Program CSR Bersama Menyemarakkan Keikhlasan Di Hari Raya E.S.H x Datin Rita Sosilawati

Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Program CSR Bersama Menyemarakkan Keikhlasan Di Hari Raya E.S.H x  Datin Rita Sosilawati.


Tahniah diucapkan kepada Datin Rita Sosilawati kerana telah dilantik menjadi Duta ESH Raya 2022 sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. 


Buat pengetahuan, E.S.H Electrical Sdn Bd adalah  pembekal utama produk elektrik, rumah dan peralatan dapur 



Program CSR Bersama Menyemarakkan Keikhlasan Di Hari Raya E.S.H x  Datin Rita Sosilawati ini diwujudkan selaras dengan semangat Ramadan, untuk menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.


Justeru itu, sempena program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya' ini, E.S.H Electrical Sdn Bhd akan membantu kira-kira 200 keluarga yang terjejas  akibat banjir dengan menderma barangan elektrik kepada mereka.



Datin Rita Sosilawati akan melengkapkannya dan menyediakan barangan keperluan seperti
beras, gula, tepung, dan bekalan makanan lain untuk membantu keluarga-keluarga terbabit
menyediakan masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Tiada keluarga yang harus kelaparan dan lebih menderita pada bulan yang mulia ini, dengan itu kami berharap dapat meringankan beban dan kesulitan mereka.



Sebagai sebahagian daripada Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari
Raya', Datin Rita telah mewakili kedua-dua pihak dan melawat kedua-dua Kampung Kemat dan Kuala Menjing untuk bertemu sendiri dengan keluarga-keluarga yang terlibat dan mengagihkan barangan tersebut kepada mereka dengan bantuan PANDAN (Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti Nirmala).


Program ini telah dilancarkan secara rasmi di kedai E.S.H Electrical yang terletak di Tingkat 3, Bangsar Shopping Centre. 


Orang ramai boleh menyemak maklumat lanjut tentang kempen ini di kedai dan mereka yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang kampung masing-masing yang terlibat dan cara untuk terus membantu mereka boleh menghubungi kaunter khidmat pelanggan E.S.H.



Post a Comment

2 Comments