Pelancaran The Little Mermaid Disney X Naelofar

Ini berita baik untuk anda yang menggemari koleksi-koleksi Naelofar kerana pada hari ini Naelofar dengan bangganya telah melancarkan koleksi terbaru mereka yang bertemakan The Little Mermaid.




Ini adalah kolaborasi pertama Naelofar dengan Disney. Mengetengahkan nilai keberanian, koleksi The Little Mermaid Disney X Nealofar membawa tema 'Perjalanan untuk anda cipta' menjemput peminat pakaian muslimah melihat keajaiban rekaan variasi produk yang diinspirasikan daripada watak Ariel.


Pengasas Naelofar, Noor Neelofa berkata

Saya teruja untuk umumkan koleksi bersama Disney ini setelah berbulan lamanya kami rahsiakan persiapannya - kami suka akan watak Disney, Ariel yang tak lapuk dek zaman, kagum akan semangat dan ketabahanmya dalam mengharungi perjalanan penemuan dirinya. Ariel adalah seorang wanita muda yang tabah dan penuh sifat ingin tahu, bersedia untuk mempertahankan pendiriannya, dan sikap ini dapat dilihat dalam ramai wanita dari pelbagai generasi.

Kami mahukan #NaelofarBabe mempunyai keberanian yang sama seperti Ariel. Kami mahukan setiap wanita memperkasakan perjalanan hijab mereka. Perjalanan untuk berhijab adalah berbeza bagi setiap wanita. Ada yang mula berhijab dengan mudah dan ada juga yang menghadapi cabaran semasa mula berhijab. Melalui Naelofar, kami ingin menyokong perjalanan ini dan membantu memperlihatkan keindahan mereka sebagai wanita muslimah.

Bagi peminat-peminat koleksi Naelofar, anda wajib memiliki koleksi The Little Mermaid Shawl dan Square yang dijual pada harga RM119 sehelai. 


Digubah daripada kelembutan alunan satin dalam 6 warna menarik, seleksi hijab ini membawa elemen utama seperti ekor duyung, tiara dan terumbu karang yang diinspirasikan daripada watak asli francais, Ariel yang ditonjolkan dalam keindahan pengulangan corak di dalam setiap rekaan koleksi.


Koleksi turut mengetengahkan rekaan kaftan yang dijalin dengan elemen yang serupa dalam tiga warna berbeza dan dipasarkan pada harga RM199 sehelai. Sebagai pelengkap, hiasan logan tapak sulaiman rekaan eksklusif Disney X Naelofar diletakkan pada hijab dan juga hujung lengan kaftan.


Bagi melengkapkan penggayaan koleksi, The Little Mermaid Clear Tote Bag turut direka dan dijual pada harga RM149 sebuah untuk memenuhi keperluan penggayaan harian wanita. Diperbuat daripada PVC dan trim kulit vegan, bag ini membawa konsep terbuka dengan rekaan tembus lihat untuk mewakili air laut dalam kehidupan bawah laut Ariel.


Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama memiliki koleksi Disney X Naelofar dengan mengunjungi One Utama Shopping Centre di level LG Oval Atrium bermula 24 Februari hingga 27 Februari 2022. 


Koleksi ini juga boleh didapati di semua cawangan rasmi Naelofar bermula 24 Februari 2022

@bebelancikmin Disney x Nealofar #neelofa #disneyxnealofar #nealofar #disney #mermaid #nabila ♬ You - Naykilla
@bebelancikmin Pelancaran Disney X @Naelofar ..lawanya @littlemisskhan0 #littlemisskhan #ameera #naelofarxdisney #naelofarbabes #naelofarhijab #naelofar #disney #mermaid #fypシ ♬ Under the Sea (Instrumental) [From "The Little Mermaid"] - London Music Works

Post a Comment

2 Comments

  1. Cantiknyaa laa, nampak kelembutan kain tudungnya tu.. nanti nak dapatkan selai laa.. dah ler i ni memang pemakai tudung Lofar hehehehe..

    ReplyDelete
  2. Cantik collection ni. Peminat naelofar kena grab sebelum terlambat. Limited edition kan ni..

    ReplyDelete