Resipi Sup kaki Lembu

Sup kaki lembu? Bunyinya agak rare tapi di Pantai Timur terutamanya di Kelantan, hidangan berasaskan kaki lembu menjadi kegemaran masyarakat di sana.




Proses membersihkan kaki lembu sebenarnya agak rumit kerana kaki lembu perlulah dibakar terlebih dahulu sebelum dibersihkan kulit dan dibuang segala bulu dan kulit-kulit yang terdapat pada kaki lembu tersebut. Setelah itu barulah kaki lembu dibersihkan sebelum direbus lama dan dijadikan masakan kegemaran.


Resipi Sup kaki Lembu


Untuk entri kali ini, jom aku kongsikan resipi sup kaki lembu yang menjadi kegemaran suami aku.




Resipi Sup kaki Lembu


Bahan-bahannya ;


1 labu bawang besar (juga boleh gunakan bawang merah kecil)

1 labu bawang putih

1/2 inci halia

Sedikit lada hitam

Sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis

2 sudu besar rempah sup

Sup bunjut

Garam secukup rasa

Kaki lembu

Kentang

Tomato


Cara-caranya ;


1. Bersihkan kaki lembu, rebus bersama sup bunjut hingga kaki lembu betul-betul lembut.

2. Sementara itu kisarkan bawang, bawang putih, halia dan lada hitam

3. Bancuh rempah sup dengan sedikit air

4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar

5. Selepas bahan kisar betul-betul masak, masukkan rempah sup 

6. Tumis hingga betul-betul garing

7. Selepas bahan tumis dan garing, tuangkan ke dalam periuk kaki lembu yang direbus

8. Masukkan kentang

9. Masukkan tomato

10. Masukkan garam secukup rasa

11. Sedia dihidang, hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.




@bebelancikmin Korang pernah makan tak sup kaki lembu? Kaki lembu tu bakar dulu sebenarnya then baru bersihkan. proses dia renyah jugak la, tp skrg dh moden kat kedai jual lembu tu leh mintak diaorang bersihkan siap2. #sup #supkakilembu #kakilembu #resipirare #resipi #resipitiktok #chefoftiktok #tiktokchef #fyp #bebelancikmin ♬ Tiara - Raffa Affar

Post a Comment

6 Comments

  1. Min....masakkan plis..kalau akak yang masak...x tau la bape hari kejadiannya...hahahaha...ya allah kenapa la di duga tengok semu benda ni ni time2 ni

    ReplyDelete
  2. Kalau Sis biasa beli dengan kawan Suami, dia dah siap urus dan bakarkan Min, tinggal Sis masak jerr.. dapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sis sekarang senang, beli je kat kedai dah siap bersihkan dah hehe

      Delete
  3. Rajin makan kaki lembu, Setakat ni makan kaki ayam je. Nak try lah cikmin. nyummss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke orang kata kalo makan kaki ni kuat berjalan eh! haha

      Delete