Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Maria Montessori (1870 - 1952) Bahagian 1

Siapakah Maria Montessori?


Beliau adalah seorang tokoh pendidikan di Rome dan mempunyai pengalaman dalam pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. 


Dalam tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya untuk melatih guru-guru dengan kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal.


Beliau banyak menghabiskan masa bersama dengan kanak-kanak untuk membuat pemerhatian dan uji kaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah disamping menggunakan semua idea yang diperolehi melalui kajiannya. Sebahagian daripada kanak-kanak yang diajarnya dilabelkan sebagai tidak dapat diajar (uneducable) telah dapat belajar dengan baik sehingga boleh membaca dan menulis.


Sebahagiannya telah lulus peperiksaan sekolah rendah dan lulus dengan gred yang lebih tinggi daripada kanak-kanak biasa.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Maria Montessori (1870 - 1952)


Sumbangan Maria Montessori


Sumbangannya terhadap kanak-kanak dan ceramah-ceramah yang disampaikannya kepada orang ramai di Itali dan di negara-negara Eropah yang lain menjadikan Maria Montessori seorang yang terkenal. Pada tahun 1904, beliau diminta untuk menubuhkan sekolah kanak-kanak di kawasan setinggan yang merupakan rehousing programme.


Sekolah pertama dan yang besar di San Lornso ini diperuntukkan kepada kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun. Beliau menamakan sekolahnya ini sebagai Casa dei Bambini yang bermaksud Rumah Kanak-Kanak.


Dua tahun berikutnya, beberapa buah sekolah lagi telah dibuka. Di sekolah-sekolah ini Montessori menggunakan kaedahnya kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakannya boleh mendatangkan hasil yang baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki pencapaian kanak-kanak yang normal.


Dari segi kaedah mengajar beliau menekankan kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria. Kaedah Montessori dan bahan-bahan pengajarannya menekankan penggunaan deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan supaya kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.


Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Maria Montessori (1870 - 1952)



Kaedah Montessori diasaskan kepada pengalamannya melihat kanak-kanak cacat (yang diletakkan berasingan tanpa diberi sebarang rangsangan) yang diberi makan, menjatuhkan diri mereka ke lantai untuk melihat serbuk roti. Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkah laku kanak-kanak ini merupakan suatu usaha untuk mempelajari persekitaran dengan menggunakan tangan mereka.


Idea ini, iaitu the path to intellectual development is through the hand merupakan tema yang penting dalam kaedahnya. Mengikut Montessori, orang dewasa perlu melayan kanak-kanak dengan baik. Mereka perlu dilayan seperti kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Orang dewasa tidak boleh memaksa kanak-kanak menerima idea mereka. 




Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl




Post a Comment

1 Comments