Seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ini si Jelajah Suria kembali bakal menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan 80an, 90an dan terkini.
Bagi peminat-peminat Suria FM yang berada di Johor, anda sangat bertuah kerana Johor adalah destinasi pilihan pertama Jelajah Suria Anggun Cotton Collection ini akan berlangsung dan tempat yang akan berlangsungnya siri jelajah kali ini adalah di Paradigm Mall, Johor Bahru.
Dengan kerjasama Anggun Cotton Collection sebagai penaja utama jelajah Suria kali ini dinamakan sebagai 'Jelajah Suria Anggun Cotton Collection'. Membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos, Meer Nash, Da Unknown, Wani Annuar, Aiman Zaidi, Heedan Mohd dan ramai lagi!
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin),
Siri Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan oleh peminat dan pendengar Suria FM. Oleh itu, pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan buat para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur.
Tambah DJ Lin,
Pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag
Wang
tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi
pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6
petang.
Dapatkan Koleksi Terhad Anggun Cotton Collection Secara Eksklusif Hanya Di Jelajah Suria Anggun Cotton Collection
TARIKH
|
TEMPAT |
11 Feb 2023 |
Paradigm Mall, Johor
Bahru |
19 Feb 2023 |
Zon Utara (tempat akan diumumkan
kemudian) |
25 Feb 2023 |
Kuantan City Mall,
Kuantan, Pahang |
4 Mac 2023 |
Tropicana Gardens Mall, Petaling
Jaya, Selangor |
@bebelancikmin Smlm aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang bakal bermula pada Sabtu ini (11 Feb 2023) sehingga 4 Mac 2023 yg bertemakan sentuhan '80an, 90an dan terkini!' Bermula di Paradigm Mall,JB, seterusnya ke Utara pada 19 Feb, Kuantan pada 25 Feb dan akan berakhir di Tropicana Garden Mall, PJ pada 4 Mac 2023. Ada lebih 40 artis popular termasuk Shidee, Raja Ema, Bunga, Akim & The Majistret dan ramai lagi. Turut menyertai setiap jelajah adalah duta Anggun Cotton Collection, Yana Samsudin. #JelajahSuriaAnggunCottonCollection #suriamalaysia #segalanyahiburan #jelajahsuria2023 ♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX - DRXML
0 Comments