Sebagai hamba, wajib kita memohon pertolongan dan menyerah segalanya pada Allah yang Maha Pencipta. Ketika ini ramai antara kita yang sedang ditimpa pelbagai ujian. Tidak terkecuali aku.
Saat aku menulis artikel ini, aku sedang diuji dengan ahli keluarga yang sedang bertarung nyawa melawan Covid-19. Kakak aku, sedang berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan namun dilaporkan keadaannya agak stabil. Manakala anaknya, iaitu anak saudara yang aku sayangi pula bertarung nyawa setelah ditidurkan sejak 15hb Ogos yang lalu.
Saffuan, bangunlah! Dah terlalu lama awak tidur tu. Bangunlah kerana kami menanti dengan penuh pengharapan agar awak kembali sembuh seperti sediakala. Walaupun doktor laporkan keadaan kesihatannya merosot tapi kami sekeluarga tidak pernah berputus asa memanjatkan doa agar dia kembali sedar dan pulih seperti biasa.
Bacaan Yasin 41
Apalah daya kita sebagai hamba melainkan berdoa dan mengharap pada Allah yang satu. Sejak anak saudara ditidurkan tiada hari yang kami tidak membaca surah Yasin beramai-ramai. Untungnya kami lahir dari keluarga yang besar maka setiap hari meriah dengan kehadiran ahli keluarga.
Ada hari yang dipimpin oleh Ustaz dan ada hari yang dipimpin bacaan Yasin oleh Timbalan Mufti Negeri Pahang YBHG Dato' Hj Abdul Zaki Bin Md Zain. Syukur ya Allah, semoga doa-doa kami diangkat dan diberi kesembuhan buat kakak kami dan anak saudara kami.
Antara yang kami amalkan juga adalah bacaan Yasin 41. Mungkin masih ramai juga yang belum tahu apakah itu Yasin 41? Jadi di kesempatan ini aku ingin berkongsi tentang cara bacaan Yasin 41. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang penuh pengharapan terhadap Allah.
Cara Bacaan Yasin 41
Aturan membaca Yasin 41 ini sama seperti ketika membaca surah Yasin biasa yang mana perlu dimulakan dengan istighfar, selawat dan bacaan Al-Fatihah. Kemudian diikuti dengan cara berikut ;
1. Membaca ayat 1 sebanyak 7 kali dan niatkan dalam hati apa yang dihajati
Sambung bacaan seperti biasa dan ketika sampai ke ayat 38 ulang sebanyak 14 kali dan niatkan di dalam hati apa yang dihajati.
2. Membaca ayat 38 sebanyak 14 kali (hanya ulang di ayat zaalika taqdiirul 'Aziizil Aliim)
Ayat ini bermaksud ;
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari ; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya ; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat ke-58.
3. Membaca ayat ke-58 sebanyak 16 kali dan niatkan di dalam hati apa yang dihajati.
0 Comments