Pembunuhan paling kejam di Malaysia
Sedih dengan apa yang terjadi pada para syuhada' yang terkorban di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah minggu lalu. Lebih sedih bila dapat tahu bahawa kejadian tersebut adalah perbuatan khianat yang dilakukan juga oleh kanak-kanak dan remaja akibat dendam. Tidak keterlaluan rasanya jika aku sifatkan bahawa ini adalah pembunuhan paling kejam dan sadis yang berlaku di Malaysia. Aku sedih kerana si pelakunya semua adalah anak keturunan melayu yang beragama islam. Mengikut sisatan polis, enam daripada tujuh suspek positif dadah..lagi luluh hati aku mendengar perkhabaran itu. Entahlah..pada pendapat peribadi aku, aku tegaskan kurangnya didikan agama adalah punca tercetusnya segala perlakuan yang diluar jangkaan. kenapa aku kata begitu? sebab jelas terlihat depan mata sekarang anak-anak muda kini memang cetek bab agama. Salahkan siapa? ibu bapa? guru? takk..pada aku yang paling ketara patut dipersalahkan adalah pemimpin. Kenapa? sebab jadikan Malaysia negara Islam yang tidak berlandaskan Islam sebenar. Bukan takat tu malah menjadikan kita rakyat ni seperti hamba duit..kerja siang malam (anak-anak sering terabai dan kadangkala anak-anak lebih rapat dengan pengasuh berbanding dengan ibu bapa sendiri) bagi menampung keperluan hidup kerana kepincangan mereka dalam memimpin..mana mungkin kita ada masalah ekonomi kalau kita juga turut membantu memperkukuhkan ekonomi negara besar (huh!!) ok ketepikan bab pemimpin..malas nak ulas bab tu.
2 comments
masih bersedih dgn berita ini. tak sangka ia perbuatan remaja bawah umur.wajar mereka di hukum dgn setimpalnya. fizikal nampak seperti bawah umur.tapi cara pemikiran mereka sgt matang dlm merancang kebakaran ini. minta di jauhi anak2 kita dari perkara yang tidak elok.
ReplyDeleteSedih, moga apa yang terjadi beri ikhtibar dan pengajaran pada kita ibu bapa.
ReplyDelete