TODAK FUSION ANJURKAN TREND RAYA 2023

Hari ini seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Bila tiba bulan puasa, sudah pastilah akan meriah dengan sambutan untuk menyambut Hari Raya.

Sudah lumrah di Malaysia, sambutan untuk menyambut Hari Raya akan lebih meriah dan di mana-mana pasti akan ada jualan Hari Raya.

Tidak mahu ketinggalan, Todak Fusion Sdn.Bhd turut menganjurkan Trend Raya iaitu sebuah hub membeli-belah yang akan diadakan pada 7, 8 dan 9 April ini bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.


Menyifatkan Trend Raya 2023 sebagai sebuah hub membeli-belah, Trend Raya bertujuan menyatukan para peniga dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan indoor-bazaar yang berkonsepkan trendy.

Turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia secara amnya ke acara yang bakal dilangsungkan ini.

Trend Raya 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri ‘trendy’ dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini. 

Trend Raya juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influenceryang digemari ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023. Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini,
 ujar En Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd. 

TODAK FUSION ANJURKAN TREND RAYA 2023



Trend Raya 2023 akan berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Dengan kemasukan secara percuma, bazar ini akan berlangsung selama tiga hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan matlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan. Melalui “Trend Raya 2023 ini juga, sebuah program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu para peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan. Pihak Afiz Ayub Foundation bersetuju menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di bawah Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf. 


Disamping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023. Di samping itu, menurut En Mohd Ikmal Fareeq, 

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak AEON (M) CO kerana sudi bersama sama kami di dalam memeriahkan lagi acara ini. Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana mana booth jualan di Trend Raya 2023.

Menariknya, pengunjung yang hadir juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal pada tiga hari acara berlangsung. Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi. 

Selain daripada itu, Trend Raya juga akan membawa barisan artis tanah air bagi memeriahkan lagi acara ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Trend Raya 2023 yang bakal berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. 

TREND RAYA 2023 TARIKH: 7, 8 & 9 APRIL 2023 
LOKASI: MID VALLEY EXHIBITION CENTRE (Hall 3) 
WAKTU: 10 PAGI - 10 MALAM 
KEMASUKAN: PERCUMA 
PENGANJUR: TODAK FUSION SDN BHD dengan sokongan BADAN KEBAJIKAN AFIZ AYUB FOUNDATION, SUGAR BOMB HQ, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (MAIWP), AEON (M) CO BERHAD, TODAK BIGO AGENCY & KENTANG HIJAU PRODUCTION 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari ;

Post a Comment

0 Comments