Bercukur Untuk Bayi dan Akikah

by - December 19, 2017

Pagi tadi sempat aku tengok rancangan 'Tanyalah Ustaz' sambil sediakan lunch box aku untuk hari ni. Jemputan kali ni ialah Datuk Abu Hassan Din yang sememangnya idola aku sejak dulu. 

Tajuk hari ni Ta'dib..satu tajuk yang pada aku menarik. Jadi tadi sambil-sambil memasak, sambil ambil sarapan (sarapan aku biasalah..v soy + muesli + oat yg diblend) sambil tu dengar penjelasan Datuk Abu Hassan Din tentang perkara-perkara berkaitan azan, cukur dan akikah pada bayi



Rupanya..menurut Datuk Abu Hassan Din tadi, kalau bayi tidak diazankan (kalau perempuan Iqamat) ada sejenis syaitan yang memang kerjanya akan membisikkan supaya sentiasa berzina..huishhh Nauzubillah..

Lepas tu kata Datuk Abu Hassan Din lagi, pada hari ketujuh bayi dilahirkan hendaklah diberikan nama, diakikahkan dan dicukur kepalanya. Bukan cukur jambul tau..sekarang ramai yang buat cuma cukur jambul tapi sebenarnya Rasulullah suruh cukur keseluruhan kepalanya bagi botak. Dari segi Fiqah perbuatan ni tak wajib tapi dari segi Tasawuf pula..perbuatan bercukur ni bagus sebab 9 bulan bayi berada dalam kandungan, bayi tinggal dalam air ketuban yang penuh dengan pelbagai benda termasuk najis bayi itu sendiri. Jadi cukurkan rambut habis bagi tujuan pembersihan.

Selepas dicukurkan rambut, rambut tu haruslah ditimbang dan timbangan itu disamakan dengan nilai perak (kalau zaman sekarang emas la)..nilai emas tersebut hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin. Nanti doa yang dipanjatkan oleh fakir miskin yang bersyukur akan terus sampai kepada bayi tersebut.

Cantikkan ajaran Rasulullah?..tapi tu la..sekarang ramai yang makin melupakan. Maksud aku ramai yang setakat buat cukur jambul sedangkan dalam Islam tiada istilah cukur jambul..sebenarnya tak perlu pun buat kenduri besar-besaran tapi kalau memang dah niat nak bersedekah apa salahnya..

Begitu juga dengan bab akikah, akikah sebenarnya cuma simbolik kepada 'gadaian' anak seperti yang diriwayatkan oleh Tirmidzi "Setiap anak tergadaikan dengan Akikahnya, disembelihkan (kambing) pada hari ke tujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama." Menurut Datuk Abu Hassan Din, kambing yang disembelihkan untuk akikah tu tak nak makan pun tak pe sebab yang penting tu ialah penyembelihan. Tapi ye la..takkan kita nak membazir pula kan..jadi tiada halangan untuk memasak dan buat kenduri.

Cuma itu lah..zaman sekarang lebih suka buat kenduri besar-besaran. Kalau nak ikutkan Rasul cuma sarankan untuk timbang rambut bayi yang dicukur, tukarkan nilaian kepada emas/perak dan sedekah nilai tersebut. Kata Datuk Abu Hassan Din lagi, dia biasanya kalau cukurkan kepala cucu..rambut yang dicukur tu letak dalam air (supaya tak berterbangan), kemudian tapiskan rambut dngan tisu supaya air tu meresap kemudian baru timbang. Rambut bayi berapa gram la sangat kan..hehe..jadi hasil dari nilai timbangan tu buatlah sedekah pada fakir miskin.

Sebenarnya dalam Islam memang diajar detail tentang semua perkara. Anak-anak kita adalah hasil dari bentuk didikan dan asuhan kita. Perkara-perkara yang nampak remeh sebenarnya memberi impak yang besar pada anak-anak. Contohnya menurut Imam Al-Ghazali, anak lelaki sebenarnya hendaklah diajar untuk tidur ditempat yang keras bukan atas tilam yang empuk cam kita sekarang supaya badan menjadi kuat dan keras. Sebab tu kalau kita perasan, anak-anak generasi kita ni tak segagah generasi lampau. Itu fakta tau..boleh buka kitab-kitab tentang penulisan Imam Al-Ghazali.


Hehehe..itulah ilmu yang aku dapat har ni dan aku sharekan pada korang. Semoga bermanfaat.

You May Also Like

4 comments

  1. Bagus perkongsian nie Kak Min. Selama nie asyik tengok majlis cukur jambul besar besaran..

    ReplyDelete
  2. bagus info ni kak min, dulu sya tak tahu sangat..huhu

    ReplyDelete
  3. Ilmu dunia akhirat. Belajar siap siap. At least dapat tambah sikit ilmu pengetahuan. Sebelum ni xpernah tahu pon timbang rambut bayi tu.

    ReplyDelete
  4. minta dijauhkan anak anak n keturunan kita dari hasutan syaiton..selain tu,surah alam nashrah pon bagus dibacakan pada baby perempuan.

    ReplyDelete