Kembara Umrah JDT (KUJDT) Membuka Pakej Jelajah 5 Kota Saudi dan Pelancaran Ihram Personal Care Khalisah

PUTRAJAYA, 5 MAC 2023 - Tuan Haji Mohd Khairuddin Salim dan isterinya, Hajjah Mossiah Mahadi, telah melangkah lebih jauh dalam perkhidmatan umrah, haji, dan jelajah Muslim dengan melancarkan pakej jelajah 5 Kota Saudi serta produk penjagaan peribadi Ihram Personal Care Khalisah.


Cerita bermula apabila pasangan ini pulang dari umrah dengan agensi lain dan terinspirasi untuk menyediakan perkhidmatan umrah yang lebih teratur melalui Kembara Umrah JDT (KUJDT).

Menurut Mohd Khairuddin, KUJDT menawarkan perbezaan dengan agensi lain dengan menyediakan jaminan kumpulan kecil dan hotel yang dijanjikan tanpa pertukaran hotel yang tidak diingini. Tambahan pula, mereka menawarkan bimbingan umrah tiga kali bersama Musyrif.

KUJDT turut melancarkan pakej jelajah 5 Kota Saudi yang membolehkan jemaah melaksanakan umrah semasa melancong dalam tempoh sembilan hari tujuh malam sahaja. Untuk Pakej Jelajah 5 Kota Saudi, para jemaah bukan sahaja akan dibawa menunaikan umrah tetapi melawat ke 5 Kota Saudi berikut ;

  • Al Ula
  • Taif
  • Mekah
  • Madinah
  • Jeddah


Turut dilancarkan adalah Ihram Personal Care Khalisah, produk penjagaan peribadi yang dirangka khas untuk membantu jemaah haji dan umrah menjaga ibadah mereka dengan lebih baik semasa dalam Ihram. Produk ini terbuat daripada bahan-bahan berasaskan sunnah tanpa bau dan alkohol, termasuk susu, kambing, madu, dan habatussauda serta mesra wudhu.


Majlis pelancaran ini berlangsung di Menara Shaftsbury Putrajaya, menandakan langkah proaktif KUJDT dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah dan jelajah Muslim bagi masyarakat Malaysia.

Majlis ini juga turut merasmikan pejabat KUJDT di Putrajaya iaitu di bangunan yang sama perasmian dilancarkan iaitu di aras UG Menara Shaftsbury Putrajaya. 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan info lebih lanjut mengenai Pakej Jelajah 5 Kota Saudi atau mengenai pakej-pakej yang ada di KUJDT bolehlah layari ;

Laman web : www.kujdt.my

Post a Comment

0 Comments