Rahsia Gelap di Sebalik Filem The Wizard Of Oz

Sebut sahaja The Wizard Of Oz pasti kita akan terbayangkan kisah yang popular zaman kanak-kanak. Filem The Wizard of Oz merupakan sebuah filem Warna-Hitam-Putih yang dikeluarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1939. Ia diarah oleh Victor Fleming dan merupakan filem dalam genre Musical-Fantasi-Keluarga.


Rahsia Gelap di Sebalik Filem The Wizard Of Oz


Filem The Wizard of Oz ialah sebuah filem khayalan drama komedi muzikal Amerika tahun 1939 yang dikeluarkan oleh Metro-Goldwyn-Mayer, dan merupakan adaptasi paling berjaya dan paling dikenali secara komersial berdasarkan novel The Wonderful Wizard of Oz oleh L. Frank Baum tahun 1900 . Filem ini dibintangi oleh Judy Garland sebagai Dorothy Gale. Filem ini dibintangi bersama oleh Terry si anjing, berlakon sebagai Toto; Ray Bolger, Jack Haley, Bert Lahr, Frank Morgan, Billie Burke, Margaret Hamilton, dengan Charley Grapewin dan Clara Blandick, dan Leo Singer (Singer Midgets) sebagai Munchkin.

 

Filem The Wizard of Oz mempunyai tempoh tayangan sepanjang 101 minit dan sangat mendapat sambutan dan filem itu dikatakan antara filem 'legend' yang masih disebut-sebut sehingga kini.


Namun tahukah anda disebalik filem yang gah ini terdapat beberapa rahsia gelap di sebalik filem The Wizard Of Oz? Jom aku senaraikannya.


1. Terdapat scene di mana salji turun di dalam filem ini dan salji itu merupakan asbestos, bahan yang boleh menyebabkan kanser.


2. Pelakon yang melakonkan watak Tin Man terpaksa dikejarkan ke hospital dan terpaksa tinggal di kotak oksigen disebabkan pihak produksi menggunakan debu alluminium untuk menampakkan wajah Tin Man berwarna perak sama seperti tin alluminium. Selain itu matanya turut terkesan akibat debu alluminium tersebut.


Rahsia Gelap di Sebalik Filem The Wizard Of Oz


3. Judy Garland yang merupakan watak utama sebagai Dorothy turut dikatakan melalui masa yang sukar kerana telah dilayan secara teruk oleh pengarah filem tersebut


3. Cowardly Lion merupakan satu watak yang memakai kostume singa yang hampir seberat 41 kilogram dan kostume itu merupakan kulit betul daripada seekor singa.


4. Pelakon yang melakonkan watak ahli sihir dikatakan mengalami luka kebakaran akibat kesalahan teknikal.Pelakon ahli sihir itu turut mengenakan make up berwarna hijau yang mengakibatkan beliau mengalami alergik dan beliau terpaksa menjalani rawatan kecemasan dan direhatkan selama beberapa bulan.


Rahsia Gelap di Sebalik Filem The Wizard Of Oz


6. Salah seorang pelakon dikhabarkan membunuh diri dengan menggantungkan diri dan telah terakam di dalam salah 1 babak di dalam filem ini.


7. Judy Garland (Dorothy) telah dikenakan diet yang ketat sepanjang pengambaran filem The Wizard of Oz dan beliau turut diberi pil untuk tidak letih atau mengantuk bagi membolehkan beliau bekerja selama 72 jam tanpa henti dan kemudiannya beliau akan diberikan pil tidur untuk beliau berehat dan menyambung semula penggambaran selama 72 jam lagi tanpa henti.


Itulah beberapa fakta rahsia gelap di sebalik filem The Wizard of Oz.

Post a Comment

2 Comments

  1. Baru tahu. Agak sadis juga yer rahsia gelapnya. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. macam mana boleh terakam bunuh diri tu ek

    ReplyDelete