Kuota Dan Syarat Haji 2022

Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.


Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad pada majlis pengumuman jumlah kuota haji Malaysia bagi 1443H.


Jumlah kuota itu menyaksikan penyusutan bilangan jemaah haji Malaysia berbanding 31,600 jemaah sebelum ini.

Tahun ini Arab Saudi hanya membenarkan satu juta jemaah haji dari seluruh dunia mengerjakan haji dengan 85 peratus adalah jemaah luar iaitu lebih tinggi daripada tahun 2019 dengan jemaah luar hanya dibenarkan 75 peratus sahaja, 

katanya.


Kuota Dan Syarat Haji 2022


 

Syarat Haji


Berikut dikongsikan syarat-syarat haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2022.


Antara syarat yang dikenakan ke atas jemaah haji tahun ini ialah:

·        Mesti berusia 65 tahun ke bawah

·        Tidak mempunyai penyakit kronik

·        Mempunyai sijil vaksinasi COVID-19

·       Perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam dari masa berlepas



Kesemua syarat yang ditetapkan bertujuan demi memastikan kesihatan dan keselamatan kesemua jemaah haji dari seluruh dunia.

 

Kuota Dan Syarat Haji 2022

 

Untuk pengetahuan, mulai tahun ini 2022, syarat kesihatan untuk layak pergi haji bertambah ketat. Salah satu faktor mungkin disebabkan oleh kuota tahunan jemaah haji yang telah dikurangkan oleh kerajaan Saudi.


Antara syarat yang menarik perhatian untuk dikongsikan yang menjadi sebab seseorang itu tidak layak pergi haji:


1) Obesiti BMI 40 dan ke atas (automatik tidak layak)

2) Obesiti BMI 35-40 dan mempunyai 1 penyakit kronik seperti DM/hypertension

3) Pesakit DM dengan bacaan Hba1c 8.0% ke atas

4) Perokok dengan penyakit paru-paru kronik (COPD) walaupun tahap ringan


Jadi untuk anda/ibubapa yang merancang untuk melakukan haji beberapa tahun akan datang,


1) Lakukan medical check-up tahunan di klinik berdekatan

2) Amalkan healthy lifestyle. Turun berat badan dengan jaga makan dan regular exercise (untuk berat badan berlebihan/obese)

3) Stop smoking untuk lelaki yg merokok


Semoga perkongsian ini bermanfaat


Post a Comment

2 Comments

  1. Fuuhh, ada kira BMI sekali yea.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni kenalah selalu check tahap kesihatan.. kalau di kira sekarang, BMi Sis tu tak layak huwaaaaa....

    ReplyDelete