ITINERARY PENUH TRIP 4H3M DENGAN CUTI CUTI MEDAN MURAH

Pengenalan

Kota Medan, terletak di Sumatera Utara, Indonesia, adalah destinasi yang kaya dengan budaya, sejarah, dan keindahan alam. Sebagai salah satu bandar terbesar di Indonesia, Medan mempunyai daya tarikan tersendiri yang menarik pelancong dari seluruh dunia.

Kota Medan memiliki sejarah yang kaya. Dibentuk pada abad ke-19 oleh pedagang Belanda, Medan berkembang pesat sebagai pusat perdagangan dan transportasi di wilayah Sumatera. Jejak sejarah kolonial masih terlihat di beberapa bangunan tua yang tersebar di kota ini.

Selain itu, Medan juga dikenal dengan keindahan alamnya. Dari perbukitan yang hijau hingga danau yang mempesona, kota ini menawarkan pengalaman alam yang luar biasa. Salah satu daya tarik utamanya adalah Danau Toba, danau vulkanik terbesar di dunia yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan.


Itinerary Penuh Trip 4H3M Ke Medan

Baru-baru ini aku berkesempatan sendiri untuk mengunjungi Kota Medan. Oleh kerana Medan ini besar, jadi aku manfaatkan sepenuhnya perjalanan 4 hari 3 malam kami di Kota Medan. Berikut aku sertakan itinerary penuh trip 4 hari 3 malam kami ketika di sana.

Hari Pertama: Memulakan Perjalanan

Penerbangan kami tiba di airport Kualanamu sekitar jam 9 pagi waktu Indonesia. Dijemput oleh tourist guide kami iaitu Angga, kami terus dibawa ke Danau Toba. Oleh kerana perjalanan dari Lapangan terbang Kualanamu ke Danau Toba mengambil masa hampir 6 jam juga (kerana kami banyak berhenti).

Hentian pertama kami adalah makan tengahari di Ayam Penyet Cindelaras. Menikmati ayam penyet di negara asal memang agak berbeza dengan makan di Malaysia. Di sini terasa lebih nikmatnya mungkin kerana hasil tangan sebenar dari resipi asal ayam penyet.



Selesai makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Danau Toba. Untuk solat, kami singgah di di Masjid Agung Kota Tebing Tinggi. Sepanjang perjalanan jika di Tebing Tinggi ini aka nada orang menjual lemang. Boleh dikatakan sepanjang jalan akan ada gerai yang menjual lemang. Uniknya di sini, lemang dimakan Bersama kaya. Penasaran ingin mengetahui rasanya, kami singgah di salah satu gerai menjual lemang. Ternyata gabungan rasa lemak lemang dan manis kaya sangat enak! Jika anda berpeluang ke sini pastikan anda mencuba lemang Bersama kaya ini ya!

Oh ya! Tidak hanya lemang, di sepanjang jalan di Tebing Tinggi ini juga ada menjual air kelapa. Tidak mahu melepaskan peluang membasahkan tekak tatkala cuaca menerik, kami singgah juga menikmati air kelapa sebelum kami singgah di Kedai Kacang "Paten" untuk mencuba hidangan khas Pematang Siantar.

Kerana banyak tempat yang kami singgah, sudahnya hampir maghrib juga kami sampai di Danau Toba. Di sini kami menginap di Hotel Patra Parapat iaitu antara hotel yang terkenal di sini. Menginap di sini memang sangat selesa dan nyaman kerana udaranya yang agak sejuk tambahan lagi berlatarbelakangkan keindahan panorama Tasik Toba


Hari Kedua: Melawat Pulau Samosir

Tidak sah jika ke Danau Toba tanpa singgah ke Pulau Samosir. Selepas Sarapan pagi sebelum check-out dari hotel kami terus menaiki feri ke Pulau Samosir.

Di sini, kami mengunjungi Kampung Tomok dan menghayati keunikan Patung Menari Sigale Gale serta melawat Makam Raja Sidabutar untuk memahami asal usul masyarakat Batak. Di sini kami belajar tentang suku kaum batak yang terbahagi kepada 5 iaitu Batak Toba, Batak Karo, Batak Simalungun, Batak Angkola dan Batak Mandaling.



Selesai melawat ke Pulau Samosir kami lanjutkan perjalanan kami ke Berastagi dengan singgah di Bukit Indah Simarjarunjung untuk mengambil gambar yang cantik dan melawat Air Terjun Sipiso Piso. Di Air Terjun Sipiso Piso kami menghabiskan masa agak lama bagi menghayati keindahan ciptaan Ilahi. 

Buat pengetahuan, untuk datang ke sini anda dinasihatkan untuk memakai pakaian sukan atau pakaian yang bersesuaian kerana di sini anda bakal menuruni dan mendaki 1,200 anak tangga. Ketahan fizikal dan mental sangat diperlukan di sini kerana anda bakal menyelusuri hutan tebal namun dipermudahkan dengan laluan anak tangga yang telah dibina. Namun begitu, terdapat anak tangga yang agak curam dan tinggi.

Selepas menghabiskan masa berjam-jam di Air Terjun Sipiso Piso kami meneruskan perjalanan ke bandar Berastagi dan sempat singgah menjamu selera di gerai yang menjual pelbagai hidangan tempatan iaitu di Pasar Kaget sebelum kami check-in di Hotel Mikie Holiday Berastagi.


Hari Ketiga: Meneroka Medan

Sarapan di hotel sebelum mulakan hari dengan mengagumi pemandangan dua gunung berapi dari Bukit Gundaling. Di sini kami melihat Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung yang dikatakan gunung berapi yang masih aktif hingga kini.

Kemudian, lawatan diteruskan ke Pasar Buah di mana anda boleh mencuba pengalaman menunggang kuda atau merasa jagung bakar. Di sini terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Jika tidak kuat iman pasti rambang mata dibuatnya!



Jangan lupa untuk singgah melawat ke kebun strawberi untuk memetik buah segar dalam perjalanan menuju ke Kota Medan. Perjalanan berikutnya ke Medan dan singgah di Istana Maimoon untuk menelusuri sejarah dan budaya tempatan sebelum daftar masuk ke Hotel Madani yang terletak ditengah-tengah Kota Medan.

  

Pada sebelah malamnya kami menikmati makan malam di Bakso Amat Juanda iaitu sebuah kedai bakso yang terkenal di Kota Medan.


Hari Terakhir: Mengakhiri Pengembaraan

Selepas sarapan dan selesaikan urusan check-out kami di bawa ke Pasar Ikan. Jangan terkeliru dengan nama Pasar Ikan kerana di sini tiada seekor ikan pun yang dijual tetapi dipenuhi dengan jualan kain baju terutamanya batik medan, kain pelikat dan telukung untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. Suka untuk aku ingatkan di sini bahawa anda akan sentiasa dikerumuni dan dikejar oleh ‘ulat-ulat’ penjual jadi sentiasalah berhati-hati dan menjaga segala barang berharga.

Dari Pasar Ikan kami ke kedai kue khas Ambon dan Meranti untuk membeli ole-ole terakhir sebelum pulang ke tanah air. Oleh kerana penerbangan pulang kami adalah pada sebelah malam dan banyak lagi masa yang kami ada di sini maka kami minta tourist guide menghantar kami ke mall terbesar yang ada di Kota Medan. Menghabiskan masa hampir 2 jam di sini kami akhirnya dijemput untuk menikmati makan tengahari di kedai makan terkenal di Medan iaitu Soto Bening Medan.

Setelah selesai makan tengahari barulah kami di bawa ke Masjid Raya Medan untuk mandi dan bersolat sebelum kami dihantar ke lapangan terbang Kualanamu untuk pulang ke Malaysia.


Inilah itinerary penuh 4 hari 3 malam kami di Sumatera Utara. Dari keindahan alam Danau Toba hingga keunikan budaya di Medan, setiap detik memberikan kenangan yang tak terlupakan. Untuk pakej 4 hari 3 malam ini kami ambil pakej dari Cuti Cuti Medan Murah. Secara jujur, pada aku pakej ini memang murah kerana harga cuma RM590/pax (tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik)


Harga Pakej 4 Hari 3 Malam Cuti Cuti Medan Murah

Dengan pakej yang berharga RM590 ini kami menikmati ;

1) Trip selama 4H3M

2) Makan (3 breakfast + 3 lunch + 3 dinner)

3) Pengangkutan

4) Penginapan

5) Tour guide


Rumusan Tempat Menarik Untuk Dilawati di Medan 

Paling menarik kerana trip ini agak flexible dari segi masa. Lebih rileks dan tidak terkejar-kejar kerana tour guide akan menuruti sahaja apa keperluan kita. Dan melalui pakej ini apa yang dapat aku rumuskan mengenai tempat-tempat menarik yang kami lawati adalah seperti berikut ;

Hari Pertama

·        Makan tengahari di Cindelaras (salah sebuah restoran terkenal di Medan)

·        Singgah makan lemang di Tebing Tinggi

·        Membeli ole-ole di PATEN (makanan khas Pematang Siantar)

·        Check-in di Hotel Patra Parapat di Danau Toba

 

Hari Kedua

·        Melawat ke Pulau Samosir (Kampung Tomok) di sini antara aktiviti ialah melawat ke patung menari si gale gale, melawat ke makam Raja Sidabutar dan di sini jika mempunyai banyak masa boleh juga bershopping cenderamata

·        Berhenti di Bukit Indah Simarjarunjung

·        Melawat ke Air Terjun Sipiso piso

·        Check-in di Mikie Holiday Hotel Berastagi

 

Hari Ketiga

·        Melawat ke Bukit Gundaling (view 2 gunung berapi)

·        Pasar buah

·        Singgah ke kebun strawberi

·        Istana Maimoon

·        Check-in Hotel Madani

·        Pusing bandar Medan

 

Hari Keempat

·        Pasar Ikan

·        Kedai Kek Ambon

·        Mall

·        Masjid Raya Medan

·        Pulang

 

Dalam masa 4 hari 3 malam di Medan memang banyak tempat yang kami lawati. 4 hari terasa cepat berlalu kerana jadual kami dipenuhi dengan lawatan ke tempat-tempat menarik tambahan lagi dengan layanan mesra pihak Cuti Cuti Medan Murah.


Cara Hubungi Pakej Cuti Cuti Medan Murah

Jika anda turut berminat untuk mengambil pakej yang berbaloi ini anda boleh hubungi pihak Cuti Cuti Medan Murah melalui ;

Facebook : Cuti Cuti Medan Murah

Instagram : Cuti Cuti Medan Murah

Whatsapp : Cuti Cuti Medan Murah



Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik harga pakej tu. Agak2 kalau masuk ticket flight berapa ya?

    ReplyDelete