Cara Renew Passport Online

Aku pasti selepas kerajaan umumkan yang PKP telah tamat dan banyak sempadan telah dibuka, pasti yang ramai ingin menghidupkan kembali passport yang telah tamat tempoh. Buat pengetahuan, untuk semua urusan menghidupkan kembali passport (passport renewal) hendaklah dibuat secara atas talian (online).




Berikut aku kongsikan pengalaman aku menghidupkan kembali passport secara atas talian ;


Langkah Pertama : Pergi ke laman web MYIMMS-ESERVICES. Sebelum meneruskan permohonan, pastikan anda membaca syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Imigresen.


  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.
  • Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.
  • Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.

Cara Hidupkan Passport Secara Online


Berikut adalah Terma & Syarat yang ditetapkan oleh pihak Imigresen ;


TERMA & SYARAT

1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).

 

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.

 

"Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150)."

 

3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

 

4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu

 

5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:

 

i. Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200

 

ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

 

6. Pemohon di bawah kategori berikut tidak dibenarkan membuat permohonan secara online (untuk mendapatkan pengecualian RM 100 perlu hadir ke kaunter)

 

i. Orang Kurang Upaya (OKU)

 

ii. Kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah

 

iii. Pelajar yang akan menyambung pengajian

 

iv. Jemaah haji

 

7. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

 

8. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.

 

9. Pasport pembaharuan masih sah laku atau tamat tempoh di dalam keadaan baik sahaja.

 

10. Buku Pasport masih sah laku atau tamat tempoh mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).

 

11. Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

 

12. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

 

13. Permohonan yang tidak menepati mana-mana syarat dan tidak memiliki visa/pas yang sah untuk menetap di sesebuah negara, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. (No Refund Policy)

 

Keperluan Tambahan:

 

1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

 

Notice

1. Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.

 

2. Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej 'Sila Rujuk Pejabat Imigresen', bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-

 

2.1 Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.

 

2.2 Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web 'MyOnline*Pasport'.

 

2.3 Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.


Langkah kedua : Isikan semua maklumat anda di dalam ruangan yang disediakan seperti gambar di bawah. Untuk NO DOKUMEN tu pastikan anda masukkan nombor passport sedia ada. Dan untuk bahagian PEJABAT PUNGUTAN pastikan anda memilih tempat yang betul dan berdekatan anda. Yang ini aku nasihatkan anda untuk pergi ke cawangan yang tidak terlalu padat. Jika pergi ke tempat yang terlalu sesak, mungkin akan beratur panjang.




Langkah ketiga : Tunggu e.mail dari pihak Imigresen. Selepas 3 hari permohonan, jika masih tidak menerima sebarang e.mail, anda boleh membuat semakan melalui laman web MYIMMS-ESERVICES . Jika anda menerima e.mail untuk mengambil passport, sila pergi ambil di tempat yang anda pohon. 




Namun jika anda menerima e.mail yang menyatakan bahawa anda perlu mengambil semula gambar dan cop jari di Imigresen, sila pergi ke Imigresen (di tempat yang anda pohon). Tapi pastikan anda mencetak resit (seperti di bawah ini) terlebih dahulu. Nombor giliran hanya akan diberi setelah anda menunjukkan resit ini di kaunter




Setelah gambar dan cop jari diambil, anda perlu menunggu selama 1 jam untuk mengambil passport. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang tidak tahu bagaimana caranya untuk renew passport secara online.

 


Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih cikmin. Mudah lah untuk renew passport ni. Bayaran renew tu untuk berapa tahun ya?

    ReplyDelete