Pengertian Umrah Dan Cara Mengerjakan Umrah

Berikutan sekarang sudah dibenarkan untuk melaksanakan ibadah Umrah buat seluruh umat Islam, jadi aku ingin berkongsi sedikit tentang pengertian umrah dan cara mengerjakan umrah.


PENGERTIAN UMRAH


Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan niat ihram, tawaf,saie ,bertahalul dan mengikut tertib.

Dalil daripada Al Quran ialah Firman Allah SWT:

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah SWT

Surah Al Baqarah, Ayat 196




APA ITU IBADAH UMRAH


Ramai di antara kita sememangnya ‘mengetahui’ ibadah umrah. Namun begitu, adakah kita benar-benar mengetahui apakah itu ibadah umrah serta cara mengerjakan ibadah ini?


1. Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram,tawaf sa’i dan bertahallul mengikut tertib

2. Ijmak Ulama mengatakan ibadah ini  WAJIB dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu

3. Ibadah ini boleh dilakukan pada bila bila masa tidak seperti ibadah haji yang hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja yang mana hari kemuncaknya pada hari Tasyrik

4. Tidak seperti dulu, Kerajaan Arab Saudi sekarang sudah menetapkan jemaah umrah wajib memohon visa umrah melalui mana mana agensi umrah





Cara Mengerjakan Umrah


1. Rukun Umrah mulai dilaksanakan di Miqat iaitu tempat mula niat umrah dan memakai pakaian ihram. Jika berangkat dari Madinah bermakna miqatnya di Bir Ali. Disarankan sejak perjalanan dari Madinah telah siap memakai kelengkapan umrah yang diperlukan (seperti pakaian ihram), namun niat ihram dibaca di Bir Ali. Setelah menukar pakaian, jemaah melakukan solat ihram 2 rakaat.



2. Setelah memakai pakaian ihram dan niat umrah, jemaah tidak boleh menggunakan wangi-wangian, mandi memakai sabun wangi, memberus gigi dengan ubat gigi, serta memakai pakaian selain dari pakaian ihram. Juga dilarang berhubungan suami isteri sampai ibadah umrah berakhir iaitu hingga selesai tahallul (memotong rambut).



3. Membaca kalimat talbiyah sebanyak-banyaknya.


4. Setiba di Masjidil Haram, jemaah akan  Thawaf mengelilingi Ka`bah sebanyak 7 kali, mengelilingi 1-3 kali dengan berlari-lari kecil, untuk pusingan ke 4 hingga 7 berjalan seperti biasa.


5. Solat 2 rakaat setelah selesai Tawaf dan sebaiknya di belakang maqam Nabi Ibrahim.


6. Diteruskan dengan melakukan Sa`i ulang alik dari Shofa ke Marwah sebanyak 7 kali


7. Melakukan Tahallul iaitu mencukur seluruh rambut  ataupun sebahagian dan tertib atau mengikut aturan.





Kredit : Kembara Sahabat Haramain Travel Sdn.Bhd

Post a Comment

3 Comments

  1. Panduan ringkas yang bagus tentang umrah. Moga lancar perjalanan umrah bagi semua tetamu ALLAH

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing..rindunya nak ke tanah suci

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak membantu

    ReplyDelete