Dapur Infaq Ummah Anjurkan Buffet Ramadan Iftar Amal Bagi Membantu Golongan Yang Memerlukan

Agak berbeza dengan majlis-majlis buffet Ramadan yang sering aku hadiri sebelum ini, di Kuantan terdapat sebuah program buffet Ramadan yang dianjurkan khas bagi membantu golongan yang memerlukan.




Majlis buffet Ramadan yang aku maksudkan adalah Iftar Amal yang dianjur oleh Dapur Infaq Ummah. Majlis buffet Ramadan Iftar amal ini akan diadakan di Villa Ranting yang terletak ditengah-tengah bandar Kuantan atau lebih tepat lagi berhadapan dengan Kompleks Teruntum.


Menghidangkan 5 menu berbeza setiap hari dengan menu istimewanya Kambing Golek, Iftar Amal sebenarnya dianjurkan bagi mengumpul dana untuk membantu golongan yang memerlukan seperti gelandangan, keluarga yang susah serta pelajar-pelajar Universiti yang kurang berkemampuan.



MENU 1

Hidangan Istimewa ;

 

Kambing Golek Dapur Arang Bersama Sos Lada Hitam

Hidangan Utama ;

 

·         Nasi Putih

·         Nasi Hujan Panas

·         Bihun Goreng Singapore

·         Sotong Sambal Bawang

·         Rendang Daging

·         Ayam Golek

·         Nangka Masak Lemak

·         Lala Berlada

·         Bubur Lambuk

·         Sambal Belacan/budu/acar buah/ulam-ulaman

 

Pencuci Mulut ;

 

·         Ais Krim

·         Buah-buahan Tempatan

·         Pelbagai jenis kuih muih

·         Pelbagai jenis pudding

·         Pelbagai jenis agar-agar

 

Minuman

·         5 Jenis Air Balang

·         1 Jenis Air Panas

MENU 2

Hidangan Istimewa ;

 

Kambing Golek Dapur Arang Bersama Sos Lada Hitam

Hidangan Utama ;

 

·         Nasi Putih

·         Nasi Jagung

·         Mee Goreng Mamak

·         Ikan Pari Asam Pedas

·         Daging Salai Lemak

·         Ayam Percik

·         Masak Lemak Pucuk Paku

·         Siput Sedut

·         Bubur Lambuk

·         Sambal Belacan/budu/acar buah/ulam-ulaman

 

Pencuci Mulut ;

 

·         Ais Krim

·         Buah-buahan Tempatan

·         Pelbagai jenis kuih muih

·         Pelbagai jenis pudding

·         Pelbagai jenis agar-agar

 

Minuman

·         5 Jenis Air Balang

·         1 Jenis Air Panas

MENU 3

Hidangan Istimewa ;

 

Kambing Golek Dapur Arang Bersama Sos Lada Hitam

Hidangan Utama ;

 

·         Nasi Putih

·         Nasi Tomato

·         Bihun Goreng

·         Patin Tempoyak

·         Kari Kambing

·         Ayam Percik Kelantan

·         Masak Lemak Labu

·         Lala Serai

·         Bubur Lambuk

·         Sambal Belacan/budu/acar buah/ulam-ulaman

 

Pencuci Mulut ;

 

·         Ais Krim

·         Buah-buahan Tempatan

·         Pelbagai jenis kuih muih

·         Pelbagai jenis pudding

·         Pelbagai jenis agar-agar

 

Minuman

·         5 Jenis Air Balang

·         1 Jenis Air Panas

MENU 4

Hidangan Istimewa ;

 

Kambing Golek Dapur Arang Bersama Sos Lada Hitam

Hidangan Utama ;

 

·         Nasi Putih

·         Nasi Arab Mandy

·         Mee Goreng

·         Ikan Bakar Portugis

·         Daging Opor

·         Ayam Panggang Madu

·         Ikan Masin Lemak Nenas

·         Lala Asam Manis

·         Bubur Lambuk

·         Sambal Belacan/budu/acar buah/ulam-ulaman

 

Pencuci Mulut ;

 

·         Ais Krim

·         Buah-buahan Tempatan

·         Pelbagai jenis kuih muih

·         Pelbagai jenis pudding

·         Pelbagai jenis agar-agar

 

Minuman

·         5 Jenis Air Balang

·         1 Jenis Air Panas

MENU 5

Hidangan Istimewa ;

 

Kambing Golek Dapur Arang Bersama Sos Lada Hitam

Hidangan Utama ;

 

·         Nasi Putih

·         Nasi Tamar Timur Tengah

·         Bihun Goreng

·         Ikan Bakar Sumbat Lada (Kerisi & Cencaru) + Air Asam + Kicap Lada

·         Kambing Kerutuk

·         Ayam Masak Lemak Cili Api

·         Pucuk Ubi Masak Sambal

·         Ikan Keli Berlada

·         Bubur Lambuk

·         Sambal Belacan/budu/acar buah/ulam-ulaman

 

Pencuci Mulut ;

 

·         Ais Krim

·         Buah-buahan Tempatan

·         Pelbagai jenis kuih muih

·         Pelbagai jenis pudding

·         Pelbagai jenis agar-agar

 

Minuman

·         5 Jenis Air Balang

·         1 Jenis Air Panas



Kesemua hidangan ini akan dimasak oleh Chef yang ditugaskan khas iaitu Chef Mazmi dan juga Chef Mohd Nor


Dapur Infaq Ummah Anjurkan Buffet Ramadan Iftar Amal Bagi Membantu Golongan Yang Memerlukan


Buat pengetahuan, Iftar Amal akan berlangsung bermula 5hb April ini sehingga 29 Mei 2022 di Villa Ranting iaitu sebuah rumah kayu berusia 130 tahun yang terletak ditengah-tengah bandar Kuantan.


Villa Ranting ini dahulunya dijadikan Pusat Informasi Pelancongan Kuantan yang terletak berhadapan Kompleks Teruntum dan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.


Villa Ranting yang kini dihias cantik bak dewan perkahwinan ini mampu memuatkan 100 pengunjung dalam satu masa dan dijangkakan mendapat sambutan terutama dari NGO yang sentiasa membantu golongan memerlukan.



Menurut Pengerusi Dapur Infaq Ummah, Badrul Kamili Kamaruddin yang aku lebih mesra memanggil beliau Ustaz Bad, program ini ditubuhkan untuk mencari dana bagi mengisi tabung pertubuhan dan separuhnya lagi dikembalikan kepada masyarakat menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.



Harga untuk buffet Ramadan Iftar Amal ini pula sangatlah berpatutan ;

Early Bird : RM40 (Pembelian sebelum 5 April 2022)

Harga Biasa ;

  • Dewasa : RM45
  • Kanak-Kanak : RM35
  • Warga Emas : RM35

Orang ramai dialu-alukan untuk turut membuat sumbangan melalui akaun Bank Rakyat 1100112829 atas nama Pertubuhan Dapur Infaq Ummah atau hubungi mereka di talian ;

Tel : 016-8841894



Sedikit Mengenai Dapur Infaq Ummah



Pada November 2018, Ustaz Badrul Jamili bin Kamaruddin telah menganjurkan sendiri program yang dikenali sebagai Food Suspended Programme. Fokus utama program ini ketika itu adalah untuk menyediakan makanan percuma kepada pelajar UIAM yang fakir dan miskin. 


Kemudian pada Disember 2018, Ustaz Badrul telah mula bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Sahabat Muqarrabin dan pada masa ini, nama Dapur Infaq Ummah telah terbentuk.


Skop penerima telah diperluaskan untuk merangkumi pelajar, pengembara serta gelandangan. Namun begitu, matlamat utama program ini tetap sama iaitu menyediakan makanan dan minuman percuma. Program ini telah dijalankan setiap hari Jumaat di masjid-masjid terpilih sekitar Kuantan. 


Syukur ke hadrat Allah azza wajalla, program ini telah menarik minat dan menarik minat ramai pihak baik badan kerajaan mahupun bukan kerajaan. Dengan sokongan daripada Majlis Agama Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan dan organisasi lain, program ini dapat dijalankan secara meluas. Pada 25 November 2019, Dapur Infaq Ummah telah berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Persatuan Malaysia dengan nama "Pertubuhan Dapur Infaq Kuantan". Objektif utama penganjuran tetap sama iaitu menyediakan makanan dan minuman kepada mereka yang memerlukan tanpa sebarang bayaran.


Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Dapur Infaq ummah boleh dapatkan di ;

Facebook : Dapur Infaq
Instagram : dapurinfaq
@bebelancikmin Jom berbuka sambil beramal dengan Dapur Infaq #bantukamiuntukmereka #infaq #sedekah #ramadan #ramadan2022 #buffet #buffetramadan ♬ Ramadan - Jannat

Post a Comment

10 Comments

  1. Alhamdulillah.. rezeki bulan ramadhan. Murah je kalau ada syarikat atau gov nak sponsor berbuka utk staff kan

    ReplyDelete
  2. kiranya sambil kita iftar, kita pun sbnrnya tgh bg sumbangan la ya? bagusnyaaa!

    ReplyDelete
  3. Wahhh,,, harganya pun antara buffet termurah nii... bagus konsep infaq.. tempat pun cantik sangat...

    ReplyDelete
  4. Wah, bagus ada iftar macam ni. Dapat juga pahala mengalir kepada kita sebagai Customer.

    ReplyDelete
  5. Wah, bagus ada iftar macam ni. Dapat juga pahala mengalir kepada kita sebagai Customer.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. bagus usaha ini.. semoga dimurahkan rezeki penganjur dan dapat meluaskan infaq kepada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah. Inisiatif yang bagus. Perlu dicontohi. Menu pun menarik

    ReplyDelete
  8. Ya Allah bagusnya lahaiii.. kalaulah ada lagi ramai yang infaq ramadan macam ni, semua orang pasti dapat merasa untuk bawa family ke buffet ramadan kan.. alhamdulilah

    ReplyDelete
  9. terbaiklah . Insiatif yang harus dipuji. :)

    ReplyDelete