Provital Immuna Plus Dari Mead Johnson Khas Buat Mereka Yang Lebih Berusia

by - Friday, September 10, 2021

Sejak Covid-19 menyerang bumi lewat tahun 2019, penduduk seluruh dunia mula lebih cakna tentang kepentingan kekuatan sistem imun badan. Telah terbukti bahawa mereka yang mempunyai sistem imun badan yang lebih kuat kurang risiko terkena jangkitan wabak merbahaya ini.


Dan bagi mereka yang lebih berusia sememangnya ketahanan badan lebih berkurangan berbanding mereka yang lebih muda. Justeru itu, Mead Johnson telah memperkenalkan Provital Immuna Plus khas buat mereka yang berusia 40-an dan ke atas.


Provital Immuna Plus Dari Mead Johnson Khas Buat Mereka Yang Lebih Berusia

Memahami tentang keperluan tersebut, Mead Johnson telah memperkenalkan Provital Immuna Plus yang mengandungi Yis Beta-glukan, Selenium dan Vitamin C.





Apa itu Yis-Beta-Glukan?


Beta-glukan adalah dari kumpulan polisakarida, yang mana bahannya terdiri daripada individu molekul gula yang bergabung bersama. Bahan ini dapat dijumpai di dalam dinding sel yis, kulat tertentu, bijian bijirin seperti oat dan barli, cendawan dan juga dalam sesetengah alga.



Makanan yang berlainan mengandungi Beta-glukan yang berlainan jenis. Jenis Beta-glukan yang terkenal dengan kebolehannya dalam meningkatkan sistem imun ialah beta-glukan yang berasal daripada yis.  Jenis beta-glukan ini telah pun sekian lama selama beribu tahun ada di dalam diet manusia, termasuklah kanak-kanak, sebagai bahan penaik dalam roti. Oleh kerana kebolehannya membantu menyokong sistem pertahanan semulajadi badan, Yis-Beta-Glukan boleh menjadi pelengkap kepada nutrien lain untuk mempertingkatkan lagi sistem ketahanan badan.



Apakah selenium?


Selenium adalah mineral surih yang secara semula jadi dijumpai di dalam tanah, makanan, dan dalam jumlah kecil dalam air. Selenium adalah mineral dan antioksidan yang sangat penting untuk tubuh manusia, kerana ia meningkatkan imuniti, melindungi daripada kerosakan radikal bebas dan keradangan, dan memainkan peranan utama dalam mengekalkan metabolisme yang sihat.


Menurut penyelidikan, pengambilan selenium yang banyak berlaku secara semulajadi mempunyai kesan positif antiviral, meningkatkan keupayaan untuk menghasilkan keturunan pada lelaki dan wanita, mengurangkan risiko mengembangkan penyakit onkologi dan autoimun, serta penyakit kelenjar tiroid. 


Selenium dapat memainkan peranan perlindungan seperti ini di dalam tubuh kerana ia meningkatkan kebolehan antioksidan dan peredaran darah, sehingga dapat meningkatkan daya tahan terhadap penyakit dan tekanan. Selenium sering dinilai untuk peranannya dalam aktiviti antioksidan, dengan itu mengurangkan bilangan radikal bebas dan keradangan. Ini dipercayai dikaitkan dengan pelbagai jenis selenoprotein yang terdapat dalam selenium.



Ini bermakna selenium memberi manfaat kepada tubuh anda, yang berpotensi membantu mencegah kanser biasa, melawan virus, melindungi penyakit kardiovaskular, dan mengurangkan gejala yang berkaitan dengan penyakit serius lain, seperti asma.

 

Manfaat selenium

Berikut adalah beberapa cara yang memanfaatkan selenium tubuh anda:

1. Bertindak sebagai antioksidan dan melindungi terhadap tekanan oksidatif.

2. Boleh membantu melindungi daripada kanser.

3. Meningkatkan imuniti.

4. Ia meningkatkan aliran darah dan mengurangkan kemungkinan penyakit kardiovaskular.

5. Mengatur fungsi kelenjar tiroid.

6. Meningkatkan usia

7. Membantu mengurangkan gejala asma.


Apakah Vitamin C


Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.


Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C:

Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.

Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.


Kepentingan vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Dos harian vitamin C (Malaysia) ;

Provital Immuna Plus Dari Mead Johnson Khas Buat Mereka Yang Lebih Berusia



Kebaikan Dalam Segelas Cawan


Seperti yang telah aku terangkan segala kebaikan di atas, kini Mead Johnson menyatukan segala kebaikan tersebut dalam segelas Provital Immuna Plus. Tuangkan kira-kira 160ml air suam ke dalam gelas, tambahkan 3 sudu serbuk Provital Immuna Plus (kira-kira 30g), kacau dan nikmati segelas susu penuh khasiat buat anda yang berusia 40 tahun ke atas.


Provital Immuna Plus Dari Mead Johnson Khas Buat Mereka Yang Lebih Berusia


Dicadangkan untuk mengambil 2 gelas sehari untuk perlindungan optima. Provital Immuna Plus ini walau dirumus khas buat mereka yang berusia 40 tahun ke atas, namun turut boleh di minum oleh semua peringkat umur walaupun lebih muda kerana Provital Immuna Plus ini adalah supplement tambahan untuk meningkatkan sistem imun badan.  Antara kandungan lain yang terdapat di dalam Provital Immuna Plus ini ialah Vitamin A, Folic Acid, Vitamin B12, Vitamin D, Vitamin E, Calcium, Iron, Magnesium dan banyak lagi.

Provital Immuna Plus Dari Mead Johnson Khas Buat Mereka Yang Lebih Berusia


Pengalaman Sendiri Amalkan Provital Immuna Plus


Memandangkan usia sudah mencecah usia remaja purba, Provital Immuna Plus ini sangat sesuai dengan aku. Dengan pengambilan 2 gelas sehari, Insyallah aku rasa lebih berkeyakinan. Maklumlah, ketika zaman COVID-19 yang melanda dunia ini segala perlindungan ekstra sangat diperlukan kerana kita tidak lagi boleh bebas seperti dahulu.


Provital Immuna Plus Dari Mead Johnson Khas Buat Mereka Yang Lebih Berusia


    Jujur aku masih baru mengamalkan pengambilan Provital Immuna Plus ni, jadi belum ada  perubahan yang ketara lagi buat aku. Cuma apa yang aku perasan, jika dulu agak kerap aku diserang selsema namun sejak pengambilan Provital Immuna Plus belum pernah lagi aku diserang selsema. Mungkin badan setiap orang berbeza, jadi perubahan pada badan seseorang selepas mengamalkan Provital Immuna Plus ini juga akan berbeza. Namun itulah perubahan ketara yang aku alami.


Provital Immuna Plus Dari Mead Johnson Khas Buat Mereka Yang Lebih Berusia


Oh ye! Anda juga boleh memeriksa immunity score anda di www.provital.com/myimmunitycalculator




Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh ke ;

Artikel berkaitan

1 comments