Aliyyah Castle Wedding & Events Tawar Buffet Ramadan Bawah RM100

Mencari buffet Ramadan yang berharga bawah RM100 di Selangor? Apa kata anda mencuba buffet Ramadan di Aliyyah Castle Wedding & Events di Rawang?



Setelah 5 tahun beroperasi, pada tahun ini buat julung kalinya Aliyyah Castle Wedding & Events telah mengadakan buffet Ramadan dan untuk majlis yang julung kalinya diadakan ini, Aliyyah Castle Wedding & Events telah memilih tema 'Semarak Ramadan Barakah Dicari Pahala Diraih'


Menghidangkan pelbagai jenis masakan dari hasil air tangan dapur katering Aliyyah Castle Wedding & Events sendiri, antara yang menjadi menu utama ialah Kambing Golek, Nasi Beriani dan Nasi Arab. Secara keseluruhan, terdapat  lebih daripada 50 menu yang dihidangkan di sini.



Selain itu terdapat juga Ayam Masak Merah, Ayam Buttermilk, Ayam Goreng Berempah, Gulai Kawah dan Daging Masak Hitam. Bagi peminat makanan Arab, Nasi Arab Mandy turut menjadi menu utama di Aliyyah Castle Wedding & Events.

Untuk pengetahuan ramai Aliyyah Castle Wedding & Events sebenarnya mempunyai produk perencah keluarga sendiri iaitu produk perencah mee Murasa antara yang kami akan hidangkan adalah Mee Rebus, Soto Ayam dan Mee Bandung. 


Tidak lupa juga untuk membasahkan tekak setelah penat berpuasa selama 8 jam menahan dahaga, Aliyyah Castle Wedding & Events hidangkan pelbagai jenis  air minuman yang menyegarkan seperti Ais Kacang/Cendol, Koktel Buah, Sirap Bandung Cincau, Kathira, Detox, Teh Bunga. 


Antara kuih muih yang ada adalah Apam Balik, beraneka jenis kuih melayu dan juga bubur pulut hitam, bubur jagung. Minuman panas antara yang wajib mesti ada iaitu Kopi O, Teh Tarik & Nescafe Tarik.



Terletak di lokasi yang amat strategik di Pusat Komersial Anggun City 1 di belakang AEON Rawang; Dewan besar berhawa dingin dan selesa boleh memuatkan lebih kurang 300 pax. Jika menggunakan kenderaan; Perjalanan hanya 15 minit dari Pekan Rawang, Gamuda, Bandar Tasik Puteri, Batu Arang dan kurang dari 10 minit dari Plaza Tol Rawang Gamuda Garden, Emerald East & West, Bandar Country Homes, M Residence 1&2. Dari Lebuh Raya Utama; Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Sg Buaya,  Kota Puteri mengambil masa dalam hanya 20 hingga 30 minit. 



Antara kemudahan awam seperti  tempat letak kereta 1000 lot di parkir basemen dengan bayaran parkir hanya RM1 sekali masuk dengan menggunakan Touch n Go. Eskalator juga disediakan sehingga ke tingkat 3 dan bagi mereka yang kurang upaya dan Warga Emas  turut sediakan Lif di dalam Dewan Aliyyah Castle Wedding & Events sendiri. Manakala Musolla dan Bilik Air juga terletak di dalam Dewan Aliyyah Castle Wedding & Events. Ruang sudut santai yang ceria berkarpetkan rumput tiruan turut disediakan di Lobi Anggun City. 


Pada setiap hari, persembahan nyanyian dari kumpulan Selangka akan menghiburkan para tetamu dan pada setiap hujung minggu pula, para tetamu akan dihiburkan dengan kehadiran Dee Jangan Ketawa.




Promosi “Early Bird” sehingga 31hb Mac untuk 2022 untuk tempahan 500 orang yang pertama berharga ;

Dewasa : RM65 

Kanak-kanak :  RM45 (Kanak-kanak).  


Harga Normal adalah ;

Dewasa : RM75 

Kanak-kanak :  RM55 

PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun. 


Aliyyah Castle Wedding & Event juga mengalu-alukan mereka yang datang secara “Walk In” tetapi tertakluk kepada kekosongan tempat. Mereka juga menerimaTempahan secara Korporat; tawaran harga istimewa untuk 50 pax ke atas. Namun begitu tempahan mestilah dibuat  seminggu sebelum. 


Pembayaran adalah secara Kad Kredit/Debit/Online atau Tunai.


Tempah SEKARANG untuk harga “Early Bird”.


Untuk tempahan, sila hubungi nombor telefon tertera di bawah secara panggilan atau wasap :-

  1. 019-2428760    Puan Nurul

  2. 012-2136670    Puan Zana

  3. 019-3669019    Puan Lia



Aliyyah Castle Wedding & Event

Tingkat 3, Pusat Kommersial Anggun 

Anggun City 1,

48020 Rawang, Selangor

Email : aliyyahcastle@gmail.com

Facebook : aliyyahcastle

Post a Comment

0 Comments