GEO Resort & Hotel, Genting Highlands Tawar Penginapan Mewah Dan Selesa

Ini bukanlah kali pertama aku membuat review GEO Resort & Hotel Genting Highlands. Sebelum ini aku pernah membuat review tentang hotel bertaraf 4 bintang di Genting Highlands ini. Namun untuk kali ini aku ingin berkongsikan pengalaman aku menginap di bilik Premier Suite di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands.






GEO Resort & Hotel, Genting Highlands Tawar Penginapan Mewah Dan Selesa



Bagi mereka yang pernah menginap di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands pasti akan mengakui bahawa hotel ini menawarkan penginapan yang bukan sahaja mewah tetapi sangat selesa. 

Bukan sahaja dengan persekitaran dan reka bentuk hotel yang cantik, malah GEO Resort & Hotel, Genting Highlands sangat bersih dan sangat selesa untuk didiami.

Jika sebelum ini aku menginap di bilik jenis Superior, pada kali ini aku memilih untuk menginap di bilik jenis Premier Suite pula.


Bilik ini menawarkan katil yang bersaiz super king yang sangat luas dan selesa untuk seisi keluarga. Bukan hanya katil bersaiz super king, malah bathtubnya juga berukuran super king yang sangat luas dan mampu memuatkan lebih dari 1 orang dewasa.




Occupancy

 

2 Adults, 1 Child

 

Bed

 

Super King-size beds (baby cot available on request)

 

View

 

Highland View

 

Check-in

 

3.00pm

 

Check-out

 

12.00pm

 

AMENITIES

ü  Electric kettle

 

ü  Individually controlled air-conditioning

 

ü  In-room safe

 

ü  Iron and ironing board

 

ü  Plush robes and slippers

 

ü  Hairdryer

 

ü  Large Bathroom with bathtub

 

ü  Exclusive bathroom toiletries

 

ü  Touch panels to control lighting, air conditioning and curtains or blinds

 

ü  55-inch flat screen Smart LCD TV

 

ü  Complimentary in-room treats

 

ü  En-suite coffee machine

 

ü  Spacious balcony

 



Nikmati Roti Sarang Burung Di Restoran Cabana


Harga bilik sudah semestinya termasuk sarapan untuk 2 orang. Untuk menikmati sarapan pagi anda, Restoran Cabana yang terletak di Aras 1 ada menyediakan pelbagai jenis sarapan untuk para tetamu yang menginap di hotel ini.




Restoran Cabana di  GEO Resort & Hotel Genting Highlands ini menyediakan sarapan pagi yang cukup mewah dengan menu makanannya yang pelbagai. Sarapan pagi pertama kami dihidangkan dengan nasi lemak, ayam masak merah, bihun goreng dan bermacam lagi hidangan buffet.


Namun yang paling menarik ialah roti sarang burung yang disediakan oleh chef yang sangat berpengalaman. Melihat aksinya menebarkan roti canai terasa seperti berada di kedai mamak. Boleh juga pilih untuk makan sama ada roti canai biasa atau roti sarang burung dengan pilihan citarasa telur goyang atau telur biasa. 


GEO Resort & Hotel, Genting Highlands Tawar Penginapan Mewah Dan Selesa

Buat pengetahuan Restoran Cabana ini mempunyai sijil Halal JAKIM dan semua hidangan yang dihidangkan di  Restoran  Cabana ini sudah pastilah halalan toyyiban.


Swimming Pool  Dan Gym Yang Luas


Setiap kali ke hotel, pasti swimming pool yang menjadi keutamaan pengunjung. Di sini terdapat  swimming pool yang luas untuk kanak-kanak dan orang dewasa.



Ada yang tanya adakah air di swimming pool di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands ini suam? Jawapannya tidak! Airnya tidak suam dan seperti air di hotel-hotel yang lain.



Selain swimming pool, gym yang luas juga ada disediakan di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands. Buat pengetahuan, gym dan swimming pool terletak di aras 1 berhampiran Restoran Cabana dan swimming poolnya betul-betul berhadapan dengan restoran.

GEO Resort & Hotel, Genting Highlands Tawar Penginapan Mewah Dan Selesa




Tawaran Menarik di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands Sempena Ramadan Al Mubarak



Sempena Ramadan Al Mubarak  yang bakal tiba tidak lama lagi, GEO Resort & Hotel, Genting Highlands menawarkan  ;

(1) Buffet Ramadan Citarasa Selera GEO



Terdapat lebih 80 menu juadah ala kampung bakal dihidangkan di Restoran Cabana yang terletak di aras 1 hotel ini. Antara yang bakal dihidangkan ialah Kerabu Kampung Bukit Sawit, Kambing Bakar Golek, Rusa Masak Kuzi Selatan, Kupang Goreng Asam Masam Manis dan banyak lagi.


(2) Ramadhan Staycation


Iftar Gateway 
RM580


• One (1) night stay in superior suite
• Sahur or breakfast for two (2) persons
• Complimentary Ramadan Buffet for two (2) persons at Cabana Restaurant
• Complimentary minibar
• In-room coffee machine
• Complimentary high speed WIFI

Staycation
RM300


• One (1) night stay in superior suite
• Sahur or breakfast for two (2) persons
• Complimentary minibar
• In-room coffee machine
• Complimentary high speed WIFI

 



Lain-Lain Fasiliti Yang Terdapat di GEO Resort & Hotel  Genting Highlands


Seperti hotel-hotel yang bertaraf 4.5 bintang yang lain, GEO Resort & Hotel Genting Highlands turut menyediakan kemudahan berikut ;

 

  • Exquisite dining at six restaurants
  • Heated outdoor children and adult infinity pool
  • Complimentary towel service
  • Special pool side menu
  • Business Centre with meeting butler
  • Fitness Centre; a selection of free weights, treadmills, cycles, cross trainer and accessories
  • Zumba & Yoga Room
  • Cigar Piano Lounge
  • Concierge
  • Tour Desk
  • Limousine & Shuttle Service
  • Grand Ballroom
  • Conference Rooms
  • Teleconferencing Room with Smart Screen
  • Surau


Tempat Menarik di Sekitar GEO Resort & Hotel Genting Highlands


Oleh kerana GEO Resort & Hotel Genting Highlands terletak di laluan yang strategik, agak mudah bagi para tetamu untuk melawat ke tempat-tempat menarik yang berada di sekitar hotel. Antaranya ialah ;

  • Genting Skyway Cable Car
  • Genting Premium Outlets
  • Golf Course
  • Chin Swee Cave Temple
  • Gunung Bunga Buah Hiking Trail
  • Happy Bee Farm
  • Orchid Farm
  • Ginger Farm
  • Genting Strawberry Farm
  • Kuala Gandah Elephant Conservation Centre
  • Fashion Forest
  • Bentong Fruit Orchard

Genting Premium Outlets hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari hotel, jadi anda boleh memilih untuk menaiki grab untuk ke sana (hujung minggu biasanya GPO sangat sesak, jadi bolehlah menaiki grab untuk elak dari buang masa mencari parking sambil menjimatkan duit parking yang agak mahal di GPO). Dari GPO, anda boleh menaiki kereta kabel untuk ke Genting Theme Park atau ke Chin Swee Cave Temple dengan harga tiket pergi dan balik RM18 sahaja.
 

Hotel Review | GEO Resort & Hotel  Genting Highlands

Untuk maklumat lanjut mengenai GEO Resort & Hotel Genting Highlands, anda boleh hubungi ;

Alamat : GEO RESORT & HOTEL

Jalan Permai 2,

Genting Permai Avenue,

69000 Genting Highlands,

Pahang, Malaysia

Tel : +603-9213 0838

Fax : +603-9213 0828

Email : inquiry@georesort.my



Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel & Ramadan  review https://t.me/hotelreviewbymin

Post a Comment

1 Comments

  1. kak azni selalu pi swiss garden tu.. nnt boleh lah try sini jugak .. cam best pulak

    ReplyDelete