Bagi pembaca blog aku pasti tahu sebelum ini aku ada kongsikan artikel tentang perumahan Tiara Sendayan. Tiara Sendayan adalah sebuah perbandaran premium yang dibangunkan di atas 6,272 ekar tanah pegangan bebas kelas pertama Bandar Sri Sendayan.
Tiara Sendayan adalah sebuah projek perumahan oleh Matrix Concepts yang telah memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022 dan The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above).
Buat pengetahuan, Matrix Concepts Holdings telah berjaya menyiapkan 13 projek dan kesemuanya habis terjual dalam masa 3 tahun. Malah Tiara Sendayan sendiri terdiri daripada 14 presint rumah berangkai terdiri daripada 4,101 unit dan berjaya menjual sebanyak 2,188 unit.
Peluang Terakhir Untuk Dapatkan Rumah Di Tiara Sendayan
Dibangunkan di penempatan strategik yang mempunyai akses mudah dilaluan Lebuh Raya Utara-Selatan, Tiara Sendayan adalah pilihan bijak bagi mereka yang inginkan sebuah kediaman yang berdekatan dengan segala kemudahan.
Tidak hanya berdekatan dengan sekolah dan pusat pembelajaran iaitu ;
SMK (Felda)
Seri Sendayan |
2 KM |
SJK (T)
Bandar Sri Sendayan |
4 KM |
SJK (C) Tung
Hua S2 Heights |
7 KM |
Nilai
University |
24 KM |
INTI
International University |
25 KM |
Tiara Sendayan juga berdekatan dengan hospital dan juga pusat membeli-belah seperti Mydin Hypermarket Seremban 2, AEON Seremban 2, Lotus's dan NSK Trade City Seremban.
Malah di Tiara Sendayan sendiri , sebuah central park yang berkeluasan 12 ekar telah dibina bagi memenuhi keperluan penduduk untuk beriadah bersama yang tersayang.
Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan
di sini termasuklah gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gym, trek
jogging, laluan refleksologi dan banyak lagi.
Jadi, inilah peluangnya untuk anda menjadi sebahagian daripada komuniti Tiara Sendayan kerana presint 16 Tiara Sendayan ini adalah projek terakhir untuk anda memiliki rumah single dan double storey memandangkan pada masa hadapan tiada lagi rumah single dan double storey yang akan dibangunkan di Tiara Sendayan.
Buat pengetahuan, Presint akhir ini dilengkapi dengan ruang hijau yang luas di dalam presint dan rumah. Untuk projek terakhir Tiara Sendayan ini, sebanyak 336 unit telah dibina di atas tanah pegangan bebas (freehold land) dan saiznya pula adalah 20' x 65' hingga 20' x 75' manakala binaan untuk single storey bermula dari 1,056 kaki persegi dan double storey pula bermula dari 1,576 kaki persegi.
Jika anda berminat untuk memiliki rumah di Tiara Sendayan, inilah masanya untuk anda merebut peluang tersebut dengan melayari laman web https://tiarasendayan.com/ untuk maklumat lebih lanjut.
Sedikit Info Tentang Projek Akan Datang
- Anara, Calia, Elara @ Tiara Sendayan
- Saiz lot 20’ x 65’ (Setingkat), 20’ x 70 – 75’ (Dua Tingkat)
- Binaan dari 1,056 kaki persegi. (Setingkat), 1,576 (Dua Tingkat)
- 336 unit, 20.54 ekar
- 3 Katil + 2 Bilik Mandi (Setingkat), 4 Katil + 3 Bilik Mandi (Dua Tingkat)
- Harga dari 225k (Setingkat), 360k (Dua Tingkat)
b) Kemudahan @ Tiara Sendayan
- Central Park seluas 12 ekar dengan kemudahan, Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Keranjang, Kawasan Gim, Parcourse Stesen, Teres Tempat Duduk, Tempat Perlindungan, Kawasan Permainan Kanak-Kanak, dan banyak lagi.
c) d’Tempat Country Club
- Semua pembeli Calia & Elara akan mendapat keahlian kelab percuma dari 2 penggal hingga 5 syarat
- Kemudahan; Kolam renang saiz Olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet,bilik mesyuarat, Spa, bar dan kafe
d) Sekolah Global Matriks
- Dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina dan dalaman yang unik mengikut gaya klasik Sekolah Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan luar negara
- Ia terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix
e) X-Park
- Pusat sukan dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang memandu
f) Merchant Square
- 163 unit pejabat kedai melengkapkan Carnelian Park, sebuah taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti - Dilengkapi dengan tanah rizab 6.4 ekar untuk pembangunan pusat membeli-belah kejiranan pada masa hadapan
3 Comments
aduhhh...love sangat dgn environment dia...dah la complete facilities berdekatan~
ReplyDeleteEhhh rumah besar dan cantik kemudahan ada.. rugi kalau yang tak grab boleh buat pelaburan masa akan dtg nanti..
ReplyDeleteCantik cantik design rumah dekat Tiara Sendayan ni. Facilities pun banyak, Sesuai sangat untuk yg da bekeluarga nak rumah yang besar n selesa pada harga berpatutan
ReplyDelete