Tular Video Sendiri Di TikTok Gara-Gara Tengku Permaisuri Selangor Hingga Meraih Jutaan Tontonan

Baru-baru ini aku telah menghadiri Majlis Perasmian Program Sapot Asnaf Sapot Lokal di Food Market.



Biasalah, sebagai blogger memang banyak gambar dan video yang aku ambil tambahan lagi majlis tersebut turut dihadiri oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tuanku Tengku Permaisuri Norashikin.


Bila pulang ke rumah, aku mula upload video yang aku ambil di TikTok aku. Mulanya tiada apa yang luar biasa berlaku. 


Oleh kerana aku upload tu malam, lepas upload aku masuk tidur seperti biasa. Esok paginya, bila aku buka TikTok  terkejut aku dibuatnya kerana dibanjiri dengan komen like yang banyak. 


Rupa-rupanya video tersebut tular dan rata-rata memuji kecantikan dan kebaikan Tengku Permaisuri. 


Gara-gara video tersebut, followers juga naik mendadak malah tontonan untuk video tersebut sudah mencecah 1.8M tontonan dan terdapat banyak permintaan untuk perbanyakkan lagi video Tengku Permaisuri.


Bagi memenuhi permintaan ramai, aku mengupload lagi video-video Tengku Permaisuri dan ada antaranya diambil oleh rakan blogger aku Reef kerana ketika majlis, hanya dibenarkan 2 orang blogger sahaja yang boleh masuk ke dalam premise ketika perasmian kerana mematuhi SOP.


Tak sangka, kesemua video tersebut tular dan tontonan melebihi 1M tontonan.



Gara-gara video yang tular tersebut, followers TikTok juga naik dengan mendadak, setiap masa akan ada followers yang baru. Terima kasih diucapkan kepada semua followers. 



Malah Mingguan Wanita turut membuat liputan tentang video yang tular itu di dalam artikel mereka.



Benarlah, pemimpin yang baik disayangi ramai. Semoga Tuanku Permaisuri sentiasa berada di dalam lindunganNya..Amin..


@bebelancikmin Baik je Permaisuri Selangor layan makcik nak bergambar #foodmarket #permaisuriselangor #permaisuri #tengkupermaisuriselangor #queen #queens ♬ RIP by Faouzia - faouzia
@bebelancikmin Reply to @seritalamcatgallery #fyp #permaisuri #tengkupermaisuriselangor #queen #humblequeen ♬ RIP by Faouzia - faouzia
@bebelancikmin Reply to @cikkcakkkkk hehe..memenuhi permintaan. memang lawa sgt + humble 🥰 #DuetDenganIkhlas #foodmarket #permaisuriselangor #permaisuri #tengkupermaisuriselangor #queen #queens ♬ bunyi asal - @ Bajuri 50

Post a Comment

2 Comments

  1. wowwwwwww boleh tahann dasyatt yerrr penangann kalau video naik fyp dan viral di tiktok ehk..

    ReplyDelete