Akhirnya Wajah Sultanah Kelantan, Sultanah Diana Petra Didedahkan

Setelah sekian lama rakyat Malaysia berteka-teki tentang Sultanah Kelantan sejak pengisytiharan yang dibuat oleh Istana Kelantan, akhirnya wajah Sultanah Diana Petra didedahkan.



Wajah DYMM Sultanah Diana Petra telah didedahkan di laman Facebook Unit Media Sultan Kelantan pada hari ini, 13 September 2022.


Hantaran tersebut adalah seperti berikut ;

KOTA BHARU | 6 Safar 1444H / 13 SEPTEMBER 2022.

DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.


Rombongan diketuai oleh YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz (Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan) dan beberapa  ahli pertubuhan yang lain.


Turut sama hadir  menyambut DYMM Sultanah Kelantan ialah YM Dato’ Sri Raja Rezza Shah (Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan), YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dan Pegawai-Pegawai Istana Kelantan.


DYMM Sultanah juga turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.


Kini rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega kerana akhirnya dapat melihat wajah jelita Tuanku Sultanah Diana Petra.
@bebelancikmin DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Sumber : Unit Media Pejabat Sultan Kelantan #dianapetra #sultanahkelantan #sultankelantan #royalfamily ♬ Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak

Post a Comment

2 Comments

  1. akhirnya dapat lihat wajah jelita Sultanah Kelantan

    ReplyDelete
  2. Isteri Sultan Kelantan sblm ni dgn yg skrg ni lawa2.

    ReplyDelete