Dendam yang membawa padah

Hati-hati dengan tiap perbuatan dan perkataan yang dilontarkan kerana bimbang2 akan membina dendam dihati. Terkadang perbuatan kita, kata2 kita secara tak langsung adalah deraan mental terhadap orang lain. Terkadang suami atau isteri tak sedar melalui perkataan dan maki hamun yang dilontarkan adalah deraan mental yang akan membina rasa dendam dihati. Begitu juga dalam mendidik anak2, hati2 kerana bimbang kalau2 dendam yang terbina bertambah parah.

Mengikut rekod, banyak kes pembunuhan berlaku kerana sikap yang membina dendam. Pada 7 Julai 1992 Betty Garrison telah dijumpai mati dikediaman beliau di Gulfport Mississippi. Apa yang mengejutkan adalah dia telah dibunuh oleh 2 orang anak remaja beliau iaitu Melissa dan Shanon dan dibantu oleh teman lelaki Melissa iaitu Allen Robert Goul yang berumur 15 tahun. Bila siasatan dijalankan rupanya Betty Garrison adalah seorang ibu yang terlalu tegas. Shanon yg ketika itu berumur 17 tahun menyimpan dendam terhadap ibunya sejak kecil dan mula menunjukkan sikap bencinya terhadap ibunya sejak berumur 15 tahun. Oleh kerana adiknya Melissa seorang yang agak pasif Shanon start ajak adiknya buat rancangan membunuh ibu mereka. Sebenarnya dia pernah luahkan rasa benci dia pada mak dia dalam bentuk puisi yg berbunyi ' Mataku, dua bara api kebencian. Wajahku dingin dan tidak peduli. Aku ketawa melihat wajahmu yang kaku. Kamu, kamulah yang menyebabkannya. Kamu mendesak jiwaku yang lembut ke dalam lohong hitam ini. Nampaknya kamu merasai perbuatanmu sendiri,ibu' Dan tak lama lepas tu dia bunuh mak dia..

Dalam kejadian lain pula, Paul Posey, Marilea (anak tiri Paul Posey), dan isteri Tryone telah dibunuh oleh anak beliau sendiri Cody Posey yang berumur 14 tahun. Puncanya?? Cody adalah mangsa deraan mental dan fizikal oleh Paul Posey. Sejak kecil dia sentiasa didera dan dimaki. Sampai satu saat bila dia dipaksa untuk berasmara dengan mak tiri dia oleh ayahnya sendiri, bila dia menolak ayah dia lecurkan badan dia dengan besi panas. Kemuncaknya bila pada hari pembunuhan ayah dia lempang dan memaki hamun dia. Lepas tu la dia terus ambil pistol dan bunuh family dia. Kenapa dia bunuh sekali mak tiri dan adik tiri dia? Sebab mereka juga menyumbang pada keadaan membina dendam itu sendiri.

Ambil iktibar dari 2 cerita diatas. Hati2 ketika menghamburkan kata2 atau perbuatan kita. Bimbang2 keadaan akan menjadi parah. Masyarakat kita sering ambil mudah dalam hal ini.



Post a Comment

3 Comments