Kenali Gastrik
Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism. Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis.
Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau
mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai
dinding perut.
Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik, ia bermakna
berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini.
Terdapat 3 jenis gastrik yang boleh berlaku, iaitu:
- Gastritis ringan: Terdapat keradangan atau pembengkakan disebabkan iritasi pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
- Gastritis berat: Berlaku kecederaan seperti luka pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan, lalu menyebabkan gastritis berat
- Ulser gastrik (peptic ulcer): Satu masalah ulser perut. Ulser adalah luka terbuka. Terdapat darah yang boleh dikesan dalam analisis muntah atau najis
Terdapat beberapa simptom petanda anda ada masalah gastritis. Antara simptom yang boleh berlaku adalah:
| Senak
  perut (ketidakhadaman) | Senak
  perut adalah rasa sakit perut pada bahagian atas perut. Biasanya masalah ini
  berlaku selepas anda makan atau minum. Ia disebabkan asid yang memecahkan
  lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan. 
 
 | 
| Pedih
  ulu hati 
 | Pedih ulu hati terjadi apabila kandungan asid dalam
  perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan
  yang dihadam. Anda akan rasa sakit pada bahagian dada atau tekak
  seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat. Ini mungkin tanda masalah Gastro Esophageal Reflux
  Disease (GERD). Masalah refluks gastroesophageal merupakan masalah
  pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut atau kandungan perut
  mengalir kembali ke kerongkong anda. | 
| Hilang
  selera makan 
 | Masalah gastrik ini juga cenderung membuatkan anda hilang selera
  makan. | 
| Perut
  kembung 
 | Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan
  asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian
  dalaman dinding perut. Akibatnya, asid berlebihan ini akan melalui usus dan
  bertindak balas membentuk gas atau angin dalam perut. Ia akhirnya
  mengakibatkan usus dalam perut menjadi tegang dan kembung. | 
| Loya
  dan muntah 
 | Angin dalam perut akan membuatkan anda loya atau mual. Muntah akibat
  gastrik biasanya berwarna jernih, kuning, atau kehijauan. Ia mungkin mengandungi darah, bergantung pada tahap gastritis yang
  dihadapi. | 
| Badan
  berasa lemah dan lesu 
 | Apabila anda mengalami gastrik, badan secara
  automatik akan sentiasa lemah dan lesu. Ini kerana anda perlu menahan sakit
  yang menyebabkan ketidakselesaan dan penat. | 
Antara simptom gastrik lain adalah:
- Kerap sendawa berulang kali
- Sering membuang angin (kentut) selepas makan
- Najis berwarna hitam, dipercayai akibat gastritis yang kronik
 
 
   
   
   
   
   
   
   
   
 
 
![Akta Kerja 1955 [Pindaan 2022] Berkuatkuasa 1 Januari 2023](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSTsX1-snNIQp9Zyk-pU3QuEdH3dp1A0cTxTMi6pPak70KzRCl2HZFuvpwYFe7jXxYrmmri1m8FpLvRVEH6fQ_VZaiozokhhDzyfIVMm0b0P6ci6JDb8Ud1mJixsCvqkgd81FNaQEl5o5u_4Kw4yMWlEOZvS4PyVmKy-Df0upf5_142Cs-Cn47jQaezg/w680/akta-kerja-2022.jpg) 
10 Comments
Kan kan penyakit puasa ni .. kalau tak stanby dan amalkan dari sekarang, tiba masa perut terkejut nanti...
ReplyDeleteBiasa gastrik ni berlaku lagi2 nak puasa. Esp best banyak membantu
ReplyDeleteNak dekat puasa nih memang kena ada persediaan awal makanan tambahan moga dipermudahan menjalani ibadah puasa
ReplyDeleteHanya org yg tau gastrik je sakit dia macam mane. Alhamdulillah akk tak de gastrik
ReplyDeletesyukur
Om tk pernah rasa gastrik. Esp tu sedap dan harga berbaloi
ReplyDeleteAlhamdulillah cikMin. Atul xda gastrik cuma dulu kalau puasa memang cepat lapar, tapi sejak kenal esp, lapar waktu puasa takde dah
ReplyDeleteBagus juga consume esp ni utk yg ada sakit gastrik, lagi2 time puasa . Memudahkan untuk org berpuasa juga.
ReplyDeleteDulu pun sy ada masalah gastrik juga.. selepas berurut gastrik sy dah okay cuma kena kurgkan minum kafein lah sebab kafien pun penyumbang gastrik.. Sy pernah minum ESP .. Actually best juga cuma sy minum seminggu sekali saja sbb dr segi pembuangan tak berapa okay.. Tp kalau tahan lapar mmg minum ESP nie bikin tahan lapar..
ReplyDeleteBagus ya ESP ni, boleh atasi masalah gastrik. Walaupun tak pernah lagi kena gastrik time puasa ni, tapi elok juga kalau buat persediaan awal kan.
ReplyDeleteMujur takda gastrik.. Alhamdulillah.. Bagus kalau ada yang dapat bantu atasi masalah gastrik tambah masa bulan puasa.. Semoga yang ada gastrik dapat manfaat bila cuba ESP ni.. Dapat puasa dengan sempurna.
ReplyDelete