Kematian Yang Ditangisi, Perginya Siti Sarah Raissuddin

Hari ini, 9 Ogos 2021 kita mendapat perkhabaran duka pemergian seorang penyanyi terkenal tanahair iaitu Siti Sarah Raissuddin. 


Siti Sarah, 36, telah bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19. Isteri kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi ini di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia setelah ditidurkan pada 4 Ogos lalu.



Berita kematian Siti Sarah itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Shuib menerusi Instagram. 


5:13 minit pagi  9 Ogos 2021. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan al-Fatihah


Semalam, Shuib berkongsikan keadaan isterinya yang kritikal apabila paras bacaan oksigen jatuh ke paras 40 peratus. 




Jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.  Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM selepas tahap oksigen menurun. Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan. Siti Sarah kemudiannya selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.


Siti Sarah telah disahkan positif COVID-19 bersama suaminya pada 27 Julai lalu . Pada Jumaat lalu paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin. Namun semalam sekali lagi Shuib berkongsi berita bahawa paras bacaan oksigen kembali jatuh ke paras 40 peratus. 



Selain Siti Sarah, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, (10 tahun), Dzahira Talita Zahra (8 tahun) dan Ariq Matin (6 tahun) turut disahkan positif. Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.


Hari ini media sosial banjir dengan kisah sedih pemergian Allahyarhamah Siti Sarah yang bertarung nyawa menyelamatkan bayi dalam kandungannya dan dalam masa yang sama bertarung melawan COVID-19. Nadir Al Nuri turut berkongsi ucapan takziah dan berkongsi kisah kemurahan hati Allahyarhamah Siti Sarah yang mengikuti program korban di Gaza.







Post a Comment

2 Comments

  1. Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Bakti yang baik sentiasa dikenang

    ReplyDelete
  2. agak terkesan juga dgn kematian arwah sarah..tambah die tu ibu mngandung dan bnyk juga kes ibu mngandung mninggal sbb covid. semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete