Citarasa Selera Geo Di Geo Resort & Hotel Genting Highlands

Bahang suasana Ramadan Al Mubarak bukan hanya hangat dirasakan oleh kita yang berada di tanah rata ini, malah di Genting Highlands juga semakin terasa bahang kemeriahan Ramadan Al Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi


Tahun ini, buat pertama kalinya Geo Resort & Hotel, Genting Highlands mengadakan buffet Ramadan dan untuk buffet Ramadan yang julung kali ini mereka memilih tema 'Citarasa Selera Geo' yang menampilkan masakan asli Malaysia.


Terdapat lebih 80 menu juadah ala kampung bakal dihidangkan di Restoran Cabana yang terletak di aras 1 hotel ini. Antara yang bakal dihidangkan ialah Kerabu Kampung Bukit Sawit, Kambing Bakar Golek, Rusa Masak Kuzi Selatan, Kupang Goreng Asam Masam Manis dan banyak lagi.


Selain itu terdapat juga Gerai Warisan Chef Zack Noodle Stall, Nasi Kandar Chef Fabil dan Claypot Tomyum Chef Melvin.


Tidak dilupakan manisan seperti Bubur Pulut Hitam, Cendol dan pelbagai jenis kuih muih Melayu yang dihidangkan di sini.

Sebenarnya banyak lagi menu yang dihidangkan dan dalam banyak-banyak hidangan di sini aku paling gemarkan Daging Dengdeng! Ya Rabbi.. Daging Dengdeng yang di hidangkan di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands ini sangat la lembut dan enak. 


Dagingnya dimasak sempurna dengan segala rempah dan kelembutan daging dengdeng ini seolah-olah cair di dalam mulut! Anda semua wajib mencuba menu ini jika berbuka puasa di Geo Resort & Hotel.


Tidak sah kalau ke Pahang tak merasa masakan tempoyak! Ye! Genting Highlands terletak di negeri Pahang Darul Makmur dan jika ke sini wajib la mencuba Ikan Song Yee Tempoyak Cili Api. Pasti terangkat kerana menu ini betul-betul akan menghilangkan 'craving' anda terhadap masakan tempoyak.




Harga Buffet Ramadan Citarasa Selera Geo


Buffet Ramadan Citarasa Selera Geo akan bermula dari 4 April 2022 sehingga 2 May 2022 dan harga untuk buffet Ramadan Citarasa Selera Geo adalah seperti berikut ;


✔️ Dewasa : RM138 nett
✔️ Kanak-Kanak : RM69 nett (umur bawah 12 tahun)
✔️ Warga Emas : RM75 (umur 65 tahun ke atas)


Bagi mereka yang ingin dapatkan pembelian pada harga Early Bird, anda bolehlah membuat pembelian dari 1 Mac sehingga 31 Mac 2022 dan harga untuk Early Bird hanya RM98 nett/dewasa.


Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut, sila hubungi :


Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel & Ramadan  review https://t.me/hotelreviewbymin


Post a Comment

1 Comments