KELONGGARAN SOP COVID-19 MULAI 1 MEI 2022

Sebentar tadi Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah memgumumkan  Kelonggaran SOP COVID-19 Mulai 1 Mei 2022. Berikut adalah kelonggaran SOP COVID-19 yang telah diumumkan ;

PELITUP MUKA


■ Wajib di dalam bangunan termasuk pengangkutan awam dan kenderaan e-hailing

• Pilihan apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka tetapi digalakkan di kawasan yang sesak. Individu berisiko tinggi juga digalakkan memakai pelitup muka.


PENJARAKAN FIZIKAL


• Tidak lagi diperlukan
 • Digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka


DAFTAR MASUK (CHECK-IN) DAN STATUS VAKSINASI MYSEJAHTERA


. Daftar masuk (Check-in) dimansuhkan

• Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang berstatus 'Berisiko Tinggi' atau di bawah HSO


POSITIF COVID-19 (UJIAN DAN PELEPASAN)


■ Secara amnya, kes positif COVID-19 dikehendaki untuk kuarantin selama 7 hari. Walau bagaimanapun, di bawah Ujian dan Pelepasan, mereka akan mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag yang diselia pengamal perubatan pada hari ke-4. Jika negatif, mereka boleh menamatkan kuarantin.


MENGEMBARA


• Pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dikecualikan daripada ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan

• Pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi hendaklah menjalani ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Ag yang diselia dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan. Mereka juga perlu dikuarantin selama 5 hari

• Insuran COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk semua pelancong yang memasuki Malaysia


SENARAI NEGATIF


* Senarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan. Semua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022

Bersama Hentikan Wabak COVID-19

Dikemaskini | 27 April 2022

#Reopening Safely

Post a Comment

1 Comments

  1. Dah ada kelonggaran ni, jangan lupa juga ya. Kesihatan terus dijaga. Stay safe stay health, barulah raya...

    ReplyDelete