CEPAT SERBU GUARDIAN SEKARANG UNTUK DAPATKAN DISKAUN 60% UNTUK ITEM BELIAN KEDUA

Bagi mereka yang suka bershopping di Guardian, ini ada berita gembira untuk anda kerana Guardian telah melancarkan promosi Mix & Match buat pertama kalinya, yang menawarkan penjimatan 60% untuk item belian kedua.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Malaysia dan Brunei, Guardian Health and Beauty Asia Tenggara berkata;


“Kami sentiasa mencari cara untuk memberikan nilai hebat kepada pelanggan kami dan pengalaman pelanggan yang lebih baik jadi disamping penjimatan hebat, kami  kini menawarkan kepada pelanggan kami pilihan untuk mencampur dan memadankan apa yang mereka beli dan ini adalah tawaran pertama seumpanya oleh Guardian. 


“Untuk julung kalinya, pelanggan Guardian akan menikmati diskaun 60% untuk item belian kedua dan mereka dibenarkan untuk Mencampur dan Memadankan pilihan mereka daripada lebih 2,000 produk, yang merangkumi semua produk pupur muka, pembersih muka, penjagaan bibir, pewarna rambut dan deodoran. 


Promosi ini bermula pada 1 Februari 2023 dan akan berakhir pada 28 Februari 2023, jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli-belah di Guardian.


Bersempena dengan Tahun Arnab, Guardian turut memperkenalkan karakter digital, Guardian Bunny Twin baharu yang dikenali sebagai Pom Pom dan Bun Nee.




Teo berkata: “Mereka akan menjadi Bunny pertama daripada banyak lagi arnab yang akan muncul dari Bunnyville Guardian dan kedua-duanya akan berinteraksi  dengan pelanggan secara maya sebagai duta jenama Guardian yang berkhidmat untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kecantikan pelanggan kami.


“Pom Pom, arnab yang lebih tua bersifat Mendidik, Bermaklumat dan Prihatin manakala kembarnya yang lebih muda, Bun Nee, gemar Bermain dan Cerdik.




“Jadi ikuti ruang digital kami untuk kelahiran lebih banyak Bunny Guardian dari Bunnyville tidak lama lagi!!”

Post a Comment

0 Comments