Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap
baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu
lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat
atau melakukan keburukan.
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata :
“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu
kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi
kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”
6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI
1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
2. Jika bertemu ANAK KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Luh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah.
Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.
Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.
Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.
Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat.
Kredit : Anjung Khusnul Khatimah
15 Comments
alhamdulillah.. tq for sharing!
ReplyDeleteSama-sama
DeleteBetul sangat ni . Kita patutnya tidak memandang diri lebih baik dan lebih bagus daripada orang lain. Hilangkan sangka buruk kat orang. sayangi sesama manusia. Alhamdulillah
ReplyDeleteInsyallah..
DeleteThank you for sharing. Akan cuba dan cuba untuk berprasangka baik dengan semua oang. In syaa Allah.
ReplyDeletehuhuh betul cikmin .. kadang kita ni pun tak sempurna .. kena peringat diri sendiri ni selalu
ReplyDeleteThese are lovely tips. It's important to think good about others. It makes your life has less depressions. Will practice these tips. Thank you for sharing.
ReplyDeletebagus tips3 yg dikongsikan.. bolej dijadikan sebagai rujukan pada masa skrg.. hadapan dan sampai bila-bila
ReplyDeleteSetip hari kita kena bersangka baik, terutamanya pada Allah.. apa aje ujian yang kita lalui, baik atau buruk semuanya datang dariNya.. kita tak boleh nak adjust dah, kan kannnnn...
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih kak min kongsi tips ni. Kadang-kadang mar ni terlepas pandang...alhamdulillah
ReplyDeleteyes..jangan jd judgmental..husnuzon aje sbb kita belum tentu betul
ReplyDeleteTQ Kak Min berkongsi tips nie. Ada masanya selalu salah sangka pada rahsiaNya tapi perkongsian ini menyedarkan Rawlins.
ReplyDeletealhamdulillah, berbaloi baca sharing kak min. kita kena stop jadi judgemental dan selalu tengok positive side
ReplyDeletethis is really a very good sharing as to bring awareness to our ownself..
ReplyDeleteI agree sis, thanks for the tips. To be happy, we have to be positive and think good of others, tak nak dengki or jealous.
ReplyDelete