Pusat Rawatan Hu Hijrah

Eh lama gile aku tak update blog. Bukan malas tapi paham2 je la sejak jatuh sakit ni mood memang ke laut sangat2. Hari2 pikir camne nak baik je la. Siapa pernah kena slipped disc, siapa yang pernah menderita sciatica memang tau sangat la camne perasaannya. Cam aku..memang sciatica tahap kronik dah rasanya..bayangkan tiap hari berperang nak duduk, duduk adalah perkara yang paling menyakitkan. Rasa sangat saraf tersepit ni sakit yang amat sangat. Bukan takat kebas, menyucuk , malah sakitnya Allah je la yang tau.

2-3 hari lepas kawan aku bagi tau kat Seremban ada pusat rawatan untuk slipped disc ni. Aku memang tak berlengah terus call and set appointment. Hari ni amik kesempatan gi kejap ke sana. Nama pusat rawatan tu ialah PUSAT RAWATAN HU HIRAH. Terletak di alamat No.Rumah 116-167, Jalan Senangin 7, 70450, Seremban. Camne nak gi? senang sangat weiiii..Lepas kuar tol Senawang terus belok kanan kat trafik light tu. Nanti nampak ada Tesco Senawang jalan depan sikit belok ke kanan..haaa..pastu pandai2 la nak waze ekekek. Untuk segala pertanyaan boleh la hubungi dulu Ustaz Razi 012-6878771 atau En Azizi 012-3204742.

Apa rawatan yang diaorang tawarkan? Ok ni aku listkan siap2 supaya mudah korang nak tengok.


  • Jantung tersumbat
  • Jantung berlubang
  • Jantung bocor
  • Jantung bengkak
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Cyst
  • Fibroid
  • Ketumbuhan
  • Pendarahan dalam kepala
  • Demam
  • Gout
  • Rabun
  • Period tak lancar
  • Zuriat
  • Terseliuh
  • Retak tulang
  • Resdung
  • Asma
  • Lutut
  • Leukimia
  • Saraf
  • Paru-paru berair
  • Gastrik
  • Gangguan dan kaunseling
  • Lain-lain rawatan 
Yang kat atas ni perkhidmatan rawatan diaorang cuma caj RM50 sahaja

  • Slipped Disc
  • Kanser
  • Strok
Ok yang ni perkhidmatan rawatan RM100 sahaja.

Tapi nak bagitau awal-awal ni. Kalau korang nak dapatkan rawatan kat sini korang mesti datang awal dan mestilah bersifat sabar sebab memang ramai gile orang kat sini. Dan haaaa..lagi satu sepanjang bulan Ramadhan ni diaorang tak buka. Insyallah lepas Raya baru buka balik.

Pengalaman aku? Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun tadi aku sampai dalam pukul 11 lebih tapi berkat sabar menunggu pukul 2 lebih dah settle. Cara rawatan plak tadi kejap je..dia betulkan tulang je..dan memang tak sakit pun. Tapi masa dia betulkan tulang tu memang terasa la cam tulang ni cam kemas je hahah tu la perasaan aku dannnn Alhamdulillah memang sakit pinggang tu ilang immediately. Cuma untuk bahagian saraf tu masih sakit, biasa la mana ada sekali ubat terus baik..bukan ustaz tu buat magic pun ekekekek. Ustaz tu pesan suh tengok dulu dalam 2-3 hari ni camne. Tapi kalo nak ulang datang kena datang pas Raya la.




 Ekeke..tadi memang kira rezeki lah..aku orang terakhir yang boleh daftar. Memang pendaftaran ditutup kul 11 pagi.
Ni jadual dia..u all leh la refer sini

Post a Comment

6 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian ni...mana tau nnt boleh cuba utk "zuriat" tu

    ReplyDelete
  2. slipped disc ni memang sakitttt. bila dah duduk sakit sgt nak bangun. bila dah berdiri lama dan nak duduk bukan senang. huhu.

    ReplyDelete