Natrah : Kisah Lara 3 Jiwa Part 6

Lara yang tak berkesudahan

Setelah keputusan Hakim diperdengarkan..Natrah harus dikembalikan kepada keluarga kandungnya, Natrah terus meraung..dipautnya erat tangan Mansor, menggenggam tangan sasa itu sekuat hatinya. Tiada siapa yang mampu meleraikan genggaman itu hingga Natrah terpaksa di suntik.


Namun Natrah sempat berpesan kepada Mansor untuk mendapatkannya kembali walau apa caranya sekali. Tapi..itu adalah kali terakhir Mansor melihat Natrah..selamanya.


Menurut Natrah ketika ditemubual oleh Datin Fatini Yaacob :

"Saya menangis sekuat hati dan menggenggam tangan Mansor dengan seerat-eratnya untuk mengelakkan dibawa pergi. Saya masih ingat lagi ketika itu tidak ada sesiapa pun boleh membuka genggaman erat tangan tersebut.


Oleh kerana tiada cara memutuskan kami berdua, mereka menyuntik saya, dan saya tidak dapat mengelak, terus tidak sedarkan diri. Bila sedar, saya telah berada di gereja.."


Mansor Adabi pula ketika ditemuramah..lama beliau terdiam sebelum menjawab...

"Rasanya seperti langit runtuh ketika itu"..

Ya Allah..bayangkan bagaimana perasaan suami isteri ini dipaksa untuk berpisah buat selamanya...


Natrah di Gereja


Berikutan keputusan Mahkamah telah ditetapkan, Peguam Che Aminah dan Mansor memohon supaya pelaksanaan perintah Mahkamah  iaitu penyerahan Natrah kepada Adeline ditangguhkan sehingga rayuan dipertimbangkan. Tetapi hakim menolak permohonan itu.


Dipendekkan cerita, setelah melalui beberapa proses akhirnya Hakim membenarkan permohonan rayuan diperdengarkan pada 11 Disember 1950 di Mahkamah rayuan manakala arahan rasmi berkaitan keputusan hari tersebut akan dikeluarkan pada 12 Disember 1950.


Sehingga tarikh rayuan didengarkan di mahkamah, Natrah dikehendaki tinggal di Gereja Convent of the God Shepherd. Di sini Natrah dihalang untuk bertemu Mansor dan Che Aminah. Kosul Jeneral Belanda pula memberitahu bahawa di sini Natrah akan diberikan 'pendidikan semula'. Walaupun tidak dijelaskan apakah itu 'pendidikan semula' yang dimaksudkan..umum mengetahui disinilah Natrah dipaksa untuk mempelajari agama Kristian.


Natrah meronta tidak mahu berada di sini namun apakan daya bagi seorang gadis yang berusia 13 tahun ini untuk melawan..bermula disinilah jiwa Natrah hancur dan episod-episod sedih dalam kehidupannya mula terbentang luas dihadapan.


Provokasi Media tentang Natrah


Akhbar-akhbar Inggeris mula membuat provokasi tentang Natrah selama beliau berada di Gereja. Antara provokasi yang menaikkan kemarahan umat Islam sekaligus menyatukan semua penduduk Islam di Singapura dan Tanah Malaya ialah tajuk "Bertha melutut di depan patung Virgin Mary". Menurut artikel itu Natrah berbuat demikian atas kehendaknya sendiri


Berita itu menggemparkan dan rusuhan mula terjadi. Orang Islam pastinya marah dengan berita tersebut. Disebabkan itu akhbar Utusan Melayu mula meminta untuk membuat kiputan tentang Natrah di gereja namun ditolak keras oleh Konsul Jeneral Belanda dengan pelbagai alasan.


Namun setelah 4 hari membuat permohonan akhirnya Konsul Jeneral Belanda bersetuju itupun setelah pihak akhbar Utusan Melayu memberitahu tentang kemarahan kaum Melayu dan masyarakat Islam tentang berita Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary.


Menurut Puan Rosewati Buang yang ditugaskan membantu pemberita kanan mendapatkan berita Natrah di gereja..mereka bertemu secara tidak sengaja Natrah di pintu masuk gerej dan Natrah terus menerkamnya dan bertanyakan dimanakah ibunya Aminah dan Natrah memberitahu betapa tersiksanya dia berada di gereja. Ayat Natrah berbunyi "Kak Buang..Kak Buang di mana mak saya sekarang dan bagaimana dia? Tolonglah kak Buang..saya sangat susah hati tinggal di sini"


Menurut Puan Rosewati Buang, suara Natrah ketika itu merayu-rayu dan tangan beliau ditarik-tarik Natrah. Pada mulanya beliau mendiamkan diri kerana syarat untuk bertemu Natrah ialah mereka tidak boleh bercakap dengan Natrah..namun kerana kasihan dan terharu beliau memberitahu Natrah yang Che Aminah sihat dan tinggal di Rowell Road tempat di mana Natrah tinggal bersama ketika di Singapura


Pertemuan itu berlaku terlalu pantas sebelum Natrah diheret pergi...




Post a Comment

6 Comments