Ini berita baik untuk warga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Tahukah korang yang bila korang adalah penduduk
atau warga Wilayah Persekutuan maka korang secara automatik boleh memohon untuk
KAD CERIA?
Apa Itu Kad Ceria?
Kad Ceria merupakan KAD DISKAUN atau kad pemotongan terus
harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi-lokasi terpilih. Program
ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang
tinggi terutamanya bagi warga Wilayah Persekutuan.
Jadi sasaran penggunanya hanyalah bagi mereka yang tinggal
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.
Keistimewaan Pemegang Kad Ceria
Banyak sangat keistimewaan sekiranya korang adalah pemegang
kad ceria ni. Antara keistimewaannya ialah :-
·
Diskaun sehingga 70% bagi setiap
barangan/makanan/perkhidmatan
·
Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798
premis/rakan dagang (merchants)
·
Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
·
Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi
terutamanya di Wilayah Persekutuan.
·
Info terkini promosi melalui telefon pintar dan
laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
·
Membantu keluarga dalam membuat perancangan
perbelanjaan harian.
·
Panduan maklumat serta info terkini berkenaan
cadangan/komen orang ramai tentang barangan/makanan/perkhidmatan yang istimewa
yang ditawarkan dengan harga berpatutan/murah
Kad Ceria ini bukan sahaja memberi keistimewaan kepada
pemegang malah memberi keistimewaan kepada Rakan Dagang. Dan insentif Rakan
Dagang Kad Ceria oleh DBKL ialah :-
·
Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur
·
Diskaun lessen penjaja 60%
·
Diskaun lesen perniagaan :
i.
10% = 1 tahun
ii.
15% = 2 tahun
iii.
20% = 3 tahun
·
Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik
premis perniagaan.
·
Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang
pengguna Kad Ceria
·
Promosi kepada perniagaan secara berterusan
(Media osial, Media Massa, Program-program KWP)
·
Pengiktirafan daripada Kerajaan kepada
Perniagaan
Syarat Kelayakan Permohonan Kad Ceria :
·
Berumur 18 tahun ke atas
·
Warganegara Malaysia
·
Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan ATAU
menetap di Wilayah Persekutuan ATAU..
·
Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di
Wilayah Persekutuan
Bagaimana Untuk Memohon?
Untuk membuat permohonan Kad Ceria ni korang bolehlah layari
laman sesawang Kad Ceria ni di
Alamat : Urus Setia Kad Ceria
Kementerian Wilayah Persekutuan
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint
2
62100 Putrajaya
Email : kadceria@kwp.gov.my
36 Comments
Paling best tu semua penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan layak dapat. Untung sangat dorang
ReplyDeleteIni rupenye fungsi kad ceria ya.. pnh dgr je dulu.. alg bru thu utk apa kad ceria ni.. tq
ReplyDeletebest la orang kl dengan selangor.
ReplyDeletehoho..macam-macam ada.
Beli brg dpt diskaun 70% tu. Banyaknyaaaa..!!!
ReplyDeleteSyoknya penjawat awam di wilayah
ReplyDeletebyk mnfaat kad ceria ni
ReplyDeletebestnya beli barang dapat diskaun ... ada penjimatan.
ReplyDeletebest shopping ni
ReplyDeletekita dah apply..baru tahu ada kad ni, tau...thank you sharing
ReplyDeleteDiskaun 70% banyak dah tu boleh jimat dengan ekonomi negara sekarang ni
ReplyDeletecantiknya kad ni. nampak menarik 🤣 yang penting kelebihan kad tu
ReplyDeletemak oi banyak giler diskaun yang diterima, patutla pemegang kad ceria makin ceria
ReplyDeletebanyak kedai yg kita boleh dpt diskaun dgn guna kad ceria ni kan
ReplyDeleteJom apply kad ceria ni!
ReplyDeleteComel je design kad dia 😊 btuahnya yg duk kl dpt mohon
ReplyDeletesatu inisiatif yg bagus kad ceria ni, ye la, kalau bagi duit, bukan akan membazir beli yg bukan-bukan plak kan hehe
ReplyDeleteok, terus rasa nak apply kot!
ReplyDeleteSaya suka pasal kad ni... bila Sambal Hitam boleh dibeli guna kad ni ye? Hehehe
ReplyDeletediskaun pon banyak..lepas tuh boleh shopping dekat lebih dari 6000 kedai.fuh! memang untung la korang yg lahir kt KL
ReplyDeleteOrg wilayah rugi tak mohon ni...
ReplyDeleteBestnyaaa, siap dapat diskaun 70%. Terbaikk!
ReplyDeletebanyaknya keistimewaan kad ceria ni. baru den tahu hehe
ReplyDeleteBeruntung nya sapa yang layak dapat kad ceria ni kannn. ...
ReplyDeleteUntungnya siapa yg ada kad ni.... :)
ReplyDeleteAlangkah seronoknye kalau pemegang kad tu adalah ena 😄😄😄
ReplyDeleteBanyak diskaun dengan kad ceria ni...sangat untung
ReplyDeleteSampai bila eh kad ceria ni?
ReplyDeletebest kan jadi org KL. de kad ceria ini.
ReplyDeleteAlaa anak2 kak ana tak layak laa pulak :)
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeleteAuni layak memohon sebab lahir dekat wilayah. Untung boleh beli belah dengan kad ceria ni !
ReplyDeleteuntung siapa yang layak dapat.
ReplyDeleteSebelum ni tak tahu pon pasal kad ceria. Bagus nya siapa yang dapat ni.
ReplyDeleteUntung orang wilayah...
ReplyDeleteUntung orang wilayah
ReplyDeleteterimakasih sob infonya dan semoga bermanfaat
ReplyDelete