Apa Itu i-Saraan Yang Diperkenalkan Oleh KWSP?

Aku pasti masih ramai yang tidak tahu secara details apa itu i-Saraan yang diperkenalkan oleh KWSP. Buat pengetahuan, i-Saraan adalah antara inisiatif Kerajaan bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mempunyai wang simpanan apabila capai usia persaraan.


i-Saraan secara ringkasnya adalah caruman sukarela dengan insentif persaraan yang dibuka kepada semua warganera Malaysia yang bekerja sendiri bawah 60 tahun dan merupakan ahli KWSP


Apa Itu i-Saraan Yang Diperkenalkan Oleh KWSP?


Apakah itu i-Saraan?


  • Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.
  • Ahli yang berumur di bawah 60 tahun akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% daripada jumlah caruman, tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun.
  • Antara faedah i-Saraan adalah:

  1. Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  2. Mencarum pada apa-apa amaun, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan masing-masing
  3. Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan
  4. Mendapat pelepasan cukai pendapatan
  5. Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)


Siapakah yang layak untuk memohon i-Saraan?


  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 60 tahun
  • Orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
  • Orang yang tiada pendapatan tetap, termasuk suri rumah
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan
  • Menghantar borang KWSP 16G(M)


*Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

 


Bagaimanakah saya boleh memohon untuk i-Saraan?


  • Untuk mendaftar i-Saraan:

  1. Isikan borang i-Saraan KWSP 16G(M)
  2. Buat pendaftaran secara dalam talian di Portal Pendaftarani-Saraan atau Kaunter KWSP


  • Pembayaran boleh disalurkan melalui:

  1. Perbankan internet melalui Maybank, RHB Bank, Public Bank, Bank Muamalat, Alliance Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, CIMB Bank dan MBSB Bank
  2. Kaunter ejen bank (tunai / cek) melalui BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank
  3. Ejen bank berdaftar BSN
  4. Di mana-mana kaunter pembayaran KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar menggunakan Borang KWSP 6A (2)
  5. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Senarai Pejabat dan Kios KWSP


  • Dokumen yang diperlukan:

  1. MyKad
  2. Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  3. Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  4. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kiranya yang para peniaga bagus laa kan mohon, untuk tambah tabungan sendiri.. bagus ni, nak share kat kawan juga..

    ReplyDelete