Sup kaki lembu? Bunyinya agak rare tapi di Pantai Timur terutamanya di Kelantan, hidangan berasaskan kaki lembu menjadi kegemaran masyarakat di sana.
Proses membersihkan kaki lembu sebenarnya agak rumit kerana kaki lembu perlulah dibakar terlebih dahulu sebelum dibersihkan kulit dan dibuang segala bulu dan kulit-kulit yang terdapat pada kaki lembu tersebut. Setelah itu barulah kaki lembu dibersihkan sebelum direbus lama dan dijadikan masakan kegemaran.
Untuk entri kali ini, jom aku kongsikan resipi sup kaki lembu yang menjadi kegemaran suami aku.
Resipi Sup kaki Lembu
Bahan-bahannya ;
1 labu bawang besar (juga boleh gunakan bawang merah kecil)
1 labu bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit lada hitam
Sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
2 sudu besar rempah sup
Sup bunjut
Garam secukup rasa
Kaki lembu
Kentang
Tomato
Cara-caranya ;
1. Bersihkan kaki lembu, rebus bersama sup bunjut hingga kaki lembu betul-betul lembut.
2. Sementara itu kisarkan bawang, bawang putih, halia dan lada hitam
3. Bancuh rempah sup dengan sedikit air
4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
5. Selepas bahan kisar betul-betul masak, masukkan rempah sup
6. Tumis hingga betul-betul garing
7. Selepas bahan tumis dan garing, tuangkan ke dalam periuk kaki lembu yang direbus
8. Masukkan kentang
9. Masukkan tomato
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Sedia dihidang, hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
@bebelancikmin Korang pernah makan tak sup kaki lembu? Kaki lembu tu bakar dulu sebenarnya then baru bersihkan. proses dia renyah jugak la, tp skrg dh moden kat kedai jual lembu tu leh mintak diaorang bersihkan siap2. #sup #supkakilembu #kakilembu #resipirare #resipi #resipitiktok #chefoftiktok #tiktokchef #fyp #bebelancikmin ♬ Tiara - Raffa Affar
6 Comments
Min....masakkan plis..kalau akak yang masak...x tau la bape hari kejadiannya...hahahaha...ya allah kenapa la di duga tengok semu benda ni ni time2 ni
ReplyDeleteHahaha..meh datang rumah kak
DeleteKalau Sis biasa beli dengan kawan Suami, dia dah siap urus dan bakarkan Min, tinggal Sis masak jerr.. dapnyaaaa
ReplyDeleteHaah sis sekarang senang, beli je kat kedai dah siap bersihkan dah hehe
DeleteRajin makan kaki lembu, Setakat ni makan kaki ayam je. Nak try lah cikmin. nyummss
ReplyDeleteBetul ke orang kata kalo makan kaki ni kuat berjalan eh! haha
Delete