Restoran Tung Yuen Mardhiyyah Hotel & Suites Menghidangkan Hidangan Cina Asli Halal

Nak dapatkan makanan cina asli yang dijamin halal memang agak susah. Namun jika anda ke Shah Alam, anda pasti akan tersenyum kerana anda bakal dapat menikmati hidangan asli masakan cina yang dijamin halal kerana di Shah Alam terdapat sebuah Restoran Cina Tung Yuen yang terletak di dalam Mardhiyyah Hotel & Suites dan Mardhiyyah Hotel & Suites ini sememangnya sebuah hotel yang menerapkan unsur-unsur islamik serta patuh syariah dan kesemua restoran yang terdapat di hotel ini telah mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM.




Restoran Tung Yuen Mardhiyyah Hotel & Suites Menghidangkan Hidangan Cina Asli Halal


Buat pengetahuan semua, sekarang ni Restoran Tung Yuen sedang mengadakan 'Set Super Deal' Makan Tengahari dan Makan Malam. Untuk hidangan set makan tengah hari, terdapat lebih 6 hidangan yang boleh dinikmati dan disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick Ng.



Untuk set makan tengah hari ini, pengunjung akan dihidangkan dengan tiga jenis pembuka selera iaitu Strir Fried Chicken with Bell Pepper and Szechuan Sauce, Chilled jelly Fish with sesame Sauce and Ebiko and Green Mixed Vegetables Salad.


Nikmati hidangan seterusnya dengan Double Boile Chicken Soup with Black Garlic and Top Shell Meat, Sweet and Sour Fish with Pineapple and Bell Peppers, Stir Fried Fresh Seasonal Vegetable with Garlic, Wok Fried Glass Noodle with Shredded Chicken and Bean Sprout, Chilled Sea Coconut with Peach Raisin and Crispy Shanghai Pancake.


Manakala untuk set makan malam, pengunjung akan dihidangkan dengan Tung Yuen Trio Combination seperti Wok Fried Sliced Top Shell with Bell Pepper and Szechuan Chilli Paste, Chilled Japanese Octopus with Jelly Fish and Sesame Paste and Steamed Crabmeat Stick Dumpling. Sementara itu, pengunjung boleh menikmati Braised Hot and Sour Szechuan Soup with Prawn Meat and Shredded Sea Cucumber, Sautéed Prawn, Fresh Scallop with Seasonal Vegetable and Spicy Scallop Paste, Crispy Boneless Chicken with Honey Marmite Sauce and Almond, Fried Rice with Assorted Seafood, Royal Chive, Egg and Chicken Floss and Chilled Mango Pudding topped with Vanilla Ice Cream.


Restoran Cina Tung Yuen ini terletak di Aras 1 sedia menerima kehadiran pelanggan. Set hidangan makan tengah hari ini boleh didapatkan pada harga RM 82.80 seorang pada setiap hari bermula jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang. Set hidangan makan malam pula bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam dengan harga RM 178.20 sahaja.


Untuk tempahan awal atau pertanyaan, sila hubungi 019-2616847. Layari laman web: www.mardhiyyahhotel.com dan Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel untuk mengetahui promosi-promosi terkini.

Post a Comment

3 Comments

  1. WAH SEDAPNYA. PERnah sekali masuk hotel mardhiyyah sebab nak pergi spa tingkat atas. suasana nya best je. tp belum pernah duduk 1 malam disitu. makanan nya pun belum pernah cuba

    ReplyDelete
  2. Meriah hidangan atas meja, insyaallah ada rezeki boleh cuba juga dine in di sini

    ReplyDelete
  3. Restoran Tung Yuen ni memang sedap dimakan. Selesa makan bersama keluarga jika menginap disitu

    ReplyDelete