Aroma Resipi Ibu Sepanjang Bulan Ramadan di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

by - April 04, 2019

Sedar tak sedar kita dah semakin menghampiri bulan Ramadan. Sana sini dah mula kedengaran promosi-promosi sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba kurang dari sebulan lagi.

Minggu lepas aku berkesempatan untuk merasai sendiri keenakan rasa masakan di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur yang turut tidak ketinggalan untuk membuat promosi sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak nanti.



Aroma Resipi Ibu Sepanjang Bulan Ramadan

Seperti tahun-tahun yang sudah, Berjaya Times Square Hotel turut serta memeriahkan bulan Ramadan dengan menghidangkan pelbagai menu buffet Ramadan yang menarik selera pelanggan. 

Bertemakan Aroma Resipi Ibu, pada bulan Ramadan kali ini Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur membawakan pelbagai resipi istimewa, antaranya :

  • Paru-Paru Berlada
  • Pedal Hati Ayam Masak Cili
  • Tempe
  • Acar Buah
  • Acar Rampai
  • Itik Masak Kari Hijau Thailand


Untuk Ramadan kali ini, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur turut menghidangkan masakan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan turut disediakan gerai-gerai bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.


  • Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda
  • Lempeng Kelapa Pisang Bidara 
  • Pisang Goreng Keju Makmur
  • Aneka Sup Serantau
  • Rendang Daging Khatulistiwa
  • Popia Basah Mahsyur
  • Kambing Golek Penawar Rindu
  • Nasi Lemak Lobster Tersohor




Manakala untuk seleksi pencuci mulut pula dihidangkan :

  • Mango Charlotte
  • Pandan Chiffon Cheese Cake
  • Chocolate Brownies
  • Fruit Plan
  • Mixed Berry Panna Cotta
  • Red Velvet Cake




Ha..memang banyak sebenarnya seleksi buffet Ramadan yang ada di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur ni. Yang aku ceritakan ni baru suku dari menu-menu yang ada tau! Makanannya pun boleh tahan sedap. 

Menu yang paling aku suka di sini ialah Sambal Tempoyak! Serious korang,,sambal tempoyak kat sini sedap sebab mereka menggunakan tempoyak baru dan berkualiti..hehe..itu penilaian aku sebagai anak jati Pahang yang membesar dengan tempoyak..hahaha..


Harga  Dan Cara Untuk Membuat Tempahan

Untuk pengetahuan semua, Bazaar Ramadan Buffet BTHKL ini akan bermula pada 8hb Mei 2019 sehingga 2hb Jun 2019 dan bertempat di Big Apple Restaurant yang terletak di aras 14.

Harga untuk buffet Ramadan ini :

Early Bird

Dewasa : RM98 nett
Kanak-kanak : RM48 nett

Minggu Pertama (8hb-12hb Mei 2019)

Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak : RM48 nett

13hb - 28hb Mei 2019

Dewasa : RM128 nett
Kanak-kanak : RM58 nett

Minggu Terakhir (29hb Mei - 2hb Jun 2019)

Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak : RM48 nett

Bagi mereka yang gemarkan Nasi Briyani, pihak BTHKL turut menyediakan 'Nasi Briyani Take Away' dengan pilihan Ayam & Kambing. Gerai Nasi Briyani ini terletak di lobi hotel antara pukul 5 petang sehingga 8 malam dengan harga bermula RM10

Apa tunggu lagi? Jom la tempah sekarang dengan menghubungi Big Apple Restaurant di talian 03-21178000 (ext.8133) atau layari website mereka di www.berjayahotel.com



You May Also Like

22 comments

  1. Kalau dah lebih 200 menu sedia ada, memang kena solat maghrib dulu baru makan hahahaha..kalau tidak, mau nak rukuk tersangkut hahahahhaa

    ReplyDelete
  2. Sekali nampak sambal tempoyak teringat dulu memang tak makan tempoyak tapi arwah mama asyik masukkan dalam pinggan je. Hah sekarang suka pula sambal tempoyak. Wah wah berselera tengok hidangan kat sini ye.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap semua yang dihidangkan. Makan dengan sambal tempoyak teringat masa arwah mama masih ada. Harganya janji tak lebih daripada RM100 sebab kalau lebih macam membazir la sangat.

    ReplyDelete
  4. Wahhh dari makanan Melayu, ke dessert mat salleh. Semua nampak menyelerakan. Tertunggu2 gak takde sesiapa nak belanja kita makan kat sini nanti hehe

    ReplyDelete
  5. ya Allah nampak sedap2 betul buffet ramadhan dekat sini. macam2 ada boleh pilih. nie kalau sy nie tak tahu nak mulakan dengan yg mana satu dulu. harga dia not bad lah untuk yg early bird tu. tp harga selepas tu agak hurmmm ya. tp berbaloi lah

    ReplyDelete
  6. sangat menyelerakan. tak sabar pulak nak bulan puasa. sebab bulan puasa ada banyak menu menarik, lain daripada bulan2 biasa. in shaa Allah akan bawak satu kampung untuk berbuka nnti :)

    ReplyDelete
  7. Kelas tau masakan resipi ibu nie. Dia nyer dessert tak tahan tengok. Sangat2 international dan pastinya lazat. Juadah utama itu tak perlu disebut sebab memang menggugat jiwa dan raga.

    ReplyDelete
  8. Masakan/makanan orang Melayu memang kegemaran saya sejak dulu, rasanya sedap dan sesuai dengan selera dan tekak orang Malaysia hahaa

    ReplyDelete
  9. Sedapnya semua menu tu, dah boleh book untuk puasa nanti. lagi sebulan ni nak dapat rasa makanan sedap macam ni

    ReplyDelete
  10. Ya ampun menggodanya menu kat sini. Semua nampak sedap dan menyelerakan. Jenuh la atur buffet ramadan. Ini wishlist!

    ReplyDelete
  11. sedapnya menu berbuka puasa kat berjaya hotel. rasa tak sabar nak tunggu masuk bulan ramadan. harga early bird tu kira murah sangat la tu. boleh la datang iftar kat sini

    ReplyDelete
  12. Itik masak kari hijau? omg nampak sedap. dengar nama pun dah terbayang kesedapan. Emi memang penggemar daging itik tauu

    ReplyDelete
  13. Kita kalau nak makan resepi ibu kita akan balik kampung sebab masakan ibu tiada tandingan wakakakak... Kat sini memang banyak pilihan tengok semua sedap-sedap belaka hehehehe harga pun menarik...

    ReplyDelete
  14. Ya Allah.. Singgah dikala perut lapar memang mengundang kelaparan ni. Dessert dia nampak sedapnya la hai..
    Rasanya bab dessert ni memang laju ambik dulu ni.

    ReplyDelete
  15. Nampak sedap semua menu umtuk bufet ramadhan ni ya. Itik masak kari hijau tu apalah rasanya. Sedap ke tak .Tak pernah makan itik.

    ReplyDelete
  16. Makanan kat sini semuanya nampak menarik dan sedap. Sekali sekala di bulan ramadhan boleh dtg sini berbuka.

    ReplyDelete
  17. Pedal tu feveret kita.. Sedapnyaaa. .Deswert pun nampak sedap. .Eh semua sedapla. .Haishh terliur tengoknyaaa. .Banyak betul makanna

    ReplyDelete
  18. tengok gambar udang, kuih ketayap tu dengan kek semua lah nampak sedap. Lawa betul dekorasi dengan presentation. Menu yang banyak memang sesuai dengan harga.

    ReplyDelete
  19. alahai saja tau buat kita rasa lapar. menyesal baca artikel ni tau. sedapnya

    ReplyDelete
  20. Kalau dah nama pon Resepi Ibu memang sedap2 belaka laa..kalau buka posa mesti teringat menu2 yang ibu sediakan..jadi bagi mengubat rindu, anak2 yang di perantauan boleh laa datang kesini

    ReplyDelete
  21. Aduh sedapnya kak oi! Kena-kena dia guna konsep resipi ibu. Kalau ke sini boleh menangis air mata sambil bukak puasa ni mengenangkan diri nan jauh di perantauan. Hahaha. Bolehlah nanti nak pertimbangkan ke sini. Kena bawak teman supaya tak sedih. Eh. XD

    ReplyDelete
  22. Terliur kajap, memang time ni semau tengah hot musim review ramadan buffet. I like their selaction and price pun boleh tahan juga kan.

    ReplyDelete