A World Of Flavours Tema Potatoes USA Sempena Sambutan Hari Nutrition Pada 28 Mei

Minggu lepas aku berkesempatan untuk sama-sama turut menyertai sebuah pertandingan masakan anjuran Potatoes USA bagi meraikan Hari Nutrion Sedunia yang bakal berlangsung pada 28 Mei ini. 


Bertemakan "A World Of Flavours" seramai 20 orang personaliti berpengaruh di sosial media sama-sama berganding bahu menyertai acara yang sungguh meriah ini. Lebih menarik lagi, pertandingan masakan ini menggunakan kentang A.S. sebagai ramuan utama.


Acara yang berjalan dengan suasana cukup meriah ini berlangsung di TCH Foodworks Culinary Workspace, Petaling Jaya. 20 orang peserta yang menyertai pertandingan ini dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu setiap kumpulan disertai oleh 2 orang peserta dan setiap kumpulan diwajibkan untuk menyediakan satu hidangan menggunakan kentang A.S.


Aku yang bergandingan dengan blogger Reef Omar telah memilih Rendang Hijau Kentang A.S sebagai menu taruhan kami. Setiap peserta diberi masa selama 45 minit untuk menyiapkan hidangan masing-masing.


A World Of Flavours Tema Potatoes USA Sempena Sambutan Hari Nutrition Pada  28 Mei


Seribu Kebaikan Dalam Sebiji Kentang A.S


Menurut pakar runding diet Indra Balaratnam, sebiji kentang A.S saiz sederhana menyediakan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam, dan tidak mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak. Kentang A.S merupakan sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga. 



Sebiji kentang A.S. sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak, dan protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot. Di samping itu, Kentang A.S. kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting menyokong sistem imun badan. 



Cik Tania Lee, pakar diet sukan juga berkongsi petua tentang manfaat Kentang A.S. bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas. “Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Karbohidrat ialah pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum. 



“Kentang mengandungi 3 gram protein setiap hidangan yang merupakan sumber khasiat bagi tumbesaran dan juga komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen, dan sendi. Kalium ialah mineral yang merupakan elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik. Sebiji Kentang A.S membekalkan15% daripada keperluan kalium harian anda, dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana,” jelas Tania.



A World Of Flavours Tema Potatoes USA Sempena Sambutan Hari Nutrition Pada  28 Mei


Di acara tersebut, pakar diet Indra Balaratnam mengesyorkan empat resipi yang menyelerakan dan berkhasiat menggunakan kentang A.S. – Mufin Kentang Russet A.S., Kroket Feta & Parsli Kentang A.S., Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S. dan Kentang A.S. Bakar ala TexMex. Indra menerangkan bahawa sajian-sajian ini mudah disediakan dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelazatan rasa yang menambat selera dan sememangnya sesuai untuk disajikan dalam majlis keluarga dan juga sebagai sajian segera. 




Resipi Muffin Kentang Russet A.S



Penerangan resipi: Vegetarian, Tanpa gluten

Resipi oleh: Indra Balaratnam, Perunding Dietitian

Masa Persediaan: 20 minit

Masa Memasak: 30 minit

Masa Sedia: 50 minit

Jenis Kentang: US Russet

Saiz Hidangan: 12 muffin

Kaedah Persediaan: Merebus, Membakar

Course: Snek, Pembuka selera


A World Of Flavours Tema Potatoes USA Sempena Sambutan Hari Nutrition Pada  28 Mei


Bahan-bahan

  • 3 Kentang Russet AS bersaiz sederhana – kulit, rebus dan dilenyek
  • 1 biji telur – dipukul sedikit
  • ½ cawan lobak merah diparut halus
  • 1/4 cawan bawang besar dicincang halus
  • ½ sudu teh serbuk bawang putih
  • ½ cawan (50 gram) keju cheddar yang dicincang
  • Garam & lada hitam ditumbuk secukup rasa


Cara Memasak

  • Panaskan ketuhar hingga 180ºC. Sapukan acuan dengan sedikit
    minyak zaitun

  • Potong kentang US Russet yang telah dikupas menjadi kiub
    kecil dan rebus dalam air selama beberapa minit sehingga ia lembut apabila
    dicucuk dengan garpu. Toskan kentang dan lenyekkan.

  • kecil dan rebus dalam air selama beberapa minit sehingga ia lembut apabila
    dicucuk dengan garpu. Toskan kentang dan lenyekkan.

  • Masukkan telur yang telah dipukul, lobak merah parut halus,
    bawang besar, serbuk bawang putih dan keju cheddar. Gaul rata dan perasakan
    dengan garam dan lada hitam secukup rasa

  • Bakar muffin selama 30 minit sehingga perang keemasan dan
    garing di sekeliling tepi.

  • Keluarkan kuali dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 10
    minit sebelum perlahan-lahan keluarkan dari acuan muffin.


Nota

Muffin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk beku. Untuk
memanaskan semula, masukkan sahaja ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 40
saat.

Nutrisi

Maklumat Pemakanan (setiap mufin):

Kalori: 69

Protein: 3g

Lemak: 2g (26% lemak daripada jumlah kalori)

Karbohidrat: 10g

Serat: 1g

Natrium: 55mg


Tahniah Buat Para Pemenang


Berbalik kepada cerita tentang pertandingan yang telah diadakan, 3 kumpulan telah dinobatkan sebagai pemenang iaitu ;

Tempat Pertama : Moka & Mawardi yang mempertaruhkan menu Potato Waffle with Potato Smoothie
Tempat Kedua : Kelly & Wilson yang mempertaruhkan menu U.S Potatoes Satay
Tempat Ketiga : Wuikathy & Christy yang mempertaruhkan menu U.S Potato Poke Bowl


A World Of Flavours Tema Potatoes USA Sempena Sambutan Hari Nutrition Pada  28 Mei
Pemenang Tempat Pertama : Moka & Mawardi


Tahniah juga kepada semua peserta yang telah sama-sama berganding bahu menyediakan pelbagai hidangan yang kreatif dan menarik serta pebuh dengan kebaikan yanga ada di dalam kentang A.S


Lihat video penuh  di sini ;



Untuk maklumat lanjut dan resipi menarik, kunjungi www.uspotatogoodness.com.my atau Facebook: @My Potatoes USA



Post a Comment

2 Comments

  1. Waaah, menarik nampaknya ni potatoes usa. Macam-macam menu boleh dimasak

    ReplyDelete
  2. tak sangka kentang ada byk khasiat! selalu jadikan dia sampingan je :P

    ReplyDelete