Umum mengetahui bahawa sejak COVID-19 melanda dunia, keadaan ekonomi tidak begitu stabil di seluruh dunia. Apatah lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan selama 2 tahun, menyaksikan begitu ramai yang kehilangan punca pendapatan.
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pula
mencatatkan gambaran suram: Pendapatan purata isi rumah akan mengalami
penurunan sebanyak 12% pada tahun 2020.
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejatuhan
mendadak ni ialah 70% Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia
kehilangan lebih daripada 50% pendapatan semasa PKP, berdasarkan kaji selidik
dalam talian.
Ini adalah sangat penting kerana pada tahun 2017:
- PKS terdiri daripada 97% perniagaan di Malaysia
- Menyumbang 37% daripada KDNK negara
- Menyumbang 65% ke arah pekerjaan negara
Jadi, sesuaikah kita membeli rumah dikala COVID-19 melanda? Jawapannya adalah iya namun ada tapinya..
Sesuaikah Membeli Rumah Dikala COVID-19 Melanda?
Rumah adalah satu keperluan, bukannya kehendak atau kemahuan. Berdasarkan
Hierarki Keperluan Maslow, salah satu faktor penting yang manusia tak boleh
kalau tak ada selain dari udara, air, dan makanan adalah tempat berteduh atau perlindungan.
Jadi hendak atau tidak, orang tetap akan membeli ataupun menyewa rumah.
Permintaan untuk rumah memang sedang mengalami tekanan, berikutan tempoh krisis
yang berterusan.
Tahukah anda yang China telah menyaksikan peningkatan jualan
hartanah sebanyak tiga kali ganda di 30 bandar Tier 1 dan Tier 2 pada bulan
Mac, selepas tamatnya tempoh kritikal mereka berdepan dengan wabak COVID-19?
Maka, jika ditanya tentang sesuaikah membeli rumah dikala COVID-19 melanda, jawapannya ialah sekarang adalah masa yang bagus untuk membeli rumah untuk
kegunaan anda sendiri!
Sebabnya anda akan mendapat kediaman untuk anda dan mereka yang disayangi duduki dengan syarat anda kenalah ada kewangan yang
stabil untuk membeli!
Jadi, bagaimana pula untuk mengetahui bahawa kewangan anda stabil untuk membeli sebuah rumah impian buat anda dan keluarga? Dan bolehkah anda membeli sebuah rumah sedangkan anda hanya bekerja sendiri dan tidak mempunyai slip gaji?
Itu adalah soalan lazim yang ditanya oleh kebanyakan orang dan melalui pemikiran mereka, hanya mereka yang bekerja dan mempunyai majikan sahaja yang boleh membeli rumah. Sebenarnya pemikiran begitu adalah salah!
Benar bahawa untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman kewangan untuk membeli rumah memerlukan penyata kewangan kerana pihak bank ingin memastikan yang pinjaman itu mampu dilunaskan oleh peminjam.
Kerana itulah anda kena tahu bagaimana untuk mengira pendapatan anda dan kukuhkan anggaran pendapatan bulanan anda!
Bagi mendapatkan Nisbah Khidmat Hutang (DSR) yang baik (mengikut bank, selalunya dalam julat 50%
hingga 70%), anda kena pastikan walaupun tanpa slip gaji, bank boleh
tengok anda stabil kewangannya.
Macam mana nak buat? Senang je, formula ringkasnya begini,
pendapatan bulanan tu tanpa tolak komitmen ya!
Bulan
1
|
40,000
|
Bulan
2
|
45,000 |
Bulan
3
|
45,000 |
Bulan
4
|
50,000 |
Bulan
5
|
55,000 |
Bulan
6
|
48,000 |
Purata
Pendapatan = RM 283,000 / 6 bulan = RM 47,166.67 Maka,
purata pendapatan anda yang sebenarnya adalah: 20%
X RM 47,166.67= RM7,546,66 *
80% bank anggap sebagai kos operasi dan perbelanjaan gaji pekerja. Maka, bank akan
anggap gaji bulanan anda ialah RM7,546.66 dan letak DSR tak boleh lebih 60%. Maka, jumlah
komitmen yang dibenarkan adalah: 60% X RM7,546.66 = RM4,528.
|
Jom sekarang, kita tengok komitmen pula komitmen anda pada setiap bulan ;
Kenderaan |
550 |
Pembiayaan ASB |
600 |
PTPTN |
200 |
Insurans |
350 |
|
1,700 |
DSR Semasa (Komitmen/Purata Pendapatan X 100%) |
RM1,700/RM7,546.66 X 100% = 22.52% |
Katakan, pinjaman perumahan anda tu bernilai
RM400,000 dengan tempoh pinjaman 30 tahun dengan kadar faedah 5%, ansuran
bulanan anda kena bayar sekitar RM1,900.
Maka, DSR baru anda sekarang adalah:
(RM1,700 + RM1, 900)/
RM7546.66 X 100% = 47.70%!
Formulanya mudah je, selagi mana DSR anda tak
lebih daripada kadar yang ditetapkan bank, dalam contoh atas ni sebanyak 60%,
peluang untuk pinjaman perumahan tu lulus tinggi walaupun anda tiada slip gaji!
Berbalik kepada soalan asal kita iaitu sesuaikah membeli rumah dikala COVID-19 melanda, secara idealnya, masa 'terbaik' untuk membeli hartanah yang
dah lama anda impikan tu ialah semasa harga permintaannya yang tengah menurun
mula berpatah balik dan akan meningkat semula.
Ini dikenali sebagai fasa "bottoming-out" atau di
mana harga hartanah rumah jatuh ke paras yang paling rendah.
Untuk pengetahuan anda, dengan kemerosotan dalam industri
hartanah, pemaju sebenarnya terdorong untuk buat apa saja yang mereka boleh
untuk menambah nilai kepada hartanah mereka yang tak terjual (berita baik jika
anda inginkan unit baru). Walaupun tanpa HOC, mereka telah menawarkan pelbagai
tawaran menarik. Kini, mereka mempunyai lebih banyak pakej dalam talian.
Lebih-lebih lagi, permintaan harga (jika anda melihat pada
pasaran subsale) sedang berkurangan (telah menurun sejak Q4 2016), dan model
pembiayaan telah menjadi lebih kondusif untuk pembeli.
Tanggungjawab kewangan terbesar yang perlu anda hadapi -
ansuran bulanan selama 30 tahun akan datang - kini juga akan mengalami
pengurangan.
Semua ni kerana tahap faedah yang diturunkan berikutan
pemotongan Kadar Dasar Semalaman (OPR) BNM: Ia sekarang berada pada tahap yang
sangat rendah iaitu 1.75%!
Membandingkan nombor itu kepada 8%-9%, atau kepada kadar dua
digit yang pernah ada pada masa lalu, bayaran balik anda akan menjadi lebih
rendah setiap bulan kerana adanya penurunan kadar faedah pinjaman (jika anda
mempunyai pinjaman perumahan dengan kadar boleh ubah).
Bagi pembeli rumah yang masih mencari-cari pinjaman
perumahan baru, kini anda boleh mendapatkan perjanjian dengan kadar faedah yang
lebih rendah.
Jadi, jika anda ingin membeli hartanah sekarang, kami rasa
cara yang paling bijakalah untuk mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam
memiliki rumah.
Katakan anda adalah seseorang yang mempunyai Nisbah Khidmat
Hutang (DSR) yang bagus, dan ada simpanan yang mencukupi untuk keadaan
kecemasan, anda sebenarnya berada dalam kedudukan yang sangat menguntungkan!
Pembeli tak sepatutnya tengok samada mereka mampu untuk
menanggung kos permulaan untuk memiliki rumah saja, tetapi kena juga tentukan
samada mereka mampu atau tak nak cari duit bayaran bulanan, selain menyesuaikan
diri dengan perbelanjaan lain.
Jadi, bagi mereka yang berkemampuan dan telah membuat kira-kira jangan ragu-ragu untuk memiliki kediaman impian anda sekarang. Semoga artikel ini bermanfaat buat semua.
16 Comments
Oh baru tahu..thankz sharing. Anyway ikut pada kemampuan juga nak beli rumah ni.dahulukan mana yg lebih penting
ReplyDeletekena bijak bab pengiraan beli rumah ni kan. susah kemudian hari kalau tersilap langkah.
ReplyDeleteKalau yang berkemampuan memang sesuai laa, cuma kena buat kira-kira yang betul dan merancang masa depan tu sekali.. sebab time gini kita tak tau akan datang tu ekonomi okay ke tak kann Min..
ReplyDeleteKena semak pendapatan dulu la ye. Takut nanti tak terbayar pula dgn komitmen lain lagi. Mana yg cukup tu bolehla beli ye sb harga kira ok
ReplyDeleteTime covid ni
Kalau ada duit lebih dan masih berkemampuan baguslah kiranya tambahkan aset mana yang boleh. Tapi kena buat pengiraan betul-betul agar berbaloi dan tidak membebankan nanti.
ReplyDeleteMemang perlu ilmu yang banyak utk tujuan nih.. tq share
ReplyDeletebetul,kena buat kira2 dulu..kalau tak hurm..menyesal tak sudah.Teringin juga nak membeli tapi tu lah,sabajappp
ReplyDeleteAda berkira2 nak beli rumah juga, bagus sgt sharing ni..
ReplyDeleteBanyak input and reminder to self 😊
Hendak membeli rumah mesti lah ikut kemampuan jgk, hendaknya sjrg harga rumah mmg mahal
ReplyDeleteBeli ikut kemampuan kewangan. Time pandemik mungkin Masa yg sesuai jika mampu kerana harga hartanah sedikit jatuh, dan lagi menguntungkan jika interest untuk loan rumah juga dikurangkan oleh pihak bank.
ReplyDeletekami pun salah satu couple yang decide untuk beli rumah time covid ni, bukan mudah nak buat keputusan besar mcm ni.
ReplyDeleteada duit tak ada masalah untuk beli janji bulanan tak terbeban nak buat bayarannya, tapi kena kaji juga property yang nak beli tu dari segi kawasan kalua boleh tak nak kawasan bencana alam dan harga berpatutan
ReplyDeletebetul min.. walau ada yang kata bukan tindakan bijak untuk simpan aset di musim pandemik tapi ada baiknya juga jika ditambahkan aset jika mampu.. mana tau akan datang kita akan lalui saat yang lebih sukar lagi.. aset macam ni la penyelamat..
ReplyDeleteOwh, baru tahu. Tak terfikir pula yang sekarang akan menjadi waktu terbaik untuk membeli rumah sendiri. Mana taknya, fikiran dok ligat fikir macam mana lagi nak tambah pendapatan, mana nak cari kerja tetapnya kan. Anyhow, nanti nak discuss dengan husbandlah berkenaan hal ni. Mana tau ada rezeki nak beli rumah kan?
ReplyDeleteKena beli ikut kemampuan kita sendiri supaya tak rasa terbeban di kemudian hari. Tapi kan, bila waktu macam ni, kadar tahun bayar balik makin berkurangan tu yang best tu. Tak payah nak tanggung hutang lama². Tq share kak min
ReplyDeleteThankyou share..apaa apa pun nak kena kira DSR dulu tengok macam mana utk beli rumah ni . ada calculator tu senang nk cek apa2pun. tq share.
ReplyDelete