Selera Yeob Di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

Setelah 2 tahun negara kita sunyi dengan sebarang acara, tahun ini Alhamdulillah sudah kembali meriah.


2 tahun juga kita tak merasa berbuka puasa di luar ketika bulan Ramadan, pada tahun ini Insyallah acara berbuka puasa di luar bersama keluarga akan kembali meriah seperti tahun-tahun sebelum PKP.


Tahun ini di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur tidak ketinggalan menyediakan buffet berbuka puasa yang dinamakan Selera Yeob dengan mengetengahkan hidangan ala kampung yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.


Menghidangkan air tangan Chef Joe, Sous Chef Oakwood Hotel & Residence dari Restoran TrEat dengan beberapa hidangan kegemaran Melayu tradisional dan istimewa seperti Ikan 3 Rasa, Masak Lemak Udang dengan Nenas, Rendang Daging Minang, Lamb Kuzi, Ayam Masak Itam dan banyak lagi. 



Terdapat juga beberapa stall atau station di tepi kolam yang menghidangkan menu kegemaran seperti barbeku, sate, mee, ais kacang dan juga stesen aiskrim. 


Seperti kebanyakan buffet Ramadan lain, hidangan pencuci mulut dan kuih muih melayu tidak ketinggalan dihidangkan di sini.



Bufet makan malam Selera Yeob disediakan dari jam 7:00 malam. hingga 10:00 p.m., bermula 8 hingga 29 April 2022 di TrEat Restoran dan berharga adalah seperti berikut ;

✔️ RM88 bersih setiap dewasa
✔️ RM44 bersih setiap kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun 
✔️ Dan potongan 20% untuk warga emas berumur 55 tahun ke atas. 


Nikmati diskaun pembelian awal sebanyak 10% sehingga 31 Mac 2022.


Untuk sebarang maklumat dan tempahan sila hubungi atau WhatsApp +6010 901 5783 atau e-mel events.hotel-residence kualalumpur@oakwood com untuk membuat pembelian.


Kadar diskaun istimewa juga disediakan untuk tempahan berkumpulan 5 orang dan ke atas. Hubungi atau WhatsApp Cik Noraini Ahmad, Pengarah Jualan di +6017 870 8258 atau e-mel noraini.ahmad@oakwood.com untuk maklumat lanjut. 


Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel & Ramadan  review https://t.me/hotelreviewbymin

Post a Comment

0 Comments