Sedar tak sedar kita dah semakin menghampiri bulan Ramadan. Sana sini dah mula kedengaran promosi-promosi sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba kurang dari sebulan lagi.

Minggu lepas aku berkesempatan untuk merasai sendiri keenakan rasa masakan di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur yang turut tidak ketinggalan untuk membuat promosi sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak nanti.



Aroma Resipi Ibu Sepanjang Bulan Ramadan

Seperti tahun-tahun yang sudah, Berjaya Times Square Hotel turut serta memeriahkan bulan Ramadan dengan menghidangkan pelbagai menu buffet Ramadan yang menarik selera pelanggan. 

Bertemakan Aroma Resipi Ibu, pada bulan Ramadan kali ini Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur membawakan pelbagai resipi istimewa, antaranya :

  • Paru-Paru Berlada
  • Pedal Hati Ayam Masak Cili
  • Tempe
  • Acar Buah
  • Acar Rampai
  • Itik Masak Kari Hijau Thailand


Untuk Ramadan kali ini, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur turut menghidangkan masakan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan turut disediakan gerai-gerai bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.


  • Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda
  • Lempeng Kelapa Pisang Bidara 
  • Pisang Goreng Keju Makmur
  • Aneka Sup Serantau
  • Rendang Daging Khatulistiwa
  • Popia Basah Mahsyur
  • Kambing Golek Penawar Rindu
  • Nasi Lemak Lobster Tersohor




Manakala untuk seleksi pencuci mulut pula dihidangkan :

  • Mango Charlotte
  • Pandan Chiffon Cheese Cake
  • Chocolate Brownies
  • Fruit Plan
  • Mixed Berry Panna Cotta
  • Red Velvet Cake




Ha..memang banyak sebenarnya seleksi buffet Ramadan yang ada di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur ni. Yang aku ceritakan ni baru suku dari menu-menu yang ada tau! Makanannya pun boleh tahan sedap. 

Menu yang paling aku suka di sini ialah Sambal Tempoyak! Serious korang,,sambal tempoyak kat sini sedap sebab mereka menggunakan tempoyak baru dan berkualiti..hehe..itu penilaian aku sebagai anak jati Pahang yang membesar dengan tempoyak..hahaha..


Harga  Dan Cara Untuk Membuat Tempahan

Untuk pengetahuan semua, Bazaar Ramadan Buffet BTHKL ini akan bermula pada 8hb Mei 2019 sehingga 2hb Jun 2019 dan bertempat di Big Apple Restaurant yang terletak di aras 14.

Harga untuk buffet Ramadan ini :

Early Bird

Dewasa : RM98 nett
Kanak-kanak : RM48 nett

Minggu Pertama (8hb-12hb Mei 2019)

Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak : RM48 nett

13hb - 28hb Mei 2019

Dewasa : RM128 nett
Kanak-kanak : RM58 nett

Minggu Terakhir (29hb Mei - 2hb Jun 2019)

Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak : RM48 nett

Bagi mereka yang gemarkan Nasi Briyani, pihak BTHKL turut menyediakan 'Nasi Briyani Take Away' dengan pilihan Ayam & Kambing. Gerai Nasi Briyani ini terletak di lobi hotel antara pukul 5 petang sehingga 8 malam dengan harga bermula RM10

Apa tunggu lagi? Jom la tempah sekarang dengan menghubungi Big Apple Restaurant di talian 03-21178000 (ext.8133) atau layari website mereka di www.berjayahotel.com