EMPAYAR SURIA FM KEKAL TEGUH

Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2022, Suria FM kini berjaya menarik lebih daripada 3.4 juta pendengar seminggu sekaligus mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% atau 350,000 pendengar.

 

Segmen Team Pagi Suria gabungan Ajak, Fizi Ali dan Suraya Borhan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi turut mengekalkan takhta peningkatan pendengar mingguan tertinggi sekali lagi iaitu sebanyak 18% daripada pengukuran (Wave) sebelumnya dan juga peningkatan pendengar eksklusif tertinggi sebanyak 22% di antara semua stesen radio berbahasa melayu untuk Wave 1, 2022.

 

EMPAYAR SURIA FM KEKAL TEGUH

Segmen “Suria Cinta” yang dihoskan oleh DJ LIN, kekal sebagai segmen radio yang mempunyai tempoh masa mingguan tertinggi dihabiskan untuk mendengar (TSL) di antara stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 2 jam 40 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi.

 

Manakala slot ‘Gaya Suria’ kelolaan Cik Piah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan Suria Petang yang dikendalikan oleh Sharifah Shahirah dan Tyzo pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 3.00 petang hingga 7.00 malam kedua-duanya telah mencatatkan trend peningkatan pendengar mingguan yang konsisten dan tertinggi dari sisi tempoh masa mingguan dihabiskan untuk mendengar (TSL) Segmen Gaya Suria dan Suria Petang antara 3 stesen berbahasa melayu komersial yang mencatatkan pendengar mingguan tertinggi berbanding segmen-segmen di slot masa yang sama.

 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “Kejayaan yang diperolehi ini adalah hasil kerjasama padu yang diberikan oleh semua anak anak buahnya di Suria Fm. Dibantu dengan formula yang berkesan, fokus yang tinggi serta komitmen terbaik, alhamdulillah hasilnya sangat menggembirakan. Kami di Suria sentiasa bersyukur dan akan berusaha untuk terus meneroka idea baharu sejajar dengan perkembangan teknologi digital masa kini. Kami sentiasa komited untuk meningkatkan prestasi radio dari segala aspek khususnya digital dan dengan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% ini serta sambutan luar biasa bagi seleksi program raya Suria yang kami pertaruhkan pada tahun ini pastinya akan menjadi pemangkin semangat untuk kami terus menghasilkan produk Suria yang berkualiti demi memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar”.


EMPAYAR SURIA FM KEKAL TEGUH


 

Kempen Raya Suria Fm pada tahun ini diakhiri dengan Majlis Amal sebagai memenuhi Tanggungjawab sosial kami terhadap masyarakat yang mana pada 30 Mei lalu (Isnin), team Suria FM telah menyantuni warga asrama di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan dengan mengadakan majlis jamuan raya,  pengagihan ‘Kotak Infak Suria’, penyerahan sumbangan duit raya kepada para pelajar ASDAF, sesi beramah mesra bersama para penyampai Suria dan dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada penyanyi terkenal,  Nabila Razali. 


EMPAYAR SURIA FM KEKAL TEGUH


 

Selain itu, Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor yang turut hadir pada majlis tersebut mengucapkan rasa syukur dan berbesar hati dengan jalinan kerjasama melalui kempen bersama Suria FM dalam mengagihkan ‘Kotak Infak Suria’ kepada golongan saudara baru dan juga anak-anak di Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF).

 

Ujarnya, “Di saat kita menikmati kemeriahan Syawal bersama yang tersayang, jangan dilupakan masih ada golongan kurang berkemampuan yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19. Kebajikan masyarakat Islam terutamanya golongan saudara baru dan asnaf merupakan keutamaan di PERKIM.”


EMPAYAR SURIA FM KEKAL TEGUH


 Tambah DJ Lin, “Suria FM mengucapkan terima kasih kepada pihak Perkim atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan kempen ‘Kotak Infak Suria’ juga kepada semua pembeli yang sudi menginfakkan ‘kotak pahala’ bersama kami di Suria. Terima kasih kepada semua pendengar setia yang menjadikan Suria radio pilihan dan sentiasa dekat dihati anda.

 

EMPAYAR SURIA FM KEKAL TEGUH

  

Sumber data daripada GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2022 (Individu berusia 10 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia) | Facebook Analytics Insight, Januari – April 2021 | Twitter Analytics, Januari – April 2022 | YouTube Analytics, Januari – April 2022 | Google Analytics, Januari – April 2022 | TikTok Analytics, Januari – April 2022 | Suria Web and App Database, Januari – April 2022

 

Post a Comment

0 Comments