Pernah dengar tentang Yoodo? Bagi yang tak pernah dengar tentang Yoodo, Yoodo adalah sebuah syarikat telekomunikasi yang beroperasi menggunakan rangkaian Celcom. Apa yang menariknya, Yoodo agak berbeza dengan rangkaian telekomunikasi yang lain kerana Yoodo boleh diselaraskan mengikut kehendak dan citarasa kita.




Bagaimana? Kerana kita boleh selaraskan pelan mengikut apa yang kita guna dan kita hanya akan bayar apa yang kita perlukan sahaja. Misalnya jika anda hanya perlukan penggunaan Facebook, Whatsapp dan Instagram, anda boleh selaraskan pelan anda mengikut keperluan anda tanpa perlu membayar lebih.




Kenapa Perlu Memilih Yoodo?

Terdapat pelbagai keistimewaan jika anda memilih Yoodo antaranya ialah ;

  • Reka pelan anda sendiri
seperti yang aku ceritakan sedikit di atas, anda boleh mereka pelan anda sendiri jadi anda hanya perlu bayar untuk data, panggilan dan SMS yang anda perlukan sahaja.

  • Liputan 4G terluas
Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom dan ia adalah rangkaian dengan liputan 4G terluas di Malaysia.

  • SIM, eSIM & Penghantaran Percuma
Yood akan menghantar SIM secara percuma dan kini terdapar eSIM yang membolehkan anda menggunakan Yood secara terus.

  • Tukar pelan pada bila-bila masa
Anda boleh menukar pelan anda pada bila-bila masa dan sekiranya anda ingin menamatkan service Yoodo, anda bebas berbuat demikian tanpa dikenakan bayaran.





RiangRaya Yoodo | Anda Team Mana?

Sempena hari raya yang bakal tiba tak lama lagi, Yoodo menganjurkan RiangRaya Yoodo dan anda berpeluang memenangi telefon pintar, earbud tanpa wayar, kerusi gaming dan banyak lagi! Bagaimana caranya? Anda hanya perlu membuat undian untuk berada di team yang mana.

Terdapat 2 team iaitu team Tart Nenas dan team Kuih Sam-Perit. Anda boleh menonton video ini ;


Berikut adalah keterangan lanjut mengenai setiap team ;


  1. Tart Nenas


Pantas, Panas, Nenas

Undilah Tart Nenas

Sentiasa masam dan manis pada tempat yang sepatutnya. Beliau merupakan calon paling popular sepanjang tahun.

 

Beliau adalah kegemaran semua orang, dan selepas kemenangan besar bapa beliau sebagai Ketua Kuih Raya semasa Tahun Baru Cina, Tart Nenas mempunyai azam yang sangat tinggi bagi meneruskan legasi bapa beliau.


    2. Kuih Sam-Perit 


Hidup Perit Tanpa Semperit

Undilah Kuih Sam-Perit

Selepas menamatkan pengajian di UK bersama adik-beradik beliau, Butter Cookie dan Shortbread, Sam-Perit berikrar untuk melakukan perubahan untuk kesemua biskut dan kuih raya.

 

Sejenis kuih yang berpandangan jauh dan dengan semangat mentega yang kukuh, Sam-Perit akan membuktikan bahawa beliau bukanlah serapuh yang disangka.


Syarat Penyertaan

Kempen ‘Pilihan Riang Raya’ menawarkan peluang memenangi hadiah Raya menarik seperti iPhone 12, Samsung A42, Sennheiser MOMENTUM True Wireless 2 Earbuds, kerusi gaming noblechairs EPIC dan Duit Raya RM30. Kempen ini akan berlangsung dari 12 April hingga 13 Jun 2021.

 

Cara untuk menyertai kempen ini Pembelian sekurang-kurangnya RM50 diperlukan bagi berpeluang memenangi hadiah utama atau RM30 untuk berpeluang memenangi hadiah saguhati. Anda mesti mematuhi syarat perbelanjaan minimum selama 2 bulan berturut-turut (rujuk tempoh kelayakan di bawah).


Definisi:

 

Bulan 1: Transaksi kelayakan dilakukan antara 12 April - 11 Mei

 

Bulan 2: Transaksi kelayakan dilakukan antara 12 Mei - 13 Jun

 

Senarai pemenang akan dipaparkan di laman web Yoodo dalam tempoh 30 hari selepas kempen berakhir. Pemenang akan dihubungi melalui e-mel dan perlu memberikan maklumat penghantaran. Pemenang mesti menuntut hadiah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemberitahuan. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.


Untuk maklumat lanjut mengenai Yood dan kempen RiangRaya Yoodo sila layari ;

Laman web : https://www.yoodo.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/yoodoMY/

Instagram : https://www.instagram.com/yoodomy/