Hotel Review | Best Western i-City Shah Alam

Minggu lepas aku berkesempatan menginap di Best Western i-City Shah Alam yang terletak betul-betul di i-City Shah Alam.




Hotel 3 bintang ini menjadi destinasi penginapan aku kerana lokasinya yang strategik iaitu berada di laluan mudah highway selain ianya berdekatan dengan shopping mall terbesar di Shah Alam iaitu Central i-City, hanya 12 minit jika berjalan kaki ingin menuju ke Central i-City.



Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku menginap di sini. Sebelum ini aku pernah menginap selama 3 hari 2 malam di Best Western i-City Shah Alam ni. Jom aku kongsikan kenapa aku suka menginap di sini.


1. Bilik yang selesa


Bilik di Best Western i-City memang sangat selesa. Di sini terdapat 3 jenis bilik yang ditawarkan iaitu ;

✔️ Superior Room
✔️ Deluxe Room
✔️ i-Suite

Oleh kerana sebelum ini aku dah pernah menginap di Deluxe Room, maka kali ini aku memilih untuk menginap di i-Suite pula. Tambahan harganya tidak la mahal hanya bermula dari RM171 untuk katil bersaiz king.


Bilik jenis i-Suite ini sangat besar dan selesa. Berukuran 35sqm, bilik ini sangat selesa untuk di diami terutama bagi merek yang sudah berkeluarga.  Jika anda datang bersama keluarga, aku sarankan untuk ambil bilik jenis ini. 


Apa yang tersedia di dalam i-Suite ialah sebuah arm chair dan coffee table disebelahnya, kedudukan yang sesuai jika anda ingin menonton TV yang turut disediakan.


Bilik jenis ini turut disediakan ruangan 'mini kitchen' yang terdapat sebuah microwave yang memudahkan penghuni untuk memanaskan makanan. 

Alat pemanas air, minuman segera seperti kopi dan teh serta air mineral juga disediakan.


Kemudahan dan peralatan (room amenities) yang turut tersedia ialah ;

✔️ Air-conditioning
✔️ Complimentary WiFi
✔️ Work desk
✔️ Armchair
✔️ Cable & pay per view TV Channels
✔️ 32 inch flat screen TV
✔️ Wake up calls
✔️ Alarm clock
✔️ In room safe
✔️ Mini refrigerator
✔️ Bottled water
✔️ Tea/coffee making facilities
✔️ Hair dryer
✔️ Bathroom amenities
✔️ Baby cot (upon request)
✔️ Extra bed (upon request, charges apply)
✔️ Kitchenette




2. Percuma Unlimited WaterWorld Entrance


Paling aku suka menginap di sini kerana jika anda menginap di Best Western i-City ni, anda akan mendapat tiket untuk masuk ke WaterWorld i-City secara percuma!


Lebih menarik lagi ianya unlimited entrance tau! Ini bermakna anda boleh masuk ke WaterWorld i-City sebanyak mana yang anda inginkan selagi anda menginap di Best Western i-City!! Boleh la bermain sepuasnya di sini. Anak-anak pun pasti sangat gembira dan berpuas hati.


Apa yang ada di WaterWorld i-City yang anda boleh bermain sepuasnya?

✔️ Tornado

✔️ Aladdin Adventure


✔️ Giant Jacuzzi

✔️ Rainbow Racers

✔️ Kiddie Slide
✔️ Spiral Slide
✔️ Family Raft


3. Nikmati Pelbagai Hidangan Menarik


Ha..salah satu sebab aku repeat untuk menginap di sini adalah kerana makanan di sini semuanya sedap-sedap belaka.


Lagi berbaloi bila pilih hujung minggu kerana setiap Jumaat ada Friday BBQ Buffet dan juga ada Sunday Hi-Tea.


Tak kira sama ada sarapan, BBQ buffet atau Hi-Tea semua hidangan di sini sangat enak dan berbaloi untuk di cuba.


Seperti yang aku katakan di atas tadi, aku menginap di sini kerana aku sukakan makanan yang dihidangkan di sini. Jadi, untuk penginapan kali ini aku turut mencuba Friday BBQ Buffet dan Sunday Hi-Tea.


(1) Friday BBQ Buffet


Dah namanya Friday BBQ Buffet maka sudah pastinya buffet ini disediakan hanya pada setiap Jumaat.


Bermula 7.00 pm - 10.00 pm di The View Cafe, Alfresco @ Level 5, Friday BBQ Buffet menawarkan pelbagai makanan yang enak pada harga hanya RM88 nett/dewasa dan RM58 nett/kanak-kanak dan warga emas.

Jika ditanya pendapat peribadi aku, yang paling korang kena amik dan cuba ialah lamb grilled dengan sos lada hitam diaorang dan juga sate daging.


Sos lada hitam yang disediakan oleh  Chef di Best Western i-City memang terbaik. Wajib cuba tau jika datang ke sini.


(2) Sarapan Pagi


Seperti kebanyakan hotel-hotel lain, sarapan turut disediakan di sini dengan pelbagai seleksi makanan dari makanan berat hinggalah ke pencuci mulut.

Antara hidangan yang menjadi kegemaran aku ialah lontong dan kuih muih melayu. 


(3) Sunday Hi-Tea


Sunday Hi-Tea akan diadakan pada setiap hujung minggu di Best Western i-City bermula 12.30 pm sehingga 4.00 pm pada harga RM55 nett untuk dewasa dan potongan 50%  off untuk kanak-kanak dan warga emas.


Lagi untung jika beli 9 anda akan dapat percuma 1 untuk menikmati hidangan Sunday Hi-Tea di sini.


Terdapat pelbagai seleksi makanan enak yang disediakan antaranya makanan berat seperti nasi goreng, mee goreng, pasta juga kuih muih dan pelbagai pencuci mulut.


Lebih menarik lagi terdapat persembahan badut dan belonnya.



4. Flexible Masa Chek-in & Check-out 


Haaa.. lagi satu yang best kat Best Western i-City ni ialah masa check-in dan check-out yang flexible sebab Best Western i-City turut membuat promosi My Stay Is My Way dimana anda cuma perlu top up RM60 dan anda boleh menikmati :
  • Flexible check-in & check-out time
  • 24 hours stay
  • Minibar pack
  • Mystery gift awaits
Hotel Review | Best Western i-City Shah Alam


Sebelum terlupa, antara fasiliti lain yang disediakan di Best Western i-City Shah Alam ni ialah :

  • Luggage assistance service and storage

  • Concierge service

  • Safe deposit box

  • Laundry service

  • Physically challenged facilities

  • 24 hours business station

  • Baby napkin changing facilities at lobby and The View Café restrooms

  • Complimentary indoor / outdoor parking

  • Prayer room


Menarikkan percutian singkat aku ni? Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Best Western i-City Shah Alam dan segala promosi yang sedang berlangsung, anda boleh check sendiri di :


Facebook : bwicity


Best Western i-City Shah Alam
A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia 40000 i-City,
Shah Alam, Selangor Golden Triangle | Malaysia
Phone : +603 5521 9000
Fax : +603 5521 2028


*Klik link ini untuk baca lebih banyak hotel review https://t.me/hotelreviewbymin

@bebelancikmin Best giler stay kat @BestWestern i-City Shah Alam ni 🥰 #icity ##bwicity #waterworld #themepark #staycation ♬ Pamela - Vhong Navarro

Post a Comment

1 Comments

  1. Waaahh... nice sangat ni. Macam-macam ada. Mesti best main air, pastu makan, pastu duduk bilik selesa semua lengkap. terbaik laaa ni. will consider

    ReplyDelete