Jadi Yang Pertama Miliki Minions Jumpsuit Carrier di McDonalds

Sebelum ni aku dah hebahkan tentang Minions Jumpsuit Carrier yang boleh didapati di McDonalds di seluruh Malaysia bermula hari ini. Sebagai peminat tegar Minions, aku seawal pukul 9 pagi dah tercongok di McDonalds memandangkan jualan akan bermula pada pukul 10 pagi.


Jadi Yang Pertama Miliki Minions Jumpsuit Carrier di McDonalds
klik untuk video 

Oleh kerana hari ini hari pertama jualan, pihak McDonalds telah membuat persiapan awal kalau-kalau berlakunya serbuan terhadap Minions Jumpsuit yang super comel ni. Pelanggan di minta beratur untuk mendapatkan nombor giliran dan untuk beratur itu pun lagi 5 minit pukul 10 pagi baru dibenarkan beratur.


Jika anda datang pada pukul 9 pagi dan berangan konon-kononnya boleh beratur awal, sangkaan anda meleset kerana anda akan di minta untuk beredar dan datang kembali untuk beratur pada pukul 10 pagi. Tapi aku bernasib baik sebab mungkin kerana hari ni hari pertama orang bersekolah dan datang ketika waktu bekerja jadi restoran masih lengang. Cuma ketika hampir pukul 10 pagi, orang mula ramai.


Jadi Yang Pertama Miliki Minions Jumpsuit Carrier di McDonalds

Jadi Yang Pertama Miliki Minions Jumpsuit Carrier di McDonalds

Oleh kerana aku antara yang pertama datang, jadi walaupun angka giliran aku 0015 tetapi aku orang yang pertama dapat Minions Jumpsuit Carrier. Sebagai pengumpul kolesi Minion sejak bertahun lamanya, memang tersenyum lebar aku dibuatnya.


Jadi Yang Pertama Miliki Minions Jumpsuit Carrier di McDonalds

Jadi Yang Pertama Miliki Minions Jumpsuit Carrier di McDonalds
klik untuk video


Post a Comment

5 Comments

  1. dulu saya suka betul pokemon... beratur pagi2 kat mcd nak beli happy meal pokemon. sekarang, tengok katun dengan anak ajelah. tak kuasa lihat kemusnahan lagi dah..hahaha

    ReplyDelete
  2. Daku fikir mula kan kecik jer, sekali nengok besauuu hahahaha.. tapi cuma dalamnya aje ekkk kecik boleh uat secawan air.. kalau dia buat macam bekal, syokkannn..

    ReplyDelete
  3. comel lah. tambah2 teddy bear yang minion tu pegang.hi3

    ReplyDelete