  17. Nak hamil ni mmg rezeki. tapi kena ada ikhtiar juga. Ada certain org dia mmg tungggu je ada rezeki, ada.

    ReplyDelete
  18. Betul tuh. Nak tingkatkan kesuburan perlu buat 6 langkah mudah ni. Apa apa kena jaga kesihatan kita dulu kan .Kalau oergi hospital pun memang ni yang disarankan pada kita .

    ReplyDelete
  19. Urutan mmg sgt membantu utk wanita, samada utk kesihatan badan ataupun slps bersalin. Wajib tu!

    ReplyDelete
  20. Ooo...I should show this to my sister..since soon she will be trying for another one. Hehehe but i can still take it as an advice for my future plans too.. :P

    ReplyDelete
  21. Senang kata jaga kesihatan tubuh badan dan jaga pemakanan kan. Terima kasih untuk info yang berguna ni. Ada ramai kenalan yg memang sedang berusaha untuk tingkatkan kesuburan. Boleh kongsikan pada mereka

    ReplyDelete
  22. bagus ni.Boleh lah rekomen kat kkak saya ni.Best ni kalo dapat berurut begini. Tips diaats tu memang betul kesahihannya

    ReplyDelete