Apakah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)?
Jika sebelum ini sebagaimana yang diketahui Akta Kerja 1955
adalah terpakai kepada pekerja yang bergaji bawah RM2000 berdasarkan Jadual 1
Akta Kerja 1955.
Namun terkini, Perintah Kerja (Pindaan Jadual Pertama) 2022
bertarikh 12.8.2022 telah meminda Jadual 1 dengan memasukkan pekerja yang bergaji
melebihi RM4000 sebulan.
Jadi, apakah perubahan / pindaan yang perlu kita tahu tentang Akta Kerja ini? Jom aku kongsikannya untuk anda.
Pindaan Akta Kerja telah terbuka kepada semua pekerja tanpa
mengira tangga gaji. Hal ini bermakna semua pekerja boleh membuat tuntutan atau
aduan di JTK tanpa mengira tangga gaji.
Gaping gaji RM2000 telah dinaikkan kepada RM4000.00 bagi
meningkatkan kebajikan pekerja golongan B40 dengan pindaan Jadual Pertama Akta
Pekerja, yang digazet dan bakal berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023.
Namun begitu, hanya 5 elemen yang termaktub dalam tangga
gaji RM4000.00 ke bawah iaitu:
a. Bayaran Kerja Lebih Masa
b. Kerja pada Hari Rehat
c. Kerja pada Cuti Am
d. Elaun Syif
e. Faedah Penamatan Kerja
NOTA: Ini bermaksud, sesiapa yang bergaji di antara RM1500
(gaji minimum) sampailah RM4,000, anda semua akan dapat OT bila jam bekerja
lebih dari jam bekerja normal.
Selain itu, terdapat beberapa lagi perubahan yang perlu anda
tahu sebagai majikan dan pekerja iaitu:
1. Waktu kerja seminggu 48 jam dikurangkan kepada 45 jam.
2. Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari.
Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui
perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan Elaun Bersalin 98
hari.
3. Larangan Penamatan Wanita Hamil. Berdasarkan Pindaan Akta
Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat berdasarkan 3 perkara iaitu:
Pelanggaran syarat Kontrak Kerja
Misconduct / Salah Laku ( Mesti mengikuti Prosedur yang
betul spt. Show Cause Letter Warning Letter, D.I)
Syarikat tutup seperti bankrupt.
4. Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi adalah gabungan
sebanyak 60 hari. Walaubagaimanapun, melalui Pindaan Akta Kerja 1955, Cuti
Sakit (MC biasa) diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi. Kelayakan Cuti Sakit
berbayar 14/18/22 hari + Cuti Hospitalisasi 60 hari.
5. Cuti Paterniti sebanyak 7 hari. Maksimum sebanyak 5
kelahiran shj. (Sekiranya pekerja lelaki tersebut mempunyai 2/3 isteri, pekerja
tersebut, hanya layak mendapat Cuti Peterniti berbayar maksimum 5 anak sahaja.
Pekerja lelaki tersebut mestilah sudah berkahwin secara SAH dan hendaklah
bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Cuti Paterniti ini termasuk
Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am (PH).
6. Pengiraan Gaji bagi Tidak Lengkap Bulan adalah berdasarkan
Calendar of Month. Bukan 26.
7. Mewajibkan pihak majikan menampal notis bagi meningkatkan
kesedaran berhubung Gangguan Seksual. Sebagai cth jenis gangguan seksual atau
langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya mendapat gangguan seksual di tempat
kerja.
8. Perakuan Penginapan dikenakan terhadap golongan
Ekspatriat.
Dengan pindaan Akta 1955 [Pindaa 2022] ini, maka pihak HR dan Syarikat haruslah mengemaskini dan faham dengan
kesemua pindaan ini.
0 Comments