Tony Roma's Perkenal Menu Baru Sempena Musim Perayaan

by - Wednesday, April 21, 2021

Tony Roma's bukan jenama  baru di Malaysia. Diperkenalkan sejak tahun 2006, Tony Roma's antara restoran jenama eksklusif yang menjadi pilihan aku dan suami. Sejak dulu lagi kami gemar menikmati menu tulang rusuk mahupun steak di sini.




Tony Roma's Perkenal Menu Baru Sempena Musim Perayaan


Kini, sempena musim perayaan dimulakan dengan Ramadan yang kemudiannya kehadiran Syawal, Tony Roma's memperkenalkan menu Festive Flavours yang disediakan dengan saiz hidangan jauh lebih besar supaya lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan dapat meluangkan masa bersama dan menikmati hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan.


Mendengar berita tentang menu Festive Flavours yang dikeluarkan Tony Roma's, aku tak tunggu lama..terus ke Tony Roma's untuk mencuba sendiri menu-menu ini. Dan untuk Festive Flavours kali ini, Tony Roma's memperkenalkan ;


  • Festive Beef Ribs Platter
  • Festive Lamb Slabs Platter
  • T-Bone Steak



Turut diperkenalkan ialah Rib Bone Stew. Memahami kehendak rakyat Malaysia yang rata-ratanya menggemari sup tulang, pada kali ini Tony Roma's membawakan Rib Bone Stew bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia. 

Walaupun Rib Bone Stew disediakan dengan cara masakan Amerika, ia masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Dimasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam, daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya, tambahan pula stew yang pekat dan kaya dengan rasa seumpama masakan sendiri di rumah.






Festive Beef Ribs Platter


Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar atau pun bagi mereka yang ingin datang menjamu selera secara berkumpulan, aku mencadangkan set Festive Beef Ribs Platter kerana hidangan ini cukup untuk 4-6 orang makan.

Didatangkan dengan 10 ketul tulang rusuk yang diperap dengan ramuan istimewa , hidangan ini dihidangkan dengan  5 sos berbeza iaitu ;

  • Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap
  • Sriracha bagi mereka yang gemarkan pedas 
  • Black pepper bagi mereka yang sukakan rasa hangat dari lada hitam
  • Original BBQ
  • Spicy untuk rasa yang lebih hangat


Setiap hidangan ini disertakan sekali dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan seperti nasi, jagung bakar, coleslow dan juga kentang putar. 



Festive Lamb Slabs Platter


Hidangan hebat ini khas buat mereka yang gemarkan daging kambing. Festive Lamb Slabs Platter menampilkan tiga potongan daging kambing yang diperap dengan gandingan sos madu dan plum. Seperti Festive Beef Ribs Platter, hidangan ini turut dihidangkan bersama Rib Bone Stew dan hidangan sampingan lain seperti nasi, jagung bakar, coleslow dan juga kentang putar. 




Dijual pada harga RM299.90, hidangan hebat ini pasti akan menjadi hidangan yang akan anda ingati sampai bila-bila. Datang dalam hidangan bersaiz besar, harga yang ditawarkan sangat berpatutan. 





T-Bone Steak


Jika Festive Beef Ribs Platter dan Festive Lamb Slabs Platter terlalu besar buat anda yang berkeluarga kecil seperti aku, T-Bone Steak mungkin adalah hidangan yang sesuai buat anda. Daging setebal 450gm ini dimasak sempurna  dan dihidangkan bersama sos mentega yang cair.





Aku pasti, hidangan ini sudah lebih dari cukup buat mereka yang berusu kecil seperti aku. Jujur, makan T-Bone Steak ini memang tak habis jika aku makan seorang. Dagingnya yang tebal dengan portion yang besar memang buat perut sendat kekenyangan.




Secara keseluruhannya hidangan Festive Flavours kali ini memang sangat berbaloi kerana anda akan dapat hidangan yang setimpal dengan harga yang anda bayar. Pendek kata, jika anda merancang untuk berbuka puasa di luar..Tony Roma's harus menjadi pilihan anda.




Mengenai Tony Roma’s


“Menyediakan Pengalaman Yang Hebat untuk Kakitangan Dan Pelanggan Kami” adalah misi Tony Roma’s, salah satu jenama yang paling dikenali dalam industri ini. Restoran keluarga servis penuh kasual ini menawarkan hidangan istimewa tulang rusuk dan stik BBQ premium di lebih 150 lokasi restoran di enam benua.

 

Sejak cawangan pertamanya dibuka di Florida pada 1972, Tony Roma’s telah memberi tumpuan kepada hidangan tulang rusuk lembu dan biri-biri BBQ yang tersendiri, Onion Loaf yang terkenal di seluruh dunia dan Kickin’ Shrimp, makanan laut, stik, pasta, ayam, sandwich dan burger. Syarikat ini telah memenangi pelbagai anugerah di seluruh AS untuk “Hidangan Tulang Rusuk Terbaik” dan telah menerima pengiktirafan di peringkat industri sebagai “Hidangan Tulang Rusuk Terbaik di Amerika”. Pada 2017, Tony Roma’s telah dianugerahkan ‘Francaisi Terbaik’ di Anugerah Francais Malaysia 2017, yang dipersembahkan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA).

 

Cawangan pertama Tony Roma’s di Malaysia telah dibuka di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 4 Oktober 2006. Setakat ini, Tony Roma’s mempunyai sembilan cawangan – enam di Lembah Klang, dua di Johor dan satu di Melaka.

 

Di Malaysia, Tony Roma’s bukan hanya satu restoran untuk menikmati hidangan tulang rusuk. Menunya telah diperluas untuk menawarkan kepelbagaian kepada semua pengunjung dan bukan hanya penggemar tulang rusuk. Tony Roma’s juga menawarkan pilihan makanan laut, stik, ayam, biri-biri, salad, sandwich dan burger, serta pelbagai hidangan pembuka selera dan pencuci mulut bersaiz mini yang unik. Semua hidangan di sini sesuai untuk pelanggan beragama Islam.

 

Malaysia telah diumumkan sebagai Pusat Latihan Serantau (RTC) untuk Tony Roma’s Asia Pasifik pada suku ketiga 2014. Dengan golongan profesional yang berkemahiran tinggi, akses yang mudah dan kos yang efektif, Malaysia ternyata satu lokasi yang ideal untuk RTC. Latihan komprehensif yang diberikan kepada kakitangan Tony Roma’s di seluruh rantau ini termasuklah khidmat pelanggan, memasak, menyediakan makanan, kebersihan makanan, rantaian bekalan dan pengurusan kos, menggunakan peralatan dapur dan prosedur operasi yang terkini.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Tony Roma’s, layari www.tonyromas.com.my

Artikel berkaitan

0 comments